Social Icons

Pages

Tuesday, November 03, 2015

FAKTA !!! 3 PILIHAN UNTUK TAN SRI #MUHYIDDINYASSIN #TSMY SAMA ADA DUDUK DALAM #UMNO ATAU SEBALIKNYA !!!


dibawah adalah 3 pilihan sebelum menuju ke pemilihan UMNO akan datang.Tan Sri Muhyiddin kena pilih sama ada perlu atau tidak beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Pilihan PERTAMA : Jadi Pengecut.TSMY boleh tunduk menerima keputusan jawatankuasa disiplin.Ini akan menjadikan beliau sendiri “pengecut” bukannya 156 Ketua Bahagian yang sebelum ini TSMY dakwa sebagai pengecut kerana tidak berani menegur pemimpin.Jika ini pilihan TSMY, maka perbandingan ketara ialah 2 orang bekas TPM/ Timbalan Presiden yang pernah melawan Perdana Menteri iaitu Anwar Ibrahim dan Tun Musa Hitam.Anwar melawan dan dipecat hingga akhirnya dipenjarakan.Musa juga melawan dan tahun 1986 meletak jawatan sebagai TPM dan T/Presiden UMNO.MT yang terkejut dengan keputusan Musa menghantar rombongan ke London memujuknya mengekalkan jawatan T/Presiden sahaja.Ini sudah pun menjadi perbandingan besar kepada TSMY yang tidak berani meletak jawatan TPMY dan hanya tahu dia dipecat sejam dua sebelumnya.bahkan TSMy pada malam dipecat menelipon Zahid bertanya apakah dia akan ditangkap kerana dia amat takut bila melihat ramai polis berkumpul di depan rumahnya.

Pilihan KEDUA : Lawan UMNO dari luar parti.Ini bermakna,TSMy terpaksa menubuhkan atau menyertai parti pembangkang.Tiga orang pemimpin kanan Umno pernah berbuat demikian iaitu Dato' Onn (1951),Ku Li (1988) dan Anwar (1998).Ketiga tiganya gagal melawan arus.Ku Li yg gagal menumpaskan Tun M walaupun bergabung dgn Tun Musa sehingga UMNO diharamkan terpaksa tubuh Parti Semangat 46.Pada 1996, Ku Li bubarkan S46 dan kembali kepada Umno.Anwar ambil jalan sama macam Ku Li dgn menubuhkan PKR.Nampaknya Anwar juga akan senasib macam Ku Li apatah lagi bila dipenjarakan ditambah pula dgn faktor umur yang meningkat.Berbeza dgn Razaleigh dan Anwar,jika TSMY ingin menubuhkan parti baru,beliau tidak akan diangkat sebagai ketua atau calon PM kecuali jika beliau mampu membawa keluar lebih kurang 20 orang ahli Parlimen UMNO untuk memimpin parti pembangkang yang sedia ada.

Pilihan KETIGA : Lawan dari dalam UMNO.TSMY juga boleh memilih jalan baru yang tidak pernah diambil oleh Razaleigh atau Anwar,iaitu lawan Najib dari dalam parti.Beliau,Tun M dan Shafie Apdal boleh ke seluruh negara meraih simpati dan menghasut akar umbi UMNO dan orang Melayu mencabar kepimpinan Najib.Namun peluang amat tipis sekali kerana TSMY malah Tun M tidak mendapat sokongan daripada pemimpin kanan UMNO seperti Razaleigh pada 1988,atau pun sokongan daripada orang Melayu biasa,seperti Anwar pada 1998.Apatah lagi 156 Ketua Bahagian pula mahu TSMY dipecat.Bagi ramai penganalisa,kelemahan kem Tun M-TSMY ialah ketiadaan rasional perjuangan yg diperlukan kecuali Muhyiddin memilih menjadi pengecut.Tun M-TSMY tidak mungkin menguasai UMNO sebelum parti ini dipastikan berpecah.Akan tetapi,perpecahan Umno perlukan justifikasi kerana orang Melayu yang biasa dengan dominasi dan naungan UMNO merasa gelisah dengan persaingan antara elit dlm UMNO.

Justifikasi utama Tun M-TSM buat masa ini,Najib adalah barah kepada Umno.Persoalannya,apakah isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion cukup kuat mengaitkan Najib sebagai barah kepada UMNO ??? Sedangkan skandal mereka berdua lebih teruk lagi.Sebab itulah Tun M akhirnya mengakui dia tidak yakin Najib akan meletakkan jawatan.Yang terkapai kapai ialah TSMY.Gerakan mereka berdua semakin lemah.Yang dikejar tidak dapat,yang dikendong keciciran.Semua ini berlaku kerana TSMY adalah pengecut.Dia hanya bagus sebagai manipulator.Berani mengkritik bukan maknanya dia adalah pemberani dan berani bersuara bukan bermakna cakapnya adalah betul.

WONG CHIN HUAT 
Essex University

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

saya undi najib letak jawatan. kalau maih tak nak letak jawatan atau masih sygkan jawatan sekalipun, ambil la cuti.

 
 
Blogger Templates