Social Icons

Pages

Showing posts with label SARAWAK REPORT.... Show all posts
Showing posts with label SARAWAK REPORT.... Show all posts

Monday, October 19, 2015

KURANG AJAR !!! #1MDB @1MDB !!! #SARAWAKREPORT BUAT HAL LAGI !!!


lagi fitnah terbaru Sarawak Report jom kita lihat fakta di bawah.kepada pembangkang,tolong buka minda anda sekejap.bila dah baca sarawak report tu kalau boleh minta mereka bukti,setakat tunjuk macam tu jerr baik tak payah !!!

1. Sehingga kini pertaruhan terbesar Sarawak Report (SR) dan pengkritik 1MDB dalam plot MENJENAYAHKAN NAJIB hanya berkisar kepada satu komponen perniagaan 1MDB,iaitu pelaburan AS$1.83 bilion di dalam usahasama dengan PetroSaudi.

2. Ini boleh difahami kerana tidak mudah untuk SR berbohong mengenai komponen perniagaan 1MDB yang lain,iaitu Edra Energy Global dalam bidang tenaga dan pembangunan hartanah melibatkan Tun Razak Exchange (TRX) serta Bandar Malaysia,lebih-lebih lagi apabila pelan rasionalisasi 1MDB menunjukkan perkembangan yang menggalakkan. 

 3. Bagaimanapun SR cuma mampu mengitar semula data dan maklumat lama yang diterima daripada Justo.SR tidak mempunyai cerita baru kerana mereka tidak mempunyai sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan 1MDB dengan penyelewengan wang,penggubahan wang haram dan sebarang salah laku. 

4. Baru-baru ini SR menyiarkan dokumen yang membuktikan Jho Low adalah penasihat Terengganu Investment Authority (TIA).Seolah-olah ini satu pembongkaran yang MAHA BESAR.Sedangkan tiada siapa yang menafikan hubungan Jho Low dengan kerajaan Terengganu dan TIA.Jho Low sendiri tidak pernah menafikan dan mengakui bahawa dia pernah dilantik sebagai penasihat TIA.Jho Low telah meletak jawatan sebagai penasihat TIA pada bulan Mei 2009,sebelum TIA diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan bertukar nama kepada 1MDB.Apa yang SR gagal siarkan adalah bukti pelantikan secara rasmi Jho Low sebagai penasihat,ahli lembaga pengarah mahupun sebarang jawatan di dalam 1MDB. 

5. SR mengulangi tuduhan bahawa Good Star adalah syarikat Jho Low. Sekali lagi tiada sebarang bukti yang kukuh seperti sijil pendaftaran syarikat dan maklumat pemegang saham Good Star disiarkan. Sedangkan PetroSaudi telah membuat kenyataan menafikan tuduhan SR,melaporkan penipuan ini kepada Polis London dan menunjukkan bukti bahawa Good Star adalah anak syarikatnya.

6. Paling penting,SR juga cuba menggambarkan wang AS$1.83 bilion ini lesap tanpa menunjukkan bukti ke mana wang ini telah pergi.Kononnya wang ini diambil oleh Jho Low,membeli rumah mewah di New York,membiayai filem Riza Aziz di Hollywood,kemudiannya masuk ke dalam akaun Najib.Sedangkan penyata kewangan diaudit 1MDB menunjukkan pelaburan ini tidak berkurangan sebanyak AS$700 juta, sebaliknya bertambah menjadi AS$2.318 bilion.Bukan sahaja tiada dana yang hilang, malah keseluruhannya telah digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB; pengeluaran pertama pada tahun 2014 dan penebusan kedua pada tahun 2015. 

7. Kemudian SR cuba menggambarkan bahawa usahasama dengan PetroSaudi dibuat tanpa persetujuan Lembaga Pengarah.SR mendedahkan sebahagian daripada kandungan minit mesyuarat untuk menunjukkan kononnya mereka menyatakan perkara yang benar.Namun apa yang SR gagal buktikan melalui pendedahan minit ini adalah tiada sebarang kenyataan yang menunjukkan bahawa Pengerusi dan Lembaga Pengarah tidak bersetuju dengan perjanjian dan usahasama dibuat. Malah dimaklumkan bahawa setiap butir perjanjian usahasama ini telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah, telah diteliti dan dipersetujui oleh mereka. 

