Social Icons

Pages

Monday, November 02, 2015

FAKTA !!! #BAJET2016 !!! BUKTI UTAMA KENAPA #PAS SOKONG BAJET 2016 DIDEDAHKAN !!!


Ustaz Hadi umum,sedia bekerjasama dengan UMNO dan BN dalam perkara berkaitan "kepentingan rakyat" sebagai keutamaan.Menurut beliau itu adalah "pendekatan baru dan profesional" yang akan dilakukan oleh PAS termasuk jumpa Menteri secara direct.Tahniah Hadi dan PAS.Selama ini Pembangkang sering memperlekehkan apa sahaja yg dilakukan oleh kerajaan BN walaupun ia adalah baik untuk rakyat dan negara.Justeru amat wajar siapa saja termasuk PAS menyokong Bajet 2016 kerana ia fokus untuk "Untuk Mensejahterakan Kehidupan Rakyat"

CONTOHNYA KERAJAAN MENYEDIAKAN PERUNTUKAN RM 1.5 BILION UNTUK NAIKKAN TARAF HIDUP GOLONGAN B40

Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu golongan B40 ??? B40 ialah mereka yang berpendapatan bulanan purata di bawah RM2537 sebulan atau golongan berpendapatan 40% terendah (B40).Antara langkah yg disediakan ialah ; 

1. Menyediakan RM 600 juta melalui TEKUN bagi membantu mereka menjadi usahawan dengan skim pembayaran balik yg mudah. 

2. Kerajaan tambah lagi peruntukan RM200 juta melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi kemudahan pembiayaan mikro. 

3. RM50 juta diperuntukkan kepada Kementerian Luar Bandar untuk program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya serta RM 100 juta kepada Institut Latihan Kemahiran Swasta untuk membantu golongan ini meningkatkan kemahiran. 

4. Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM 300 juta untuk kemajuan dan kebajikan orang asli spt pembinaan kampung bersepadu,bantuan makanan tambahan,wang saku dan tambang pengangkutan sekolah. 

5. Kerajaan juga akan memperluaskan program eRezeki dan eUsahawan untuk golongan B40 bagi meringankan kos sara hidup mereka. 

6. Sebagai kerajaan yg adil RM 100 juta disediakan untuk pembangunan sosio ekonomi kaum India termasuk RM 100 juta dana khas TEKUN untuk mereka.Di samping itu RM90 juta disediakan untuk golongan penjaja dan peniaga kecil Cina.Justeru siapa saja patut menyokong langkah baru PAS iaitu menyokong dan bekerjasama dgn apa saja yg mendatangkan kebajikan kepada rakyat seperti Bajet 2016.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates