Khamis lepas di dalam persidangan Parlimen,kita semua menyaksikan Penasihat DAP,Lim Kit Siang telah digantung dari Dewan Rakyat setelah enggan memohon maaf dan menarik balik hinaannya terhadap Yang DiPertua Dewan,Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Ekoran itu,maka bisinglah media-media pro-pembangkang menulis,cuba sedaya upaya memberitahu rakyat supaya melihat negatif dan menyalahkan Pandikar di atas tindakan menggantung bapa Lim Guan Eng itu.Seolah Kit Siang itu bapa mereka pulakk.Tapi yang salah tetap salah.Bila menghina Tuan Rumah dan kemudian enggan pula meminta maaf atas hinaan itu,maka terimalah akibatnya.Perlu diingat bahawa tindakan Pandikar itu bukan kerana Kit Siang menyebut tentang 1MDB,tapi dia digantung sebab menghina Yang DiPertua Dewan Rakyat !!!
Orang lain sebut 1MDB tidak digantung dewan pun,kan ???
Pada pandangan saya,sepatutnya tindakan yang dikenakan terhadap Kit Siang itu telah lama dipraktikkan oleh Yang DiPertua Dewan.Tegas,objektif dan tidak memilih bulu,tidak kira siapa sama ada dari pihak pembangkang atau kerajaan,mereka yang melampau dan tidak beradab perlu diajar dengan digantung dari dewan.saya yakin bahawa ramai yang sedar tentang ungkapan ‘dewan yang mulia’ yang sering digunakan merujuk pada Dewan Rakyat.Apakah selaku ahli parlimen maka mereka tidak tahu untuk menjaga kemuliaan dewan berkenaan dengan menunjuk perangai biadab mereka di situ ???
Sebagai contoh, ahli-ahli parlimen PKR,Amanah dan DAP yang mengangkat plakad yang bertujuan gimik isu ‘RM2.6 bilion’ selepas Datuk Seri Najib selesai membentang Bajet 2016.Itu biadab dan kurang ajar namanya.Pada saya,mereka-mereka itu juga patut digantung dewan.Sudah dijelaskan bahawa RM2.6 bilion itu bukan dana untuk rakyat atau negara,sebaliknya adalah dana sumbangan kepada UMNO untuk digunakan ada PRU ke-13 yang lalu.Tidak faham bahasa kerrr ??? Tidak tahu beza antara duit UMNO dengan duit kerajaan ??? Sebenarnya,sebelum ini saya melihat Yang Di Pertua Dewan banyak berlembut dengan ahli parlimen sehingga ada yang berani bertindak melampau.Contoh lain adalah seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebelum ini yang bersikap seperti ‘gorila sepet pakai songkok’, sangat memalukan dewan.Bagai tiada adab sopan dalam kamus dirinya.
saya tidak mahu melihat dewan yang mulia itu tercemar seperti negara-negara lain di luar sana.Sebagai sebuah negara yang kaya dengan adab sopan dan mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan,kita perlu pastikan semua anggota dewan memelihara akhlak mereka ketika berada di dalam Dewan Rakyat.Seperkara lagi,memandangkan ada di kalangan ahli parlimen yang tidak tahu beradab sopan di dalam Dewan Rakyat dan patuh pada peraturan dewan yang mereka sendiri yang gubal,sewajarnya digubal sekali dengan hukuman yang lebih setimpal selain digantung dari dewan.Sebagai contoh,ahli parlimen yang digantung dewan,elaun yang mereka terima selaku anggota Dewan Rakyat sewajarnya dipotong separuh atau tidak diberikan langsung di sepanjang tempoh penggantungan mereka.Malah pada pandangan saya,adalah lebih afdhal sekiranya mana-mana anggota dewan yang digantung dewan turut dikenakan denda sebagai penalti terhadap kesalahan mereka.
Sekurang-kurangnya,denda itu mampu mengingatkan mereka untuk berkelakuan seperti manusia yang bertamadun di dalam Parlimen.Justeru itu,saya berpandangan bahawa tindakan Yang DiPertua Dewan yang menggantung Kit Siang selama 6 bulan itu adalah satu tindakan yang tepat dan perlu dipraktikkan pada mana-mana anggota dewan yang tidak tahu menghormati kedudukan Yang DiPertua Dewan serta peraturan yang telah ditetapkan.Rakyat sememangnya mahu wakil mereka menjaga imej dan akhlak mereka di mata umum.Bukannya tunjuk perangai buruk di dalam sidang yang membahaskan kepentingan rakyat.Dewan itu bukan dewan politik,tapi dewan yang bersidang untuk rakyat dan negara.ada faham wahai ahli parlimen pembangkang ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment