Social Icons

Pages

Monday, November 30, 2015

KANTOI !!! #1MDB !!! #EDRA !!! #TUNMAHATHIR PANDAI ATAU TAK PASAL #MATEMATIK NI ???


Tun Mahathir Mohamad dalam tulisan beliau berjudul “1MDB KELUAR DARI PERNIAGAAN POWER” mempertikaikan laporan bahawa 1MDB mengurangkan hutang antara RM16 bilion hingga RM18 bilion hutangnya selepas menjual “Edra”

2. Saya cuba menghitung bagaimana penjimatan ini boleh dicapai. 

3. 1MDB membeli loji-loji janakuasa bersama dengan hutangnya sejumlah RM6 bilion dengan harga RM18 bilion. CGN membayar RM9.83 bilion untuk 100% aset tenaga itu. 

4. Perlu diambil perhatian bahawa pada masa 1MDB membeli loji-loji janakuasa tersebut,Ringgit berada pada paras 3.2 bagi satu dolar Amerika.Kini ia berada pada paras 4.2 Ringgit bagi satu dolar Amerika.Dihitung dari segi dolar Amerika,9.83 bilion Ringgit yang dibayar oleh Syarikat Cina adalah bernilai lebih rendah daripada 9.83 bilion Ringgit yang dibayar oleh 1MDB.

5. Jika wang yang dipinjam oleh 1MDB adalah dalam Ringgit kerugian itu adalah minimum.Tetapi jika 1MDB telah meminjam dalam USD,ia menghadapi kehilangan 1 Ringgit bagi setiap dolar yang dipinjam.Dengan kata lain apa yang 1MDB memperolehi daripada jualan itu tidak akan dapat membayar sepenuhnya hutang dalam bentuk USD yang dipinjam oleh 1MDB. 

6. CGN dilaporkan telah membeli 100% daripada aset tenaga 1MDB.Adakah hutang loji janakuasa berjumlah 6 bilion Ringgit yang 1MDB telah mengambilalih itu juga dianggap sebagai aset yang telah dijual kepada CGN ??? 

Saya fikir Tun Mahathir tidak perlu memeningkan kepala untuk perkara yang mudah ini.1MDB telah merangkumkan kesemua pembelian aset janakuasa bebasnya di bawah anak syarikat Edra Energy.Kesemua liabiliti pembelian janakuasa ini terletak di bawah Edra berjumlah sekitar RM 18 bilion.Apabila syarikat China,CGN membeli Edra bersama dengan liabilitinya,berapa bayaran tunai atau dalam matawang apa tidak penting lagi kerana ia mengambil alih keseluruhan hutang dan liabiliti syarikat terbabit.Oleh kerana jumlah keseluruhan liabiliti EDRA yang ditanggung oleh 1MDB ialah RM 18 bilion,maka pengambil alihan ini sekaligus mengurangkan RM 18 bilion dari tanggungan hutang 1MDB. 

Ini seumpama kisah jualan MV Agusta Motor S.p.A (MV Agusta) beberapa tahun lalu.Apabila Tun Mahathir mengarahkan Proton membeli dengan harga 70 juta euro ia termasuk hutang dan liabiliti syarikat terbabit.Apabila hutang MV Agusta mula bertambah ia telah menyebabkan akaun Proton Holdings sendiri mencatatkan kerugian besar sehingga RM 500 juta.Daripada 500 juta ringgit itu,481 juta ringgit ialah hutang MV Agusta.Justeru apabila Proton menjual MV Agusta dengan harga RM 4.50 atau 1 Euro bersama hutangnya,ia turut melenyapkan labiliti Proton sebanyak RM481.05 juta. 

Selebihnya,elok Tun Mahathir tidak masuk campur dalam hal pengurusan perniagaan kerana rekod Tun mengendalikan perniagaan sangat buruk,dari Perwaja,MAS,Renong dan BMF sangat mengecewakan.Dari segi perjanjian juga Tun gagal menguruskan dengan baik bila diambil kira perjanjian berat sebelah yang menguntungkan pengendali Lebuh Raya berbanding pengguna.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Rasa nya ni spin sengal nama dia ... MVAugusta di jual pada zaman Pak Lah tanya KJ.

TunM sendiri pernah menyuarakan kemarahan. Lagi satu kalau tak berapa faham hal2 1MDB ni baik tulis benda lain lah. Lebih berfaedah. Jangan merosakkan diri.

Anonymous said...

Sebenarnya AKU malas nak komen bila orang bandingkan JUALAN
IPP untuk langsaikan utang IMDB dengan jualan 1 Euro Augusta
sebab nampak now kebodohan dan ketololan KAMU. In the first place,
motor Augusta dijual oleh PAK LAH bukan Tun M. Tun M sangat marah
sebab Augusta dijual padahal tekonologinya itu amat tinggi nilainya.
Si pembeli 1 Euro sudah jual Augusta dalam tempoh tiga bulan kepada
motor Davidson dengna rega 3 Billion Euro or is it USD.......?????

Anonymous said...

Jadi kebiasaan blogger pemakan dedak. Copy paste penjelasan dari blogger pro Najib yg konon bijak memberi penjelasan tapi sebaliknya nampak begitu bodoh. Kelompok bloggers bangang yang ada di sekeliling Najib saling mewarisi ketololan sesama sendiri.

 
 
Blogger Templates