Social Icons

Pages

Showing posts with label TONY.... Show all posts
Showing posts with label TONY.... Show all posts

Friday, November 06, 2015

KANTOI !!! DEBAT #1MDB @1MDB !!! CINA #DAP MEMANG PENAKUT !!!


Keputusan Pakatan pembangkang untuk mengantikan Tony Pua dengan sotong masak tepung,si Rafizi dalam sesi debat bersama Arul Kanda membuktikan bahawa cina-cina DAP ini hanya pandai bercakap sehala,bila kena cabar balik,cicir semua apa yang sepatutnya duduk dalam kantung.Alasan Speakerlah,PAClah,semua ini tak sepatutnya jadi isu kerana selepas Tony mula-mula mencabar debat,Arul awal-awal lagi dah minta Tony lepas jawatan dalam PAC sebelum debat diadakan.bila Tony cuba mengelak,Arul sukarela gugur cabaran,itupun Tony masih tak berani juga.Sekarang letak sotong ini pula.Walhal yang banyak tabur fitnah pasal 1MDB ialah Tony,yang jumpa Justo ialah Tony,yang bekerjasama dengan Tun Mahathir dan sebagainya juga Tony,tapi bila debat,ganti dengan Rafizi. 

Sotong botak ni tahu apa,dia sendiri pun tengah kira hari nak ke penjara sebab langgar BAFIA.Baru saja semalam Rafizi mengaku 2 orang botak tidak boleh muncul di TV berdebat,dah hari ini diumumkan dia pulak ganti Tony,so apa dah jadi bab botak tu ??? Ini satu lagi dungu dan tak konsisten oleh pembangkang,bila cina DAP takut,ganti dengan Melayu PKR,apa punya dol pun tak tahu.Rakyat perlu diingatkan saja,debat ini sepatutnya cari kebenaran.Apa yang Tony dulu kata,Arul kena buktikan salah,itu isunya.Rafizi apa sangat dia cakap pasal 1MDB ni,area dia hanyalah bab jet dan GST (itupun semua silap).

Nanti besok kebenaran tak jumpa,benda lain pulak yang puak ni pusing,faham sajalah pembangkang.Sebetulnya Rafizi tak payah ganti Tony pun kalau soalnya kebenaran.Tony boleh saja letak jawatan dalam PAC dan orang lain boleh ambil alih tempatnya tu kalau nak cari kebenaranlah isunya.Ini mesti nak politikkan keadaan,takde lain punya maksud.Justeru,memandangkan Tony tidak terlibat,Arul pun perlu tarik diri,lagipun Arul adalah saksi dalam prosiding PAC dan dari segi prejudisnya,Arul tak patut terlibat juga,Pandikar pun ada sebut hari itu. 

Ini semua perangkap politik sebab Rafizi memang diketahui bukan nak cari jalan selesai tapi manipulasi keadaan.Tony tu lain,dia memang patut berdebat dengan Arul sebab banyak benda salah yang dia cakap pasal 1MDB ni yang Arul perlu counter balik.Kena ingat,kita berurusan dengan golongan-golongan Jahil (ignorance) yang membentuk majoriti penyokong pembangkang.Betul tak betul bukan isunya sekarang tapi siapa yang boleh dapat untung lebih banyak,Arul dan 1MDB janganlah terperangkap dalam perkara ini. 

Oleh : Adamyan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, November 04, 2015

BREAKING NEWS !!! #1MDB @1MDB !!! #TONYPUA GUNA SPEAKER SEBAGAI PENYELAMAT MARUAH ???


Speaker Dewan Rakyat telah melarang debat 1MDB yang dicadang antara CEO syarikat itu Arul Kandasamy dengan Ahli Parlimen DAP,Tony Pua diadakan bagi mengelak gangguan kepada prosiding PAC mengenai syarikat tersebut yang sedang berlangsung.Entah bagaimana Speaker melihat debat ini boleh menjejaskan prosiding PAC mengenai 1MDB sedangkan tindakan Tony berulang kali membuat kenyataan mengenai 1MDB tidak dilihat pula boleh mengganggu prosiding siasatan.Tapi itu persoalan yang akan dikupas lain masa sebab yang penting sekarang,dalam keadaan Tony dilihat terjerat setelah cabaran debatnya disambut Arul,tindakan Speaker ini seolah-olah cuba menyelamatkan maruah Tony dan DAP. 

Maka tidak hairanlah kenapa DAP tidak menunggu panjang untuk menjarakkan Tony dalam perkara ini apabila Ahli Parlimen Seremban,Anthony Loke terus mengadakan sidang media untuk mengumumkan kebarangkalian pembangkang akan menggunakan orang lain untuk menggantikan Tony.Kira macam dengan keputusan ini,terselamatlah maruah DAP dan Tony,adalah alasan nanti kenapa taknak diadakan debat,Speaker tak bagi.Begitupun kalau Tony sangka dengan pengumuman ini dia akan terselamat,dia silap.Semua orang tahu sekarang dia penakut,dia yang mula cabar debat kemudian dia juga yang cari pelbagai jalan supaya debat itu tidak diadakan setelah Arul menyambut salam perdebatannya.

Semua ini boleh dianggap sebagai bukti bahawa 1MDB tidak ada masalah.Yang banyak cakap,yang banyak buat cerita pun tak berani bila berhadapan dengan orang nombor satu 1MDB.Orang ini bukan orang poltik pun tapi beliau berjaya menewaskan antara spinner terhebat dalam DAP.Terdedahlah kelemahan Tony dan DAP sekarang,iaitu mereka hanya pandai bercakap sehala,bila diajak berdebat,mereka akan tewas dengan mencari alasan dan jalan untuk tidak meneruskan perdebatan itu.Rasanyanya bukan Tony,semua pembangkang pun macam itu,sebab itu bila ada isu di Parlimen,mereka akan membuat bising untuk menutup malu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, November 03, 2015

BREAKING NEWS !!! DEBAT #1MDB @1MDB !!! SAPA KATA #TONYPUA TIADA "TELUR" ???


saya yakin bahawa ramai pihak kini sedang tumpu pada Tony Pua.Banyak mata sedang memerhati dan banyak telinga sedang tertunggu-tunggu respon dari Setiausaha Publisiti DAP yang selalu sangat menyalak-nyalak tentang 1MDB.Daripada tiada isu,hinggalah kepada isu yang dibuat-buat dan diada-adakan.Walau benarnya hanya 1 peratus dan 99 peratus yang lain sama ada palsu atau dipalsukan,soal itu tidak diambil kira asalkan dia terus menerus boleh menyalak tentang isu 1MDB.saya kira,Tony Pua tahu serba sedikit mengenai 1MDB ekoran kedudukannya sebagai salah seorang anggota anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Sudah tentulah dia tahu sedikit sebanyak tentang 1MDB yang diperbincang di dalam PAC sebelum ini.Apatah lagi dengan beberapa sindiran tentang kebocoran maklumat sulit tentang 1MDB yang dikatakan sengaja dibocorkan kepada pihak tertentu diyakini bagi tujuan untuk memanipulasi atau memalsukan fakta sebenar seperti yang dibuat Sarawak Report.Desas-desus mengatakan pihak itu adalah Tony Pua sehingga timbul desakan untuk dia meletak jawatan dari PAC,adakah semua ini benar ??? Pihak polis sedang menyiasat hal itu dan jangan dituduh Tony.Biarlah siasatan polis bongkarkan siapa dalang sebenar.persoalannya,kenapa Tony takut sangat nak berdebat dengan CEO 1MDB,Arul Kanda ??? Kenapa banyak pula alasan ‘cengkadak’ untuk berdebat ??? Tony Pua sendiri yang cabar Arul Kanda berdebat.Bila Arul setuju,dia beri pula macam-macam alasan yang lari dari tajuk.


saya lihat,ramai yang bertanya tentang ‘dimana telur Tony Pua?’.Mereka bertanya,selaku seorang lelaki,kenapa bacul sangat ??? Setelah mencabar Arul dan cabaran itu disahut dengan persetujuan,tiba-tiba pula berdolak-dalih cuba mengelak untuk berdebat.Setahu saya,golongan bapuk,darai,pondan,mak nyah atau yang seangkatan dengannya memang akan lari jika diserbu pihak berkuasa.Tapi kalau maruah mereka dicabar,mereka rela keluarkan kejantanan mereka belasah pihak yang menghina harga diri mereka.Berbanding dengan pondan-pondan itu,nampaknya Tony Pua kelihata lebih teruk pondannya.saya hairan,takkanlah begitu rendah sekali maruahnya ??? Bagaikan tiada langsung maruah dan harga dirinya.Takkanlah sebegitu teruk,Tony ???


Melihat Tony dikutuk dan disindir ramai pihak,saya jadi ‘kasihan’ pula pada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ni.saya yakin dia ‘ada’ maruah.Dia akan jawab persetujuan Arul untuk berdebat itu.saya yakin dia akan setuju berdebat.Tony Pua selama ini ‘hebat’ bukan ??? Kena saman pun minta duit rakyat tolong bayarkan.Siapa kata Tony Pua tiada ‘telur’ ??? saya yakin dia ada ‘telur’.Cuma,takkanlah dia nak tunjuk ‘telur’ dia.Nanti Nurul Izzah tak dapat tidur malam pula.Tunggulah sekejap.Dalam tempoh 48 jam,saya yakin Tony Pua akan berdebat dengan Arul.RTM pun sudah setuju siarkan secara langsung.Tidak sabar pula penulis nak lihat ‘telur’ Tony Pua.Harap dia tidak tunjuk pada penonton RTM ‘2 biji telur’ dalam seluarnya nanti,sudahlah.saya harap dia faham maksud ‘telur’ yang kita katakan.Itupun kalau dia benar-benar ‘bertelurlah'

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

Monday, November 02, 2015

KANTOI !!! PUNCA UTAMA #TONYPUA NAK BERDEBAT DENGAN #ARULKANDA #1MDB @1MDB DIDEDAHKAN !!!


sebelum ini CEO 1MDB,Arul Kanda telah menyahut cabaran Tony Pua DAP untuk berdebat mengenai 1MDB.Tony Pua ingat Arul Kanda yang juga seorang Islam gentar untuk berdebat dengan beliau.DAP juga lupa bahawa Arul Kanda merupakan seorang ahli debat semasa di RMC dulu.Semuanya bermula apabila Tony Pua ditanya mengenai sistem percukaian dalam dokumen Bajet Pakatan Harapan 2016.Tiba tiba Tony Pua yang berang mencabar Arul Kanda untuk berdebat.

APA PUN PELEPASAN CUKAI DALAM BAJET 2016 JAUH LEBIH BAIK DARIPADA BAJET RETORIK PEMBANGKANG. 

1. Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun digandakan daripada RM1000 kepada RM2000.

2. Pelepasan juga dinaikkan daripada RM3000 kepada RM4000 kepada idividu yang pasangannya tidak bekerja. Bagaimana pun pelepasan terkumpul itu mestilah dengan syarat ibu dan bapa masing masing tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan dan berumur 60 tahun ke atas. 

3. Kerajaan juga menaikkan pelepasan cukai daripada RM6000 kepada RM8000 bagi setiap anak yg berumur 18 tahun ke atas yg sedang melanjutkan pengajian di IPT dalam dan luar negeri. 

4. Pelepasan yg sama juga diberikan kepada ibu bapa kepada anak anak OKU yg melanjutkan pengajian di IPT dalam dan luar negeri. Iaitu dinaikkan daripada RM6000 kepada RM8000. 

5. Untuk kali pertama,anak anak yang menyara ibu bapanya walaupun tidak tinggal bersama akan diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1500 masing masing untuk ibu dan bapa.Tetapi dgn syarat ibu bapa masing masing tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan dan berumur 60 tahun ke atas.

6. CARUMAN PERKESO : 

Kelayakan caruman wajib dinaikkan daripada gaji RM3000 kepada RM4000 sebulan. 50,000 pekerja yg jika pencarum meninggal dunia dlm tempoh perkhidmatan akan menerima bayaran bulanan sehingga 90% pendapatan bulanan terakhir si mati (pencarum). 

BERDASARKAN KAJIAN HAMPIR 80% KOMEN DI MEDIA SOSIAL ADALAH POSITIF TERHADAP BAJET 2016.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, October 31, 2015

KANTOI !!! @1MDB #1MDB #GST !!! PENIPUAN #TONYPUA DIDEDAHKAN !!!



sebelum ini tony pua cabar Arul Kanda berdebat sebab dia ingat Arul penakut.Tetapi apabila Arul sahut cabaran,Tony pula yangg penakut.Maka macam macamlah alasan yang dia bagi.Itu satu lagi contoh,Tony Pua dan DAP hanya berani di media sosial.Itu juga bukti kerja mereka hanyalah berbohong dan memfitnah.Contohnya Tony Pua suka memfitnah mengenai GST.Hakikatnya GST adalah penyelamat ekonomi negara di saat kejatuhan harga minyak dunia.

2. Pada tahun 2015,kesan kejatuhan harga Petroleum iaitu AS$50 setong menyebabkan hasil Petronas merosot kepada RM44 bilion berbanding RM62 bilion sebelumnya. 

3. Harga minyak ini dijangka akan kekal rendah pada tahun 2016 dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggarkan RM31.7 bilion atau penyusutan pendapatan kerajaan lebih RM30 bilion.Justeru GST adalah penyelamat.Untuk tahun 2016 jika GST tidak dilaksanakan hasil negara akan berkurangan sebanyak RM21 bilion.Kalau SST kekal digunakan hasil kutipan hanya sebanyak RM18 bilion sahaja berbanding GST sebanyak RM39 bilion. Akibatnya defisit negara akan meningkat kepada 4.8% tersasar daripada jangkaan 3.1% tahun 2016.

4. Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan TS Irwan Serigar Abdullah hasil kutipan GST dalam tempoh sembilan bulan ialah RM27 bilion dan hingga kini hampir 400,000 syarikat telah bersaftar dengan GST. 

5. GST sifar akan dikenakan kepada semua jenis ubat terkawal serta tambahan kepada jenama ubat bagi 30 jenis penyakit seperti ubat kanser,kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung. Ini membabitkan peningkatan dua kali ganda daripada 4,215 kepada 8,630 jenama ubat.

6. GST sifar juga dikenakan terhadap beberapa barangan makanan seperti susu bayi dan kanak kanak berasaskan kacang soya dan susu organik, dhal termasuk sengkuang air dan gula merah.Manakala golongan petani berskala kecil kerajaan mencadangkan supaya threshold jualan tahunan untuk tujuan pendaftaran di bawah Skim Kadar Rata GST diturunkan daripada RM100,000 kepada RM50,000. 

7. Dan yg paling dinantikan oleh pengguna handphone pra bayar ialah rakyat Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar yg akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan pra bayar mereka mulai Januari 2016. 

Sekarang ini sudah ada tagline "KAMI BENCI TONY PUA DAP"

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, April 15, 2014

KANTOI !!! CUBAAN #TONYPUA MEMBURUKKAN #MALAYSIA DI #AUSTRALIA TAK BERJAYA !!!


Baru-baru ini,kecoh di suara rasmi DAP iaitu Roketkini berkenaan Tony Pua yang dihalang daripada berucap dalam Persidangan Malaysia Summit Australia (MASA) 2014,di Australia.Dalam email bertarikh 14 Oktober 2013 yang dihantar oleh penasihat pelajar Jabatan Perkhidmatan Awam Shahrezan Md Sheriff kepada penerima biasiswa JPA,pelajar-pelajar ‘dinasihatkan’ supaya tidak menghadiri program Festival of Ideas,Adelaide,Jika tidak mahu dikenakan sebarang ‘tindakan tegas’MASA yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 24 April di Melbourne itu merupakan program yang ditaja bersama oleh Kelab UMNO Australia.DAP menyifatkan halangan terhadap Tony Pua sebagai bukti yang penaja dari pihak kerajaan Malaysia takut dengan mereka serta ingin menutup minda pelajar-pelajar Malaysia di sana.Walaubagaimanapun,kebanyakan pelajar di sana yang saya temui dan juga rakyat Malaysia berkata,tindakan penaja menghalang Tony Pua sebagai bertepatan berdasarkan sikap pembangkang yang gemar menggunakan pentas yang diberikan kepada mereka untuk memburukkan negara sendiri.Lagipun,saya percaya,sekiranya Tony Pua dibenarkan berucap sekali pun,beliau tidak mampu memberikan apa-apa idea yang bernas yang mana menjadi ‘tema’ program tersebut,iaitu ‘Festival of Ideas’. 

Jika Tony Pua sekadar ingin berucap menuduh kerajaan lemah,korup dan gagal menangani isu MH370 seperti yang sering dimomokkan pembangkang di setiap pentas ceramah,maka itu bukanlah idea.Menuduh pilihanraya tidak telus atau pemimpin UMNO boros juga bukan idea.Selain perkara ini,saya yakin Tony Pua tidak ada apa-apa lagi untuk diperkatakan selain menipu hadirin kononnya DAP berkhidmat dengan Cekap,Amanah dan Telus (CAT).Malangnya,puji-pujian terhadap parti sendiri juga, bukanlah idea.Justeru,tanpa sebarang idea untuk diketengahkan,maka untuk apa Tony Pua perlu dibenarkan berucap ??? Apatah lagi jika ucapan itu mampu membawa kepada perpecahan di kalangan pelajar di sana serta merosakkan imej negara. Rakyat Malaysia berpecah belah pada hari ini kerana pembangkang telah diberi ruang yang terlebih luas untuk berucap.Saban hari mereka menggunakan semua platform yang ada untuk memfitnah dan menghentam,dalam usaha untuk menggambarkan Malaysia sebagai negara paling buruk dan teruk sekali di dunia.Tidak ada satu pun dari ucapan pembangkang yang membina, sebaliknya hanya berniat untuk memusnahkan segala yang telah dibina. Dalam pembangkang menghentam,menuduh,memfitnah dan menipu itu,negeri yang diperintah mereka pula dilanda berbagai masalah. 

Harapan agar pembangkang menggunakan kebebasan bersuara itu untuk menjadi alternatif atau pengimbang kepada kerajaan ternyata sia-sia.Oleh itu,tidak hairanlah jika penaja program MASA melihat bahawa sudah tiba masanya suara sumbang pembangkang disekat sedikit agar perpecahan sesama rakyat Malaysia dapat dibendung.Kita tentu sekali tidak mahu pelajar-pelajar kita di Australia pulang nanti dengan membawa semangat prejudis sesama kaum,keliru dengan sejarah serta bencikan negara sendiri.Lebih dari itu,saya ingin bertanya Tony Pua,apakah kelayakan bagi mana-mana pemimpin DAP untuk ke sana ke mari memberi ucapan,mengkritik dan menghentam itu dan ini sedangkan Ahli Jawatankuasa Pusat parti sendiri juga masih belum sah ??? Tidak malukah bercakap mengenai CAT,jika pemilihan parti sendiri terbukti berjalan keadaan yang begitu kotor sekali ??? Tidak malukah bercakap mengenai ‘bersih’ sedangkan muka sendiri bersalut najis ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, April 13, 2014

DULU #ANWARIBRAHIM !!! KINI #TONYPUA !!! SALAH #UMNO JUGAK KERRR ???


Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua mengecam kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional yang didakwa menjadi penyebab mengapa beliau dihalau dan dilarang daripada berucap di program Persidangan Malaysia Summit Australia (MASA) 2014 yang akan berlangsung di Australia nanti.Beliau mendakwa kerajaan Malaysia serta penaja-penaja program tersebut sengaja menghalang beliau daripada berucap kerana takut pelajar-pelajar Malaysia disana tahu akan kezaliman kerajaan Malaysia kepada pemimpin-pemimpin pembangkang di Malaysia dengan pelbagai fitnah dan tuduhan. 

"Mereka begitu takut dengan kehadiran pemimpin pembangkang untuk hanya satu jam dalam program yang berlangsung sepanjang empat hari," katanya dalam perkongsian di laman sosial facebook rasmi beliau. 

Tony juga turut menyifatkan bahawa pihak penaja-penaja dan kerajaan Malaysia sengaja mahu menutup minda pelajar-pelajar diluar negara dari mengetahui perbuatan-perbuatan jahat kerajaan di Malaysia yang dikatakan penyebab perpecahan kaum serta menggugat kestabilan politik. 

"Jelas sekali penaja-penaja dari pihak kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mahu menutup minda pelajar-pelajar kita daripada mengetahui perbuatan terkutuk mereka". 

Beliau juga mendakwa kerajaan Malaysia sentiasa mengawal pelajar-pelajar Malaysia di Australia daripada bertemu dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang membuat lawatan kesana.Ini menunjukkan betapa rakus dan zalimnya kerajaan Malaysia sehinggakan mengongkong pelajar-pelajar Malaysia disana.Tony berkata beliau akan tetap berada di Melbourne dalam tempoh program tersebut dan akan mengadakan forum awam di sana pada 23 April nanti.

SEMUA SALAH KERAJAAN !!!

TAK HABIS-HABIS LAH PUAK DAP NI !!!

ADA BUKTI KERR ???

MAIN TEMBAK JERR !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, August 25, 2013

HOT NEWS !!! @TONYPUA !!! BELIA CINA WAJAR TONTON #TANDAPUTERA !!! TOLONG BERITAHU MEREKA !!!


Filem sejarah,Tanda Putera,arahan Shuhaimi Baba menjadi kontroversi apabila DAP menuduhnya sebagai membangkitkan ketegangan.saya faham kebimbangan DAP kerana filem tersebut telah menyerlahkan warna sebenar parti itu yang bersifat perkauman dan angkuh.DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada keadaan darurat.Hakikat inilah yang cuba dinafikan oleh DAP Untuk itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk mengubah sejarah dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO.Malangnya,sejarah tidak mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir dari fahaman komunisme dan bertonggakkan perkauman. Mereka-mereka yang telah melalui tragedi 13 Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini.Roh DAP sentiasa membenci Melayu,memusuhi Islam dan menentang Institusi Raja-raja.Matlamat akhir mereka ialah menegakkan Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain.saya percaya bahawa matlamat ini terus dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini.Oleh itu,apabila filem Tanda Putera berjaya melepasi halangan dan bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini,DAP mencuba sekali lagi untuk membersihkan namanya.

Setiausaha Publisiti DAP,Tony Pua membuat kenyataan bahawa filem tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan sebagai filem cereka.Soalnya,siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa ??? Sepatutnya Tony Pua menggalakkan kaum Cina menonton filem ini bagi menghayati sejarah negara ini.Biar betapa pahitpun kebenaran itu,ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku sebagai warganegara.Menerima kebenaran merupakan langkah pertama ke arah perubahan kepada kebaikan.Melainkan,Tony Pua atau DAP tidak pernah dan tidak ingin berubah dan masih membawa roh yang sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja.DAP tidak mungkin akan begitu gelabah jika mereka benar-benar tidak bersalah dalam tragedi 13 Mei.Segala keresahan mereka adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan kaum.Malah,sifat perkauman dan perangai angkuh serta gemar menghasut DAP masih kekal sehingga ke hari ini dan boleh dilihat dengan jelas oleh semua rakyat Malaysia. Dengan sifat dan perangai yang sama masih terserlah,pastinya sukar bagi pihak DAP untuk menafikan bahawa merekalah dalang pencetus 13 Mei.

Hujah Tony Pua lagi,walaupun filem ini mungkin memaparkan kisah benar ia tetap mampu mencetuskan ketegangan kaum.saya tidak faham kenapa sebuah kisah benar yang berlaku berdekad lalu mampu mencetuskan ketegangan kaum ??? Apakah Tony Pua cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas dan merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang menyebabkan kaum Red Indian memberontak ??? Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun ??? Sebenarnya kebimbangan DAP hanya membuktikan yang segala kebencian DAP terhadap Melayu masih belum menjadi sejarah tetapi merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga ke hari ini.Oleh itu,ia memberikan alasan yang jauh lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton filem ini bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya kita semua menjaga keharmonian.Perbuatan menghasut dan menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan.Sifat angkuh dan perkauman kaum Cina perlu diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei.Sesungguhnya,keangkuhan kaum Cina tidak akan membawa kebaikan mahupun keuntungan kepada sesiapa.Sudah sampai masanya kaum Cina bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka seadanya.Belajarlah dari kesilapan dan bukannya menafikan kesilapan.Sebagai permulaan,tontonlah filem Tanda Putera agar mendapat sedikit pengetahuan.

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, June 13, 2013

EKSKLUSIF !!! SURAT TERBUKA UNTUK @TONYPUA DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


YB Tony Pua, 

SAYA menulis warkah ini bagi menjawab kenyataan saudara yang disiarkan di dalam portal berita themalaysianinsider.com pada 7 Jun 2013 di mana saudara menuduh bekas Perdana Menteri Malaysia kelima,Tun Dr. Mahathir Mohamad dan UMNO sebagai paling rasis dalam negara ini.Ketika Dr. Mahathir melafazkan sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1981,saudara baru seorang budak hingusan berusia 9 tahun.Jurang intelek antara saudara dan Dr. Mahathir bagaikan langit dengan bumi dan tidak mungkin saudara atau mana-mana rakyat di negara ini mampu mencapai ketinggian serta ketajaman pemikiran seperti beliau walaupun untuk tempoh 50 tahun akan datang.Bagi saya dan rakyat Malaysia yang menyanjungi ketokohan dan kepemimpinan serta sumbangan besar beliau kepada kemajuan dan kestabilan negara ini,tuduhan saudara umpama tombak berbisa menusuk kalbu khususnya bagi orang Melayu. 

Saudara tentu sedar sejak tertubuhnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) parti ini telah dan masih dianggap sebagai sebuah organisasi politik yang berasaskan kepada sentimen perkauman tebal,pemikiran rasis dan sempit yang hanya menggalas kepentingan agenda kaum Cina sahaja,iaitu bangsa kelahiran saudara.Berlainan pula dengan UMNO yang lahir di tempat yang mulia dan disanjung sebagai parti Melayu yang memainkan peranan amat penting membawa nikmat kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia,termasuk ibu bapa,adik beradik dan saudara sendiri.Parti yang saudara label sebagai ‘paling rasis’ ini jugalah antara lain berjaya membangunkan pendidikan di negara ini sehingga saudara turut menerima tempias nikmatnya berkesempatan menuntut di Universiti Oxford.Dr. Mahathir pernah mengatakan orang Melayu mudah lupa tetapi saya yakin orang seperti saudara juga mudah lupa untuk bersyukur terhadap segala apa yang saudara dan bangsa saudara perolehi atas perjuangan ikhlas UMNO sejak merdeka. 

Sebelum saya mengemukakan bukti nyata untuk menyanggah tuduhan melampau dan tidak masuk akal saudara terhadap Dr. Mahathir dan UMNO,biarlah saya beritahu saudara mengenai beberapa perbuatan dan amalan orang Cina terhadap bangsa Melayu yang selama ini hanya memendam dan bersabar di atas diskriminasi yang mereka alami.Tanya sahaja mana-mana orang Melayu yang membaiki kereta atau motosikal di bengkel kepunyaan Cina,pasti mereka akan merungut bayaran yang dikenakan kepada mereka 15 hingga 20 peratus lebih mahal daripada pelanggan berbangsa Cina.Tanya pula kepada makcik-makcik Melayu yang membeli-belah di kedai runcit kepunyaan Cina,mesti mereka akan memberitahu harga yang dicaj kepada pelanggan Melayu adalah lebih tinggi berbanding bangsa mereka sendiri. Begitu juga diskriminasi yang dilalui oleh peniaga-peniaga Melayu yang ingin mencari peluang pasaran di pasar raya milik Cina.Kerap barangan mereka dipamerkan hampir dengan setor malah ada juga di tepi tandas, walhal dari segi kualiti dan harga produk keluaran Melayu setanding dan kompetitif dengan barangan keluaran syarikat Cina. Banyak lagi contoh yang ingin saya maklumkan kepada saudara tetapi cukuplah sekadar untuk membuka mata saudara betapa rasisnya bangsa saudara. 

Bagaimana pula diskriminasi syarikat Cina yang hanya mengiklan jawatan kosong untuk bangsa Cina sahaja ??? Malah pekerja Melayu di syarikat Cina juga mendapat gaji yang lebih rendah walaupun mempunyai kelulusan dan dan jawatan yang sama dengan rakan sekerja berbangsa Cina.Apa pula jawapan saudara mengenai budaya penyalahgunaan dadah, rasuah, aktiviti haram dan maksiat seperti rumah urut,pusat judi,pusat siber kafe haram,pusat karaoke haram dan sebagainya yang rata-rata dikendalikan oleh bangsa saudara ??? Mungkin dasar Perdana Menteri yang ‘amat rasis’ ini jugalah yang berjaya meletakkan 29 daripada 40 billionaire dan jutawan berbangsa Cina dalam senarai individu Malaysia paling kaya majalah Forbes pada tahun 2012.Semasa DAP,Pas dan PKR menguasai Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008,sudikah saudara menjelaskan mengapa antara langkah terawal kerajaan negeri adalah menutup 700 Tabika Kemas yang memangsakan lebih 13,000 murid dan beratus-ratus guru Kemas yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu ??? Begitu juga dengan tindakan kerajaan DAP-Pas-PKR yang sengaja memperlahankan pembinaan masjid dan sekolah agama baharu sepanjang 11 bulan memerintah Perak sementara sekolah-sekolah swasta Cina bercambah dengan diberikan tanah manakala kampung-kampung baru diberikan status kekal.Ini hanya sekelumit sahaja daripada tindakan-tindakan rasis yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang dikawal oleh DAP. 

Akhir sekali,biarlah saya mengingatkan kembali kalimat-kalimat rasis yang ditujukan kepada orang Melayu oleh penyokong-penyokong parti saudara dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969.Jika saudara musykil silalah rujuk kertas putih yang disediakan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mengenai tragedi berdarah 13 Mei 1969.Dokumen ini ditandatangani Perdana Menteri kedua,Tun Abdul Razak Datuk Hussain selaku Pengarah MAGERAN.Menurut laporan ini pada muka surat 33 bab 12, ketika melintas Balai Polis Brickfields penyokong-penyokong Cina DAP telah melaungkan kata-kata mencaci, “Apa polis boleh buat ??? Kita Raja” dan “Buang semua polis Melayu”.Dalam perarakan DAP meraikan kemenangan mereka di depan Balai Polis Jalan Travers, sekali lagi penyokong-penyokong Cina DAP mengucapkan kata-kata kesat dan biadab terhadap orang Melayu seperti, “Mati Melayu,Sakai pergi masuk hutan!” Berhampiran dengan pondok polis Bukit Bintang,penyokong-penyokong Cina DAP dan Gerakan (ketika itu pembangkang) bertempik dengan mengeluarkan kata-kata amat rasis sekali, “Apa ini Melayu kita negeri dia sudah perintah.Ini negeri bukan Melayu punya.” Saya anjurkan saudara baca sehelai demi sehelai laporan MAGERAN setebal 104 halaman ini supaya saudara mendapat pencerahan minda dan kesedaran serta keinsafan siapakah rasis nombor wahid di negara yang dipanggil Tanah Melayu ini.Mungkin pahit untuk saudara telan sedikit daripada kebenaran dan fakta yang saya kemukakan tetapi saya percayakan pepatah Melayu yang mengatakan mana harimau yang boleh tukar belangnya ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, January 03, 2013

KANTOI !!! TENDER TERBUKA !!! TONY PUA MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! WAJIB BACA !!!


Tony Pua, (DAP – Petaling Jaya Utara) dengan bangga dan konsisten sekali terus memainkan peranannya sebagai ‘pejuang tender terbuka’ atau ketelusan dalam pentadbiran kerajaan BN.Nampaknya,Tony Pua ini telah terlepas pandang akan laporan-laporan akhbar mengenai transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib.Jika ini tidak benar,tentu Tony Pua sedia maklum bahawa tender terbuka merupakan antara tunjang program transformasi kerajaan dalam memperkatakan tentang ketelusan.Oleh itu,sistem tender terbuka telah sememangnya diamalkan oleh kerajaan BN dan sudah pun menunjukkan keberkesanan atau kejayaan di mana Malaysia telah diiktiraf oleh firma antarabangsa iaitu A.T Kearney sebagai 10 negara terbaik dalam indeks keyakinan pelabur asing 2012.Kalau ada pun projek yang diberikan secara rundingan terus,ia adalah projek yang melibatkan rahsia pertahanan dan rahsia sulit negara atau memerlukan tindakan cepat dan ‘khas’ seperti yang melibatkan bantuan ataupun projek-projek berskala besar dan signifikan untuk kesejahteraan rakyat atau pembangunan negara.Ini adalah amalan biasa oleh mana-mana kerajaan yang bijak dan mementingkan keselamatan rakyat serta negaranya. 

