Social Icons

Pages

Friday, July 29, 2016

KANTOI !!! JAMBATAN KETIGA !!! PUTAR BELIT #LIMGUANENG #LGE DIDEDAHKAN !!!


kantoi lagi permainan Lim Guan Eng.apa dah jadi ni ??? mana maruah lim guan eng sebagai ketua menteri pulau pinang.sebelum ni kata lain,lepas tu kata lain.kelmarin,LGE ibarat beruk dapat bunga bila kerajaan persekutuan menggantung rundingan perbinaan jambatan ketiga Pulau Pinang dengan memberi gambaran dialah yang selama ini betul bila jambatan ketiga itu tak dibina dan kerajaan persekutuan salah.Hakikatnya,rundingan ini digantung sebab kerajaan pimpinan dia yang tak patuh tarikh akhir untuk serah semua dokumen berkaitan,bukan sebab kerajaan persekutuan atau apa.Apa punya putar belit ni ??? Seriuslah sikit,ini soal kepentingan rakyat,bukan nak buat drama swasta.Rakyat nak kena faham,idea jambatan ketiga Pulau Pinang ini asal usulnya dari mana ia bukan dari kerajaan LGE sebab ikut LGE dia nak buat terowong bawah laut,lebih RM 6 billion nilainya. 

Tapi sebab cadangan pembinaan terowong tersebut banyak kontroversinya,dari soal kos ‘kerja kertasnya’ sahaja yang mencecah beratus juta ringgit,hingga kepada isu-isu seperti cara kontrak diagihkan dan sebagainya, menyebabkan ia dikaji semula.Itu yang datang cadangan kerajaan pusat,dari bina terowong bawah laut yang serba serbi tak masuk akal,buat saja jambatan nombor tiga.Kerajaan pusat nak membantu kerajaan negeri soalnya ni.Dolak dalih kerajaan pimpinan LGE bermula disini,mula-mula kata cadangan ditolak kerajaan pusat (Kementerian sahkan tak pernah pun LGE hantar cadangan),kemudian syarikat yang dapat projek kata dah dibatal (sebelum tarik balik kerana silap cakap sebab puasa) sehinggalah kepada kegagalan menyerahkan dokumen yang diperlukan, menyebabkan rundingan tersebut digantung baru-baru ini. 

Sebab itu saya hairan macam mana dia boleh tunding jari kepada kerajaan persekutuan pulak yang salah sebab gantung rundingan ??? Yang saya faham,dia memang tak nak buat jambatan tu,yang macam nak buat dulu tu sebab nak redakan keadaan saja.Rakyat yang membaca blog Badut Rakyat ni saya nasihatkan janganlah tertipu dengan putar alam tertuduh rasuah ini.Dia ni tersepit dengan banyak benda dah,nak buat pilihanraya negeri sendiri pun tak berdaya sebab sekutu tak sokong. Itu yang putar sana putar sini tu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates