Social Icons

Pages

Thursday, June 30, 2016

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIAPA #TUNMAHATHIR DIDEDAHKAN !!!


siapa sebenarnya Tun Mahathir.rakyat malaysia semua hormat pada beliau tetapi tidak tau siapa sebenarnya beliau.jom lihat siapa sebenarnya Tun Mahathir di bawah 

Tun Mahathir Perdana Menteri Yang Melucutkan Kuasa Raja2 Melayu. 

■ Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui Kempen Deklarasi Rakyat mahukan ‘campur tangan diraja’ bagi melucutkan jawatan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.Slogan ‘Selamatkan Malaysia’ menjadi tema Tun bagi menarik sokongan rakyat. 

■ Tetapi Tun MUDAH lupa akan peristiwa tahun 1983 dan tahun 1993 di mana beliau pernah melucutkan kuasa raja2 Melayu. 

■ Tun Mahathir atas nama Kerajaan Malaysia mula merangka rancangan pindaan ke atas kuasa Raja2 Melayu secara rahsia ke kabinet dan kemudian ke Parlimen,tanpa terlebih dahulu mendapatkan perkenan Majlis Raja2.Beliau berjaya meminda beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan seperti pindaan sebahagian besar RUU 38(4), 66(1), (5), dan 150 (1). 

■ Sedangkan Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan : “Tiada apa2 undang2 yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja2 boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja2. 

■ Sebelum krisis perlembagaan 1983,segala RUU yang diluluskan oleh Parlimen dipersembahkan untuk mendapat perkenan daripada YDPA,jika YDPA tidak memberi perkenan maka undang2 tersebut tidak sah. 

■ Dalam pindaan ini Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa satu RUU yang tidak diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong dalam tempoh 15 hari setelah dipersembahkan akan terus menjadi undang2. (“If for any reason whatsoever a bill is not assented by the king within 15 days of its presentation the bill shall become law”.) 

■ Menurut artikel 159 perlembagaan Malaysia,undang2 yang digubal untuk mengubah sesetengah perkara dalam perlembagaan tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis raja2 Melayu walaupun mendapat majoriti 2/3 di perlimen termasuklah: Perkara 38(4): Tiada apa2 undang2 yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja2 boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja2. 

■ Krisis perlembagaan berlaku apabila pindaan telah menyentuh perkara 66 dan perkara 150 yang berkait dengan kedudukan YDPA iaitu ; 

1. Kuasa pengisytiharan darurat dan 
2. Perkara mengenai perkenan oleh YDPA dan Yang di-Pertuan Negeri ke atas undang2 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Perlembagaan Persekutuan serta Dewan Undangan Negeri bagi Pelembagaan Negeri. 

■ Tun Dr Mahathir inginkan kuasa ke atas 2 perkara tersebut diberikan kepada Perdana Menteri kerana beliau mula meragui kredebiliti raja2 akibat masalah2 dalaman yang dihadapi oleh keturunan sultan. 

■ Pada 15 Disember 1983 akibat dari desakan rakyat dan tekanan politik negara,Majlis Raja2 dengan persetujuan Timbalan YDPA bersetuju agar Tun Dr Mahathir membawa semula cadangan tersebut ke Parlimen supaya dimasukan ke dalam RUU. Tempoh yang dipersetujui oleh baginda memberi perkenan pada RUU di tambah 30 hari campur 30 hari dan bukanlah 15 hari yang dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir. 

■ Pada 10 Disember 1992 Pindaan Perlembagaan membabitkan kedudukan Raja2 dibuat kali ke-2 bagi menghapus kekebalan Raja2 yang ditakrifkan sebagai "berada di atas undang2" atau "is above the law"; iaitu Raja2 tidak boleh diheret ke Mahkamah walau apapun kesalahan yang dilakukan. 

■ Pindaan diusul ekoran daripada tindakan almarhum Sultan Johor mencederakan seorang guru sekolah Maktab Sultan Abu Bakar bernama Douglas Gomez pada 30 November 1992. 

■ Pada 18 Januari 1993 Tun Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan dapati telah memungkiri ikrar perbentangan. 

■ Tun menyatakan ; "Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) adalah terhad kepada perkara2 yang tidak menyentuh hak2 dan keistimewaan2 Raja2. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja2, Majlis Raja2 perlu memberi persetujuan". 

■ "Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang2 yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja2 di negeri2 mengatasi kuasa Dewan2 Undangan Negeri yang mewakili rakyat". 

■ Realitinya, pindaan Perlembagaan tahun 1993,membawa maksud : 

1. Raja boleh didakwa dimahkamah apabila melakukan kesalahan jenayah atau sivil. 
2. Raja hanya tidak boleh didakwa atas apa2 yang bersabit daripada menjalankan tugas rasminya. 

■ Berkuat kuasa dari 20 Januari 1984.Fasal (4) digantikan oleh Akta A584, seksyen 2,Fasal yang ASAL berbunyi : “Fasal (4) : YDPA hendaklah menyatakan perkenannya terhadap sesuatu RUU dengan menyebabkan RUU itu dicapkan dengan Mohor Besar, dan selepas memperkenankan RUU itu, YDPA hendaklah menyebabkan RUU itu disiarkan sebagai undang2.” 

■ Manakala Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984 (Akta A584) telah meminda peruntukkan untuk memgehadkan kuasa YDPA untuk tidak berkenan akan suatu RUU. YDPA hanya diberikan kuasa untuk menangguh penguatkuasaaan RUU selama 30 hari sahaja sementara Parlimen mempertimbangkannya semula. Fasal 66(5): Peruntukan asal berbunyi,“RUU akan dikuatkuasakan apabila mendapat tandatangan YDPA.” 

■ Selepas pindaan diluluskan,YDPA tidak lagi mempunyai kuasa mutlak ke atas kuasa eksekutif di Dewan Parlimen 

Sumber : RM

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates