Social Icons

Pages

Tuesday, September 22, 2015

SAH !!! ADA PIHAK YANG DENGKI HIMPUNAN #RAKYATBERSATU #BAJUMERAH #MERAH916 !!!


Jangan hairan,apabila idea Himpunan Merah dilontarkan,wujud suara-suara sinis yang tidak meletakkan harapan akan kejayaan besar yang dicapai oleh penganjur.Bukanlah bersifat negatif,namun kehambaran sambutan itulah yang sering berlaku apabila himpunan atas nama Melayu dianjurkan,kecuali yang dianjurkan oleh UMNO di dalam salah sebuah stadium di ibu negara sedikit masa dahulu.Tidak perlu kita perbesarkan tentang kesinisan mereka,kerana ianya lahir dari pengalaman.Ia lebih jujur,kerana menceritakan tentang kebimbangan sambutan berbanding satu lagi golongan yang menghentam kromo idea dan perlaksanaan himpunan merah. 

Jika tidak menyokong himpunan bangsanya sendiri yang mahu mengingatkan akan hak seperti yang termaktub di dalam perlembagaan sekalipun rasanya tidak perlu untuk bersikap anti-baju merah sekaligus membunuh semangat Melayu itu.Orang Melayu sudah lama bersabar atas provokasi-provokasi rekayasa pihak-pihak tertentu.Hatinya seperti ditusuk sembilu,kesabaran dirobek sehingga ngilu,sehingga jiwanya pilu.Hari demi hari,waktu berlalu,Melayu sedikit demi sedikit bangkit dari lamunan,segar dari layu.16 September 2015 membuka lembaran baru,untuk sama-sama kita kibarkan panji Merah untuk Melayu dan juga untuk rakyat bersatu.Pedulikan tentang angka-angka yang diperdebatkan,kerana hakikatnya Kuala Lumpur tersenyum melihat buminya ditenggelami lautan Merah. 

Merah bersemangat,persis tahun 1946.Bukan Melayu tidak perlu khuatir,kerana kejayaan himpunan merah tempoh hari menjadi bukti,bahawa ia bukanlah berlandaskan kebencian kepada kaum lain.Sebaliknya,himpunan merah adalah berkisar tentang betapa sayangnya orang Melayu kepada agama,bangsa dan negaranya.Ketepikan segala perbezaan,pegang kepada persamaan,akhirnya Himpunan Merah menyatukan cita-cita penyatuan.Dari riak ia berkocak,kocakan kecil kelamaan menjadi ombak,tatkala ombak mula meninggi,nantikan terjahan si gelombang.Gendang terus dipalu,untuk mengingatkan Melayu,tatkala semboyan berbunyi,segeralah berbakti.Kuala Lumpur sudah merasai,pulau mutiara pula bakal menjadi saksi. 

Demi Allah,Melayu tidak akan menyerah kalah !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

sarimah said...

Sokong - TERUSKAN PERJUANGAN

Anonymous said...

assalam. Alhamdulillah!moga2 kekuatan Jemaah melayu ini menambah kebaikan kpd agama, bangsa & Negara...dan juga kebaikan kpd bangsa lain...TERUSKAN dan jgn lupa pd PERINTAH ALLAH SWT.

 
 
Blogger Templates