Social Icons

Pages

Wednesday, November 04, 2015

BREAKING NEWS !!! #1MDB @1MDB !!! #TONYPUA GUNA SPEAKER SEBAGAI PENYELAMAT MARUAH ???


Speaker Dewan Rakyat telah melarang debat 1MDB yang dicadang antara CEO syarikat itu Arul Kandasamy dengan Ahli Parlimen DAP,Tony Pua diadakan bagi mengelak gangguan kepada prosiding PAC mengenai syarikat tersebut yang sedang berlangsung.Entah bagaimana Speaker melihat debat ini boleh menjejaskan prosiding PAC mengenai 1MDB sedangkan tindakan Tony berulang kali membuat kenyataan mengenai 1MDB tidak dilihat pula boleh mengganggu prosiding siasatan.Tapi itu persoalan yang akan dikupas lain masa sebab yang penting sekarang,dalam keadaan Tony dilihat terjerat setelah cabaran debatnya disambut Arul,tindakan Speaker ini seolah-olah cuba menyelamatkan maruah Tony dan DAP. 

Maka tidak hairanlah kenapa DAP tidak menunggu panjang untuk menjarakkan Tony dalam perkara ini apabila Ahli Parlimen Seremban,Anthony Loke terus mengadakan sidang media untuk mengumumkan kebarangkalian pembangkang akan menggunakan orang lain untuk menggantikan Tony.Kira macam dengan keputusan ini,terselamatlah maruah DAP dan Tony,adalah alasan nanti kenapa taknak diadakan debat,Speaker tak bagi.Begitupun kalau Tony sangka dengan pengumuman ini dia akan terselamat,dia silap.Semua orang tahu sekarang dia penakut,dia yang mula cabar debat kemudian dia juga yang cari pelbagai jalan supaya debat itu tidak diadakan setelah Arul menyambut salam perdebatannya.

Semua ini boleh dianggap sebagai bukti bahawa 1MDB tidak ada masalah.Yang banyak cakap,yang banyak buat cerita pun tak berani bila berhadapan dengan orang nombor satu 1MDB.Orang ini bukan orang poltik pun tapi beliau berjaya menewaskan antara spinner terhebat dalam DAP.Terdedahlah kelemahan Tony dan DAP sekarang,iaitu mereka hanya pandai bercakap sehala,bila diajak berdebat,mereka akan tewas dengan mencari alasan dan jalan untuk tidak meneruskan perdebatan itu.Rasanyanya bukan Tony,semua pembangkang pun macam itu,sebab itu bila ada isu di Parlimen,mereka akan membuat bising untuk menutup malu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates