Social Icons

Pages

Tuesday, October 27, 2015

#BAJET2016 !!! WALAUPUN DITEKAN OLEH #PAKATAN #PEMBANGKANG AGENDA MELAYU TERUS DIPERKASAKAN !!!




Datuk Seri Najib membuktikan beliau adalah pemimpin UMNO yang tetap mengutamakan perjuangan Agenda Melayu.Ini terbukti kerana dalam Bajet 2016 perkara yang berkaitan dengan Agenda Melayu tidak dilupakan.DAP pasti tidak suka kerana DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia atau Middle Malaysia.Dasar "kesemerataan" yang diperjuangkan DAP akan menyaksikan Perlembagaan Persekutuan akan dirobek robek.Secara halus ini yang sedang berlaku di Pulau Pinang.Tetapi apa yang dapat dilakukan oleh PKR dan Parti Amanah Negara ??? Mereka hanya diam membatu kerana DAP cukup berkuasa dan keras kepala. 

2. Lihat sahaja "Bajet Pakatan" yang diedarkan di Parlimen.Ia Bajet yang terlalu umum.Mana dia Agenda Melayu dalam Bajet tersebut ??? Memang tidak ada.Itu bukan dasar PKR dan Wan Azizah tidak akan berani mendesak Lim Guan Eng.Ini yang berlaku kepada penduduk di Kg Buah Pala.Mereka dihalau tanpa pembelaan oleh PKR dan PAS ketika itu. 

3. Berbeza dengan Bajet 2016 kerana menggariskan dengan jelas usaha memperkasakan orang Melayu termasuk Bumiputra di Sabah dan Sarawak.Sebanyak RM150 juta disalurkan kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputra (TERAJU) untuk pelaksanaan pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputra dan Program Syarikat Bumiputra Berprestasi Tinggi.Sejumlah RM150 juta juga diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra untuk program Peneraju Tunas,Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam. 

4. MARA pula diperuntukkan RM3.7 bilion termasuk untuk menaja 72,000 pelajar Bumiputra di peringkat pengajian tinggi. 

5. Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan peniagaan Bumiputra,RM400 diperuntukkan kepada Dana Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS), RM250 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB),RM150 juta kepada Pelaburan Hartanah Bhd dan RM100 juta kepada UDA Holdings untuk tujuan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur. 

6. Pembinaan 4 buah MRSM dan 5 buah Sekolah Berasrama Penuh satu lagi Agenda Melayu oleh Najib yang besar khususnya bagi memastikan orang Melayu dan Bumiputra boleh bersaing dengan level playing field yang sama di masa akan datang....

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates