Social Icons

Pages

Saturday, October 17, 2015

FAKTA !!! #UMNO AKAN MATI TANPA #SAIFUDDINABDULLAH ???


Boleh dikatakan hampir semua media pro-pembangkang menyiarkan laporan mengenai bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR dalam satu majlis dan diumumkan secara rasmi oleh Presiden PKR,Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.Maka gegak gempitalah para macai parti-parti pembangkang bertepuk tangan,bergembira dan menyebarkan tohmahan kononnya UMNO hampir karam.Kononnya dengan ‘lompat katak’ Saifuddin itu,maka terbuktikan UMNO tidak relevan lagi.Antara yang seronok sangat dengan upacara Saifuddin masuk PKR itu sudah tentulah PKR.Malah para penyokong totok PAS juga ‘tumpang semangkuk’ gembira dan menburuk-burukkan UMNO di laman-laman sosial.saya juga gembira sebenarnya.Memang benar saya bersyukur Saifuddin keluar dari UMNO.Tak tahulah kenapa.Tapi bak kata Saifuddin yang mengikut gerak hatinya untuk menyertai PKR,hati saya melonjak gembira melihat beliau berambus dari UMNO! 


Pada pandangan saya,adanya Saifuddin sebelum ini di dalam UMNO adalah serupa seperti adanya Mat Sabu,Khalid Samad,Hanipa Maidin,Mujahid Rawa,Nizar Jamaluddin,Dr Hatta Ramli,Fakhrulrazi Zawawi dan ramai lagi konco-konco mereka di dalam PAS.Sama dan serupa.Jika Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang gembira PAS ‘dibersihkan’ setelah ‘syaitan dalam jemaah’ itu keluar parti,maka samalah dengan apa yang saya rasa apabila Saifuddin menyertai PKR secara rasmi.saya tidak tahu apa yang orang lain rasa,tapi saya lega.Cuma kali ini saya bersetuju dengan kenyataan Saifuddin yang mengatakan tindakan menyertai PKR itu adalah satu ‘hijrah kecil’.Benar,Saifuddin bukan sesiapa pun pada saya melainkan liabiliti.Malah pada saya,UMNO tidak rugi,sebaliknya beruntung dengan tindakan Saifuddin yang keluar secara sukarela.Sekurang-kurangnya UMNO tidak perlu bazirkan masa dan kertas untuk memecatnya.Seorang saja ahli biasa yang keluar parti maka UMNO disifatkan akan karam ??? Pelik benar kenyataan itu. 

Kenyataan itu dikeluarkan dengan rasa bangga oleh para penyokong PAS dan PKR dari Perlis hinggalah ke Johor,termasuk Sabah dan Sarawak.Baru saja kita lihat ratusan pemimpin utama PAS dan puluhan ribu ahli biasa parti itu bertindak keluar dari parti.Apakah PAS sudah karam ??? Malah PKR juga sebelum ini menyaksikan ada Adun,pemimpin dan ahli biasa yang keluar parti menyertai UMNO semula,karamkah PKR ??? Mat Sabu,Khalid Samad,Hanipa Maidin,Mujahid Rawa,Nizar Jamaluddin,Dr Hatta Ramli,Fakhrulrazi Zawawi dan para pengikut mereka keluar parti,tapi PAS dakwa mereka semakin kuat dan ‘bersih’! Tanya Chandra Muzaffar,Ezam Mohd Noor,Zulkifli Noordin dan ramai lagi bekas ‘panglima’ Anwar yang keluar parti,matikah PKR ??? Dangkal atau tidak,cetek atau tidak,bodoh atau tidak,fikirkanlah kenyataan macai-macai pembangkang di media sosial.Hampir ‘muntah’ saya ketawakan mereka.Patutlah pembangkang di Malaysia tiada kualiti betul tak pembaca Badut Rakyat ???

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates