Social Icons

Pages

Friday, November 20, 2015

KANTOI !!! #AZMINALI MEMBELANJAKAN RM9.7 JUTA UNTUK PINTU GERBANG ???


Kenapa kerajaan Selangor membelanjakan RM9.7 juta hanya untuk mencantikkan pintu gerbang,tanya bekas pemimpin PKR dan aktivis pembangkang Badrul Hisham Shahrim.Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard mahu Menteri Besar,Azmin Ali membuat penjelasan mengenai perkara tersebut. 

"Malangnya di bawah Azmin selaku MB dan Exconya Zaidy Abdul Talib dari PAS telah memilih sebuah syarikat dengan nama 'Islah' (nama Arab) hanya untuk mencantikkan pintu gerbang.Ia sungguh memilukan,"katanya dalam satu kenyataan Jumaat.Menurutnya,jumlah ini kecil bagi mereka yang sedang menikmati tampuk kuasa tetapi jika jumlah ini disalurkan kepada anak muda dalam bentuk latihan keusahawanan dan pinjaman modal awal perniagaan berapa banyak usahawan muda akan terbentuk. 

"Ia hakikat menyakitkan,ini hanya yang terdedah melalui media, apa lagi yang belum terdedah,"tambah beliau.Menurut Chegu Bard,RM9.7 juta jumlah yang mungkin sikit jika diperkatakan oleh orang yang bergaji puluhan ribu seperti Menteri dan Exco kerajaan negeri mahupun ahli lembaga pengarah. Katanya, ia jumlah besar bagi marhaen biasa.Katanya,berpuluh ribu keluarga mampu menarik nafas lega walaupun seketika jika dana itu dicairkan kepada mereka.Dilaporkan syarikat Islah Niaga Sdn Bhd mendapat projek menaik taraf pintu gerbang tersebut yang secara rasmi dikenali sebagai Kota Darul Ehsan yang menjadi tanda pemisah Selangor dan Kuala Lumpur bernilai RM9.7 juta - AD

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates