Social Icons

Pages

Friday, November 20, 2015

#YaPEIM !!! KEPADA DATUK SERI #JAMILKHIR !!! TOLONG SAMAN #NOW SAMPAI HABIS !!!


sebelum itu saya nak ceritakan sedikit perangai pemimpin pembangkang dan modus operandi !!! Modus operandi pembangkang selama ini menggunakan sebahagian dari fakta kebenaran kemudian diadunkan menjadi ceritera fitnah bukan lagi rahsia.Mereka menyusun strategi deretan isu-isu yang bakal menjadi mangsa mereka.Perlu kita ingat bahawa pembangkang sebenarnya tidak pernah mahukan jawapan.

Apa yang mereka mahukan sekadar mencipta persepsi negatif dalam kotak fikiran rakyat Malaysia.saya nak bagi 1 soalan !!! adakah berbaloi menyaman mereka yang menabur fitnah ini ??? Bak kata pepatah,kalau tiada rotan,akar pun berguna juga.Tindakan menyaman mereka yang menabur fitnah ini merupakan satu permulaan yang baik.tetapi saya takut jadi macam dulu,saman tersebut terbatal dengan mudah hanya dengan permohonan maaf dari pihak pembangkang.Mereka memberikan alasan gurauan dan lain-lain lagi.Kita perlu ingat bahawa “damage has been done”.Sekiranya mereka ini tidak diberi pengajaran sehingga membuatkan mereka serik untuk mengulangi fitnah jahat mereka maka segala tindakan saman yang ditarik balik tersebut adalah sia-sia sahaja.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menyaman Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW),Akmal Nasir berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan duit tabung anak yatim dan miskin melalui institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan Adnan Sharida & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.Datuk Seri Jamil Khir selaku pihak plaintif yang diwakili peguam-peguam,Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Adnan Seman menamakan Akmal yang juga Ketua Publisiti PKR Johor sebagai pihak defendan.

Pihak plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan yang diterbitkan di laman sosial Facebook NOW pada 13 November lalu bersifat jahat,tidak benar dan merupakan serangan ke atas maruah,integriti serta reputasi beliau sebagai menteri.Datuk Seri Jamil Khir sehubungan itu antaranya menuntut ganti rugi am,ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk atas fitnah tersebut selain memohon perintah injunksi.saya cuma berharap agar ini bukan satu lagi saman yang terbatal dengan permohonan maaf semata-mata daripada defendan.sebab itu saya bubuh tajuk TOLONG SAMAN NOW SAMPAI HABIS.biar NOW didapati bersalah dan jangan terima permohonan maaf.biar mereka sedar apa yang mereka lakukan !!!

Untuk makluman pembaca Badut Rakyat,Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia‎ (Yapeim) tidak mempunyai sebarang isu penyelewengan sebaliknya agensi itu menjadi perhatian hanya kerana persepsi negatif sesetengah pihak.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata,perkara itu dapat dilihat berdasar laporan audit agensi itu yang tidak menunjukkan sebarang unsur penyelewengan.kalau betul ada penyelewengan dari awal lagi pembangkang dah memekak.kenapa baru sekarang nak memekak ??? semua bukti dah ada untuk menyatakan YaPEIM di pihak yang benar.tak caya ???



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates