Social Icons

Pages

Friday, September 04, 2015

KANTOI !!! #BERSIH4 !!! CERITA SEBENAR KENAPA KAUM CINA LEBIH RAMAI DIDEDAHKAN !!!


Mutakhir ini Perdana Menteri,Datuk Seri Najib dikritik hebat ekoran pemberian dana sebanyak RM2.6 bilion oleh putera Arab Saudi,Putra Al-Waled sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.Walaupun telah dijelaskan pemberian dana itu merupakan derma dan bukannya rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),pembangkang diketuai DAP tidak mempedulikan kenyataan tersebut sebaliknya menghasut rakyat menurunkan Najib melalui himpunan Bersih 4.0.Menurut sumber,DAP nyata tidak selesa dengan sumber dana baru yang dimiliki oleh UMNO kerana ia akan menyebabkan parti terbesar Melayu itu tidak lagi bergantung harap kepada peniaga-peniaga Cina yang selama ini merupakan antara penyumbang dana politik parti itu.

“Ia merupakan perkembangan yang tidak baik untuk DAP kerana mereka tidak lagi mudah untuk menguasai pemimpin-pemimpin Melayu,” kata sumber itu.Katanya,pengenalan Cukai Barangan dan Jualan (GST) juga turut memberi kesan kepada perniagaan-perniagaan yang dikuasai oleh kaum Cina kerana kerajaan dapat memantau segala hasil keuntungan perniagaan mereka dan di mana mereka akan salurkan. “Peniaga-peniaga Cina yang selama ini menipu orang Melayu dengan menjual pelbagai barangan tiruan akan terkesan dan mereka juga tidak boleh lagi lari daripada membayar cukai,” katanya.Akibat daripada itu katanya,mereka membuat pelbagai strategi untuk memburuk-burukkan GST termasuk dengan sengaja mengarahkan peniaga-peniaga Cina menaikkan harga barangan dan perkhidmatan untuk membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.Selain itu,DAP juga menyedari tindakan kerajaan menubuhkan syarikat pelaburan strategik,1MDB adalah untuk membantu bangsa Melayu dan Bumiputera seperti mana peranan yang dimainkan oleh Petronas selama ini. 

"Kiraannya mudah,apabila 1MDB berjaya melaksanakan agenda mereka membantu meningkatkan perniagaan Melayu dan Bumiputera, sudah pasti ia akan memberi saingan kepada peniaga Cina,” katanya.Maka 1MDB mesti dihancurkan dengan apa cara sekalipun dan persepsi negatif harus selalu dimainkan supaya rakyat tidak akan percaya kepada 1MDB dan apa jua yang kerajaan BN lakukan.Menurut sumber itu lagi,pemimpin-pemimpin BN harus dilabel sebagai korupsi dan penipu terlebih dahulu seperti mana yang sedang dihadapi oleh Presiden UMNO ketika ini. “Ini adalah strategi yang sedang dan akan dibuat DAP untuk menguasai kita,” katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 
Post a Comment
 
 
Blogger Templates