Justeru,tiada sebab untuk Tony Pua terus menyalak memperjuangkan sesuatu yang telah pun ada di depan mata.Lebih-lebih lagi apabila kerajaan PR sendiri masih bergelumang dengan masalah ketidaktelusan yang amat serius sehingga mampu membawa bencana besar kepada rakyat.Tahukah Tony bahawa rakyat tidak pernah lupa akan ‘ketelusan’ DAP dalam menangani kes rasuah pemimpin mereka sehingga membawa kepada kematian saksi penting SPRM,iaitu Teoh Beng Hock ??? Tidak cukup dengan itu,DAP bertindak mengalihkan isu rasuah mereka dengan mempolitikkan pula kematian Teoh Beng Hock dengan menyalahkan SPRM.Itu belum lagi dikira aduan rakyat mengenai ahli majlis yang menyonglap peruntukan untuk Pusat Khidmat DAP atau kes salah guna kuasa memberi sokongan kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga sendiri.Beberapa kemusykilan juga pernah dibangkitkan mengenai pemberian projek di Pulau Pinang antaranya tender bagi projek di Taman Perindustrian Batu Kawan dan Bukit Jambul Country Club.Antara yang dipersoalkan ialah tindakan Ketua Menteri hanya memanggil satu syarikat sahaja untuk rundingan khas walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang mengambil bahagian serta penganugerahan projek kepada syarikat yang mempunyai masalah kewangan sedangkan syarikat-syarikat yang digagalkan adalah lebih berupaya dan berkredibiliti. 

Selain itu,DAP juga turut dipersoal mengenai syarat yang dikenakan bagi tender melebihi RM10 juta di mana kontraktor yang berjaya perlu membuat sumbangan.Persoalan ini kemudiannya membawa kepada skandal rumah Lim Guan Eng yang dikatakan berkait dengan projek Taman Manggis dan syarikat Winbond Sdn Bhd yang mana laman webnya dipadamkan sejurus selepas skandal ini meletup ??? Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang melantik HDB Singapura bagi projek di Batu Kawan juga menimbulkan tandatanya,kerana ia seolah-olah menunjukkan tiada kontraktor Malaysia yang mampu untuk membina rumah yang berkualiti.Semua persoalan ini masih lagi tinggal persoalan yang tenggelam dalam ‘ketelusan’ DAP. Bukan sahaja DAP, tetapi kerajaan PKR Selangor juga pernah ‘kantoi’ memberi projek membekalkan hamper Hari Raya bernilai RM2 juta tanpa melalui tender terbuka sejak 2009 hingga 2011.Mungkin projek hamper dan pembinaan rumah dianggap perkara kecil oleh Tony Pua,tetapi bagaimana pula dengan projek balak di Kedah dan paling hangat kini,di Kelantan.Walaupun kerajaan Negeri Kedah pernah membuat kenyataan penuh bangga bahawa projek balak negeri itu diberikan melalui tender terbuka tetapi sehingga kini tiada siapa yang mengetahui secara terperinci syarikat-syarikat yang terlibat iaitu yang gagal mahupun yang berjaya mendapat projek tersebut.Bagaimana dikatakan terbuka jika tiada siapa yang dapat melihatnya ??? Tony Pua juga perlu bertanya kepada rakannya Ngeh Koo Ham yang pada mulanya beria-ia menafikan menerima tanah dari kerajaan PAS Kelantan tetapi terpaksa mengaku apabila menyedari yang maklumat pemilikan syarikat bukanlah sesuatu yang sukar dicari dan didedahkan oleh sesiapa saja.Apakah semua yang disenaraikan di sini merupakan tindakan telus di pihak DAP, mahupun PR ??? Atau apakah Tony ingin mengiakan tuduhan BN bahawa DAP atau PR sememangnya gemar bercakap tak serupa bikin? Mengamalkan dwi-standard, dia buat tak apa orang lain tak boleh ??? Dengan terus membangkitkan soal ketelusan dan tender terbuka, Tony seolah-olah menyamakan dirinya dengan puak-puak bengap yang menentang Lynas akibat tak faham fakta sains dan kemudian mogok lapar tapi tak tahan lapar.Oleh itu,sebelum bercakap,tengoklah diri sendiri terlebih dahulu.Sebaiknya,mandi dan cucikanlah diri dahulu sebersih-bersihnya,sebelum keluar rumah dan menuduh orang lain berbau busuk.

RENUNG-RENUNGKAN

UNCOVERED !!! TONY PUA DAMAGE THE PARTY OF DAP ??? MUST READ !!!


Tony Pua,(DAP – Petaling Jaya Utara) proudly and consistently played his role as the 'fighter on open tender' or transparency on BN's administration.It seems like Tony Puah has misjudged on all newspaper reports regarding the transformation which is implemented by Barisan Nasional government led by Datuk Seri Najib.If this is not true,Tony Pua should obviously be aware that the open tender system is one of the most important program among all the transformation programs,in terms of transparency.That is why,the open tender system was implemented by BN government and it has been proven to work as Malaysia is acknowledged by an international firm,A.T Kearney as the top 10 countries in foreign investor confidence index 2012.Even if there are projects which are given through negotiations, it usually involve secret defence projects or confidential state secrets where it requires fast actions such as big scale projects, all significant for both rakyat and development of the country. 

Thus, there is no reason for Tony Pua to keep on fighting for something which is already obvious. Especially when PR itself is still covered with serious transparency issues which could jeopardize rakyat. Didn't Tony know that rakyat never really forget DAP's 'transparency' on handling their leaders corruption case which led to the death of the most important witness for MACC,Teoh Beng Hock ??? Not just that,DAP even tried to move away from the issue by politicizing the death of Teoh Beng Hock by blaming MACC.We are still yet to consider rakyat's complaints regarding the council member who took the budget for DAP's Service Centre or the power abuse when they supported the company which is owned by their family members.A few questions were also raised regarding the grant of project given in Penang. Few of them include tenders for projects in Taman Perindustrian Batu Kawan and Bukit Jambul Country Club.Few of the questions include the Chief Minister's actions in calling only one company for a special meeting even though there were other companies who are involved, and that the company which was given the tender was a company which is about to sink, even with the fact that there are a lot of strong companies who fought for the projects. 

Besides that,DAP was also asked on the terms which was given for tender that are more than RM10 million where contractors who managed to get the project would have to contribute. This then led to Lim Guan Eng's house scandal which is said to be linked to the project at Taman Manggis and Winbond Sdn Bhd which its website was shut down right after the scandal went viral. DAP Penang's actions in appointing HDB Singapore for a project in Batu Kawan also raised some questions,because it seems to show that as if Malaysian contractors are not capable to develop high quality homes.Not just DAP,even PKR Selangor was exposed for granting a project on supplying Hari Raya hampers worth RM2 million without using the open tender system from 2009 to 2011.

Perhaps Tony thinks that those projects are small issues,but what about the logging project in Kedah and the latest,Kelantan.Even though Kedah government did make a statement saying that the logging project at the state was rewarded through open tender, but until now, no one really know the details on the companies involved for the whole process. How can they say it was an open system if no one can see it ???  Tony Pua also need to ask his friend,Ngeh Koo Ham who at first denied the fact that he received land from PAS Kelantan government,but finally ended up admitting that he did receive the land when he realized that the information on company ownership is not something hard to find by just about anyone. Are these things transparent enough in the eyes of DAP or PR ??? Or DAP want to confirm BN's assumption saying that DAP and PR never really meant what they say ??? Such double standard,they can do it, others can't.By raising the issue of transparency and the open tender system, Tony seems to put himself among those idiots fighting against Lynas just because they fail to understand scientific facts which then ended up having to go for a hunger strike,which they fail to go through.That is why,Tony Pua should not simply say things about others.He should clean himself up before accusing others.

GAZE-PONDERS

Monday, November 05, 2012

HOT NEWS !!! TONY PUA PERTIKAI PERNIAGAAN ORANG MELAYU !!! APA CERITA NI ???


Kenapa tony pua pertikaikan perniagaan yang dimiliki oleh syed mokhtar al bukhari ??? jawapanya mudah sahaja, pasal syed mokhtar tu orang melayu,beragama Islam dan banyak keuntunganya di salurkan untuk kerja-kerja dakwah dan kebajikan... 


Gaya tony pua bercakap,seolah-olah segala perniagaan dalam malaysia nie di kuasai oleh syed mokhtar, kalau betul syed mokhtar menguasai segala-galanya dah dah dia menduduki tempat pertama orang terkaya di malaysia, tapi hakikatnya, masih banyak lagi cina-cina yang lebih kaya,contoh terbaik ialah tan sri robert kwok yang menguasai 60 peratus gula dan tepung melalui syarikatnya gula perai,gula perlis dan federal flour mills (ffm)...Malah banyak lagi cina-cina yang kaya dengan hasil merasuah,judi dan hasil jenayah terancang,kenapa tony pua hanya pertikaikan kekayaan syed mokhtar albukhari ??? pasal dia orang melayu dan cina kelahiran singapura macam tony pua tidak senang adanya orang melayu yang kaya...- DET 

RENUNG-RENUNGKAN 

Saturday, October 13, 2012

HOT AND FULL VIDEO !!! TONY PUA DI HENTAM KAW-KAW OLEH DATUK ABDUL RAHMAN !!!


Video Penuh : Wacana Sinar Harian Bertajuk Bajet 2013 Yang Diadakan Di Karangkraf.Moderator,Dr Maszlee Malek,Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Panel Ahli Parlimen Kota Belud dari Umno-BN,Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Publisiti DAP,Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Dan Wan Saiful Wan Jan Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas)

JOM LIHAT MACAM MANA TONY PUA KENA HENTAM DI ATAS PENIPUAN BELIAU !!!

 

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, June 07, 2012

HOT NEWS !!! TONY PUA KENA BAYAR SYABAS RM200 RIBU !!!



Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini berjaya dalam saman fitnahnya terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina,dua tahun lalu.Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini.Peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Tony memberitahu pemberita,Hakim Amelia turut memerintahkan supaya beliau yang dinamakan sebagai defendan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am.

Katanya,ia beserta dengan faedah sebanyak empat peratus kepada Syabas manakala lain-lain kos akan ditentukan kemudian.Selain itu,menurut Alliff,mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi terhadap Tony yang menghalangnya atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula atau membenarkan penerbitan semula pernyataan fitnah tersebut. - Bernama

Friday, February 11, 2011

TONY PUA MENYALAHKAN SPRM ???


apa cita ni ??? kalau dah salah mengaku jer.buktikan laporan tu.dah tau kenyataan sah dan nyata kononnya kerajaan berbelanja lebih dalam pembelian enam buah Kapal Tempur Pesisir atau Littoral Combat Ship (LCS).lepas tu nak salahkan SPRM tak buat kerja.

apapun SPRM akan menunggu laporan Tony Pua ni.adakah Tony Pua ni nak buat cerita ataupun gimik supaya Kerajaan tumbang dan selepas itu DAP pulak nak pegang ??? adakah itu cita-cita Tony Pua sebenarnya ??? jangan mimpi lah.nanti bergaduh lagi sesama PAKATAN. Dalam satu portal berita tempatan baru-baru ini,Tony Pua dilaporkan kononnya kerajaan berbelanja 870 peratus lebih mahal daripada kos yang dikeluarkan oleh negara lain dengan meluluskan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam buah LCS itu.agaknya bila Tony pua nak bagi laporan itu ??? untuk pengetahuan ko wahai encik Tony Pua,SPRM dah tunggu laporan ni.apapun SPRM mengalu-alukan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara @ Tony Pua itu tampil memberi fakta dan asas-asas dakwaan yang dibuat supaya SPRM dapat menjalankan siasatan menjurus kepada dakwaan dengan jelas.lagipun SPRM tidak boleh membuat siasatan atas dakwaan yang liar dan tidak ada asas.kalau dah berasas boleh lah dakwa Kerajaan Malaysia.

ADA BERANI MEMBERI LAPORAN ITU ???

 
 
Blogger Templates