8. SR dalam laporannya cuba menggambarkan PetroSaudi sebagai sebuah syarikat yang kecil dan tidak boleh diyakini. Sedangkan PetroSaudi adalah sebuah syarikat eksplorisasi dan pengeluaran minyak ternama yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai ibu pejabat di London,United Kingdom, Riyadh,Arab Saudi dan Geneva, Switzerland.PetroSaudi mempunyai pelbagai projek di Timur Tengah, Amerika Latin, Afrika dan beberapa rantau strategik. PetroSaudi juga memiliki kapal dan melaksana operasi cari gali minyak, yang pertama PetroSaudi Saturn, dibina pada tahun 1983 oleh Keppel Fels, Singapura dan beroperasi sejak 2010.Kedua,PetroSaudi Discoverer, dibina pada tahun 1977,berkapasiti kasar 5,897 ton dan boleh mencari gali sedalam 20,000 kaki ke dalam paras laut.

9. Selain cuba memperkecilkan PetroSaudi,SR juga cuba mempertikaikan penilaian aset PetroSaudi yang dibuat oleh Dr Edward L Morse dan Dr Daniel P Ahn.SR mungkin tidak sedar bahawa Dr Morse mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai penganalisis dalam sektor minyak dan gas antarabangsa.Manakala Dr Ahn pula mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang yang sama. SR juga gagal menunjukkan sebarang bukti dan laporan yang menyanggah penilaian yang dibuat oleh Morse dan Ahn, yang merupakan seorang juru nilai petroleum dan gas yang profesional, dihormati oleh industri dan mempunyai track record yang cemerlang. 

10. Walaupun apapun spin terbaru SR,berputar,berpintal dan berbelit,cuba mengaitkan dana 1MDB dengan pelbagai akaun dan individu,serta pelbagai salah laku,namun hakikat yang jelas - jika BENAR AS$700 juta lesap daripada pelaburan AS$1.83 bilion dalam PetroSaudi ini,pasti baki wang pelaburan hanya AS$1.13 bilion BUKAN AS$2.318 bilion.Jika usahasama ini merupakan satu penipuan, maka ia mungkin satu 'penipuan' yang menguntungkan kerana tiada wang yang lesap malah beroleh keuntungan sebanyak AS$488 juta.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, September 07, 2015

KANTOI !!! LAGI PENDEDAHAN TERBARU #CLAIREBROWN #SARAWAKREPORT JATUHKAN PM @NAJIBRAZAK DIDEDAHKAN !!!


apa maksud perkataan di atas ??? semua rahsia Claire Brown untuk menjatuhkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib akhirnya terbongkar juga.siapa pelakon sebenar dalam komplot ini ??? anda sudah tahu jawapannya ??? jom lihat di bawah

Editor Sarawak Report,Clare Rewcastle-Brown, yang bersubahat dengan beberapa pihak menentang Malaysia,dengan angkuh pernah memberitahu Xavier Andre Justo bahawa beliau sedang "mengubah masa depan sebuah negara" dan akan meraikannya dengan segelas Champagne sebaik "Najib tumbang".Susulan hukuman penjara ke atas Justo pada 17 Ogos lalu,pendedahan terbaru menampakkan belang sebenar Rewcastle-Brown dan kesediaannya melanggar undang-undang dengan membantu Justo mengumpul AS$2 juta (RM8.62 juta) sebelum didakwa melakukan pengubahan wang haram sebagai bayaran e-mel yang dicuri daripada bekas majikannya,PetroSaudi International (PetroSaudi).Justo,warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan memeras ugut bekas majikannya.Bagaimanapun,pasukan penyiasat Thailand bagi kes itu merungkai tahap kesungguhan Rewcastle-Brown bersama rakan subahatnya bagi menggulingkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak.Menurut sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand,pendedahan itu antara lain merangkumi perbualan menerusi WhatsApp selama tiga bulan membabitkan Rewcastle-Brown,pengurusan kanan Kumpulan Media The Edge iaitu Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat serta Justo, yang menawar untuk menjual data dicurinya kepada pembida tertinggi. 

Pada 15 Julai lalu,akhbar New Straits Times (NST) melaporkan kenyataan bekas editor Sarawak Report yang mendakwa Rewcastle-Brown memalsukan beberapa dokumen untuk memfitnah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Najib, menerusi beberapa pendedahan portal berita itu.Editor terbabit,Lester Melanyi,dikatakan turut menamakan beberapa individu termasuk ahli politik terkemuka pembangkang sebagai antara yang terbabit dalam konspirasi menggulingkan kerajaan.Perbualan di WhatsApp itu,kata sumber,turut mendedahkan keakraban hubungan Rewcastle-Brown dengan ketua pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara; Ahli Parlimen DAP,Tony Pua dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Dalam satu perbualan WhatsApp dengan Rewcastle-Brown pada 19 Mac 2015 lalu, Kay Tat didakwa menulis (terjemahan) :

"Artikel anda seolah-olah menggambarkan anda ingin menjatuhkan Perdana Menteri.Kami dituduh bekerjasama dengan anda dengan tujuan menggulingkan PM (Perdana Menteri)." Rewcastle-Brown didakwa menjawab :

"Saya yang menulis berita ini,bukan anda.Penuhi komitmen anda dan saya akan pergi tanpa memberitahu sesiapa." Beliau kemudian menyebut "mungkin kita telah mengubah hala tuju sebuah negara".Mesejnya pada Jun lalu berbunyi :

"Kami merancang satu lagi pendedahan sebelum pilihan raya negeri (Sarawak).Saya akan meraikannya apabila Najib tumbang. Saya sudah mendapat beritanya menerusi orang Anwar.Saya menggunakan Dr Mahathir untuk mendapatkan sumber maklumat lain." Justo mendakwa dijanjikan AS$2 juta sebagai pertukaran data yang dicuri daripada bekas majikannya.Dalam temu bual di penjara bersama akhbar Straits Times Singapura baru-baru ini,Justo mendakwa tidak menerima bayaran yang dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka dari Malaysia. Sumber Thailand kemudian mengesahkan Kooi Ong sebagai ahli perniagaan terbabit. Menerusi satu lagi temu bual,Justo mendakwa persetujuan berhubung urusan jual beli dokumen berkenaan dicapai di Singapura pada Februari tahun ini,disusuli perbincangan panjang lebar mengenai kaedah pembayaran terhadapnya.Kumpulan individu yang ditemui Justo di Singapura bagi berunding soal penjualan data terbabit, dinamakan dalam pengakuan 22 muka suratnya kepada polis Thailand.Justo turut mengulangi apa yang dikatakan polis Thailand baru-baru ini, iaitu pengakuannya disokong dengan dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli berkenaan.

"Apa yang ditulis dalam pengakuan saya itu,sebahagian besarnya dibuktikan menerusi perbualan e-mel, mesej WhatsApp saya dengan mereka," katanya.Beliau mendakwa,Rewcastle-Brown bersetuju menerima AS$2 juta daripada pembeli dan memberinya AS$250,000 (RM1.07 juta) sebulan sebagai bayaran perkhidmatan rundingan. "Saya tidak tahu sama ada dia menerima duit itu atau tidak,(kerana) saya ditangkap.Saya tidak tahu," katanya.Sumber Thailand berkata,dalam perbualan panjang lebar menerusi WhatsApp,Rewcastle-Brown turut menjelaskan bagaimana beliau akan membantu Justo mendapatkan AS$2 juta sebelum melakukan pengubahan wang haram. Awalnya, beliau cuba menggunakan SJS Limited di Singapura bagi menyalurkan dana berkenaan bersama abangnya yang juga Pengarah SJS, Patrick Rewcastle. Pada 19 Mac, Rewcastle-Brown mengesahkan komisyen bagi pemindahan haram itu dan berkata: "Lelaki itu mahu mengenakan bayaran 67,000 Euro (RM321,929). Saya yakin dia tidak akan menipu." Rewcastle-Brown kemudian menawarkan Dana Bruno Manser yang juga warga Switzerland, sebagai saluran bayaran AS$2 juta itu dan pada 22 April menulis: "Dia boleh membuat bayaran ke Dana Bruno Manser jika dia mahu."


Beliau akhirnya bersetuju menjual Sarawak Report untuk membayar Justo. Berikut adalah sebahagian daripada terjemahan perbualannya dengan Justo :

19 Mei (4:32 petang) : Dia ingin membayar menerusi syarikat BVI (British Virgin Island)!! Ia akan kelihatan teruk dalam akaun rasmi saya! Saya akan berbincang secara bersemuka.Itu lebih baik daripada berunding dengan KT yang teruk itu.

19 Mei (4:37 petang) : Mereka akan kata saya mengkritik syarikat BVI tapi saya sendiri menggunakannya. Aduh.

19 Mei (5:11 petang) : Saya akan berkempen bagi mengelak tempat berlindung cukai ini. Mereka akan menggelarkan saya hipokrit.Saya tidak akan membuat bising sehingga saya berjumpa mereka dan mencari penyelesaian dengan Tong. Sebelum ini,Rewcastle-Brown menyifatkan dakwaan terhadapnya sebagai mengarut. "Apa yang saya siarkan mengenai 1MDB dan diperjelaskan oleh The Edge serta disokong beberapa sumber rasmi adalah penjelasan yang konsisten,berbanding cerita 1MDB yang kerap dilihat mengelak serta berubah," katanya.

Mengaku perdaya Justo? 

Pada 24 Julai lalu,Kooi Ong dan Kay Tat mengeluarkan kenyataan sebagai menjawab temu bual Justo yang disiarkan Straits Times. Kedua-duanya mengaku memperdayakan Justo dan menganggap ia adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti.Mereka turut menegaskan tidak membayar sesiapa untuk mendapatkan berita berkenaan. "Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan," kata mereka. Polis Thailand menahan Justo,48,pada 22 Jun lalu di kediaman mewahnya di pulau peranginan Koh Samui. Bekas Ketua Teknologi Maklumat PetroSaudi di pejabat London itu,mengaku mencuri data syarikat - bersaiz kira-kira 90 gigabait - ketika meninggalkan PetroSaudi pada tahun 2011.Beliau meminta lebih banyak bayaran daripada PetroSaudi pada 2013 tetapi tidak diendahkan. Susulan itu, Justo diperkenalkan dengan Rewcastle-Brown menerusi kenalan di Geneva yang mempunyai rangkaian di Malaysia.Justo kemudian menemui Rewcastle-Brown di Plaza Athenee di Bangkok dan Fullerton Hotel di Singapura.Di Singapura,Rewcastle-Brown ditemani oleh mereka yang dinamakan dalam pengakuan Justo.Ketika dihubungi, Rewcastle-Brown, Kooi Ong dan Kay Tat tidak menjawab panggilan.

DARI MANA SAYA DAPAT SEMUA NI ???

KLIK DI SINI

UTNUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, August 20, 2015

FAKTA !!! JIKA @SARAWAK_REPORT #SARAWAKREPORT TAK BERSALAH KENAPA NAK SEMBUNYI ???


Pada 4 Ogos yang lalu Polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap ke atas pemilik dan pengasas SarawakReport.org,Clare Rewcastle-Brown,dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi tujuan siasatan kerana menerbitkan laporan dan kenyataan palsu.Malangnya,sehingga hari ini Clare tidak pernah tampil berjumpa Polis bagi membolehkan siasatan dilakukan.Malah beliau mengecam penyiasatan Polis Malaysia dan menganggap ia memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“I am merely an investigative journalist who has been doing my job,It’s as simple as that – no plot and no vested interest.The interest of the public is my motivation and duty,” kata Clare dalam satu kenyataan di lamannya.Untuk rekod,waran tangkap ini hanya diminta oleh pihak Polis setelah siasatan Polis Thailand mendapati sebahagian besar dokumen milik Xavier Andre Justo yang digunakan oleh laman terbabit telah diubah suai.Sekiranya Clare berpendapat bahawa beliau tidak bersalah,tidak menerbitkan apa-apa dokumen palsu dan merancang apa-apa yang bersalahan dengan undang-undang Malaysia,mengapa beliau perlu takut berhadapan dengan siasatan Polis ??? 

Beliau hanya perlu menyerah diri untuk siasatan dan berhadapan dengan undang-undang negara ini jika ada kes ke atas dirinya.Mahkamah Malaysia bukan sebuah “kangaroo court” pihak berkuasa atau orang tertentu yang bebas menentukan siapa yang bersalah.Jika pun wujud persepsi sedemikian,perbicaraan Clare hampir mustahil dimanipulasi atau dihakimi secara semberono kerana ia akan diperhati dengan teliti oleh United Kiingdom sendiri.Perbicaraan membabitkan Clare (jika ada pertuduhan) yang merupakan seorang wartawan dan warganegara United Kingdom,pasti akan mendapat liputan dan perhatian meluas diperingkat antarabangsa.Setiap pertuduhan,bukti dan keputusan akan dianalisis dan dipantau oleh negara luar terutamanya United Kingdom sendiri.Justeru tindakan Clare mengelak dari siasatan pihak berkuasa Malaysia mengesahkan sebahagian besar laporan dalam SarawakReport adalah pembohongan dan pemalsuan fakta bertujuan menggugatkan kestabilan politik dan ekonomi negara ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates