Social Icons

Pages

Tuesday, June 28, 2016

#ROMBAKANKABINET !!! RAMAI TAK SUKA DATUK JOHARI ABD GHANI ??? APA CERITA NI ???


Tu Diaaa !!! belum apa-apa lagi dah tak suka ramai pulak buat spekulasi lanjutan dari keputusan Perdana Menteri untuk melantik Ahli Parlimen Titiwangsa,Datuk Johari Abd Ghani sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan kabinet semalam.Semuanya gara-gara perletakan jawatan tidak diduga penyandang sebelumnya,Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.Banyak orang berspekulasi mengenai line-up kabinet yang baru sebelum itu tapi nama Husni tidak ada dalam senarai orang-orang yang ‘dispekulasikan’ sehinggalah pengumuman semalam.Kalau itu tidak cukup (letak jawatan Menteri),Husni turut melepaskan semua jawatan yang beliau sandang dalam BN dan UMNO berkuatkuasa serta merta. 

Beliau bagaimanapun masih mengekalkan kerusi parlimen Tambun yang dimenanginya pada tahun 2013.Maka tak hairanlah dari asal perletakkan jawatan yang biasa (sungguh pun tak diduga),berubah menjadi isu politik yang paling hangat diperkatakan pemerhati dan penganalisis politik hari ini.Biasalah orang Malaysia,benda tak seberapa,hiruk pikuk tu yang lebih,Perdana Menteri dah sebut Husni letak jawatan kerana sebab peribadi pun masih ada yang takpuas hati lagi.Begitupun,asasnya,itu adalah hak Husni untuk melepaskan jawatan,sama seperti hak Perdana Menteri untuk memilih anggota kabinetnya,nak letak di kementerian apa dan sebagainya.Perletakan jawatan Husni ini bagaimanapun membuktikan bahawa orang UMNO tidaklah bertuhankan jawatan dan harta benda macam orang pembangkang selalu cakap.Apa pun keputusan telah dibuat dan semua pihak perlu menerima. 

Johari sebagai Menteri Kewangan II yang baru,perlu diberi peluang untuk membalas kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri dan rakyat terhadap beliau dengan membuktikan kebolehannya terlebih dahulu.Apa nak komen tentang prestasinya,selepas itu.bagi beliau buat kerja dulu,jangan cakap tak suka beliau naik jadi Menteri Kewangan II.lihat dulu prestasi.Persekitaran ekonomi dan kewangan negara di hadapan ini memang sangat mencabar dan memerlukan pendekatan baru dan berbeza.Johari,dengan latar belakang sebagai tokoh korporat yang berjaya sebelum menceburi politik,diyakini mampu menggalas tanggungjawab tersebut.selamat menjalankan tugas Yb Datuk Johari Abd Ghani.semoga Datuk Jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Rakyat memerhati sesiapa yg lantang bersuara bagi pihak Najib mempertahan kes1mdb akan diberi jawatan dan pangkat oleh Najib. Bermula drp Salleh Keruak ,Anuar Musa dan lain2 dan akhit sekali Johari. Sejak hujung tahun lepas hanya dia yg mengeluarkan kenyataan drp kementerian keewangan. Jarang sekali kita lihat Husni mengeluarkan kenyataan sedangkan dia menteri penuh. Mungkin dah tak sanggup untuk bersekongkol lagi. Mungkin dia sedar hayat politik Najib semakin hampir kerana dia merupakan orang yg paling dekat dengan 1mdb sebab berada dikementerian keewangan.

Anonymous said...

BR dah kembali! welcome back.dah lama tak nampak BR menulis.teruskan bro sampai bila2.aku tak sabar2 tunggu artikel ko

Anonymous said...

Selamat menjalankan tugas keoada Menteri2 dan Timbalan2 Menteri!
Semoga serangan2 dari kapir2 harbi yang ANTI ISLAM akan terus ditentang!

Mohd Saifulnizam said...

Aku warganegara Malaysia yg bodoh ni walaupun aku lulusan University of Liverpool rasanya dah cukup cukup lah konco2 najib jadi kurang ajar dan memperbodohkan rakyat. Aku rakyat yg bodoh ni nak tanya satu soalan paling bodoh la. Kalau betul la WSJ menipu pasal AABAR dan pasal IPIC dan lebih lebih kalau fitnah DS Najib pasal 1MDB kenapa tak saman saman lagi. DS Najib tolonglah saman WSJ kalu betul semua ini fitnah. Satu dunia baca pasal DS Najib korup dan curi duit rakyat. Tolong la Said Keruak, tolong la Johari, tolong lah azalina yg tak habis habis cakap pasal konspirasi, aku sembah merayu tolong la saman WSJ. Apa yg susah sangat nak saman ni??????? Aku wakil berjuta rakyat malaysia yg bodoh ni cuma nak minta tolong la stop kan WSJ fitnah. Tolong la saman. Kenapa tak saman saman ni. Pergerakan buah chess mana yg nak tunggu lagi. WSJ dah nak check mate dah ni!!!!!

 
 
Blogger Templates