Social Icons

Pages

Monday, October 19, 2015

KURANG AJAR !!! #1MDB @1MDB !!! #SARAWAKREPORT BUAT HAL LAGI !!!


lagi fitnah terbaru Sarawak Report jom kita lihat fakta di bawah.kepada pembangkang,tolong buka minda anda sekejap.bila dah baca sarawak report tu kalau boleh minta mereka bukti,setakat tunjuk macam tu jerr baik tak payah !!!

1. Sehingga kini pertaruhan terbesar Sarawak Report (SR) dan pengkritik 1MDB dalam plot MENJENAYAHKAN NAJIB hanya berkisar kepada satu komponen perniagaan 1MDB,iaitu pelaburan AS$1.83 bilion di dalam usahasama dengan PetroSaudi.

2. Ini boleh difahami kerana tidak mudah untuk SR berbohong mengenai komponen perniagaan 1MDB yang lain,iaitu Edra Energy Global dalam bidang tenaga dan pembangunan hartanah melibatkan Tun Razak Exchange (TRX) serta Bandar Malaysia,lebih-lebih lagi apabila pelan rasionalisasi 1MDB menunjukkan perkembangan yang menggalakkan. 

 3. Bagaimanapun SR cuma mampu mengitar semula data dan maklumat lama yang diterima daripada Justo.SR tidak mempunyai cerita baru kerana mereka tidak mempunyai sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan 1MDB dengan penyelewengan wang,penggubahan wang haram dan sebarang salah laku. 

4. Baru-baru ini SR menyiarkan dokumen yang membuktikan Jho Low adalah penasihat Terengganu Investment Authority (TIA).Seolah-olah ini satu pembongkaran yang MAHA BESAR.Sedangkan tiada siapa yang menafikan hubungan Jho Low dengan kerajaan Terengganu dan TIA.Jho Low sendiri tidak pernah menafikan dan mengakui bahawa dia pernah dilantik sebagai penasihat TIA.Jho Low telah meletak jawatan sebagai penasihat TIA pada bulan Mei 2009,sebelum TIA diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan bertukar nama kepada 1MDB.Apa yang SR gagal siarkan adalah bukti pelantikan secara rasmi Jho Low sebagai penasihat,ahli lembaga pengarah mahupun sebarang jawatan di dalam 1MDB. 

5. SR mengulangi tuduhan bahawa Good Star adalah syarikat Jho Low. Sekali lagi tiada sebarang bukti yang kukuh seperti sijil pendaftaran syarikat dan maklumat pemegang saham Good Star disiarkan. Sedangkan PetroSaudi telah membuat kenyataan menafikan tuduhan SR,melaporkan penipuan ini kepada Polis London dan menunjukkan bukti bahawa Good Star adalah anak syarikatnya.

6. Paling penting,SR juga cuba menggambarkan wang AS$1.83 bilion ini lesap tanpa menunjukkan bukti ke mana wang ini telah pergi.Kononnya wang ini diambil oleh Jho Low,membeli rumah mewah di New York,membiayai filem Riza Aziz di Hollywood,kemudiannya masuk ke dalam akaun Najib.Sedangkan penyata kewangan diaudit 1MDB menunjukkan pelaburan ini tidak berkurangan sebanyak AS$700 juta, sebaliknya bertambah menjadi AS$2.318 bilion.Bukan sahaja tiada dana yang hilang, malah keseluruhannya telah digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB; pengeluaran pertama pada tahun 2014 dan penebusan kedua pada tahun 2015. 

7. Kemudian SR cuba menggambarkan bahawa usahasama dengan PetroSaudi dibuat tanpa persetujuan Lembaga Pengarah.SR mendedahkan sebahagian daripada kandungan minit mesyuarat untuk menunjukkan kononnya mereka menyatakan perkara yang benar.Namun apa yang SR gagal buktikan melalui pendedahan minit ini adalah tiada sebarang kenyataan yang menunjukkan bahawa Pengerusi dan Lembaga Pengarah tidak bersetuju dengan perjanjian dan usahasama dibuat. Malah dimaklumkan bahawa setiap butir perjanjian usahasama ini telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah, telah diteliti dan dipersetujui oleh mereka. 

8. SR dalam laporannya cuba menggambarkan PetroSaudi sebagai sebuah syarikat yang kecil dan tidak boleh diyakini. Sedangkan PetroSaudi adalah sebuah syarikat eksplorisasi dan pengeluaran minyak ternama yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai ibu pejabat di London,United Kingdom, Riyadh,Arab Saudi dan Geneva, Switzerland.PetroSaudi mempunyai pelbagai projek di Timur Tengah, Amerika Latin, Afrika dan beberapa rantau strategik. PetroSaudi juga memiliki kapal dan melaksana operasi cari gali minyak, yang pertama PetroSaudi Saturn, dibina pada tahun 1983 oleh Keppel Fels, Singapura dan beroperasi sejak 2010.Kedua,PetroSaudi Discoverer, dibina pada tahun 1977,berkapasiti kasar 5,897 ton dan boleh mencari gali sedalam 20,000 kaki ke dalam paras laut.

9. Selain cuba memperkecilkan PetroSaudi,SR juga cuba mempertikaikan penilaian aset PetroSaudi yang dibuat oleh Dr Edward L Morse dan Dr Daniel P Ahn.SR mungkin tidak sedar bahawa Dr Morse mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai penganalisis dalam sektor minyak dan gas antarabangsa.Manakala Dr Ahn pula mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang yang sama. SR juga gagal menunjukkan sebarang bukti dan laporan yang menyanggah penilaian yang dibuat oleh Morse dan Ahn, yang merupakan seorang juru nilai petroleum dan gas yang profesional, dihormati oleh industri dan mempunyai track record yang cemerlang. 

10. Walaupun apapun spin terbaru SR,berputar,berpintal dan berbelit,cuba mengaitkan dana 1MDB dengan pelbagai akaun dan individu,serta pelbagai salah laku,namun hakikat yang jelas - jika BENAR AS$700 juta lesap daripada pelaburan AS$1.83 bilion dalam PetroSaudi ini,pasti baki wang pelaburan hanya AS$1.13 bilion BUKAN AS$2.318 bilion.Jika usahasama ini merupakan satu penipuan, maka ia mungkin satu 'penipuan' yang menguntungkan kerana tiada wang yang lesap malah beroleh keuntungan sebanyak AS$488 juta.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates