Social Icons

Pages

Wednesday, July 20, 2016

MESYUARAT TERGEMPAR !!! TIADA PILIHAN RAYA ??? PULAK DAHHH !!!


Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng bersama Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini sepakat untuk menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya mengejut di pulau mutiara itu. Dalam sidang media bersama antara kedua-dua pemimpin selain turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow,Lim berkata,bagaimanapun, perbincangan mengenainya tetap diteruskan bersama komponen Pakatan Harapan yang lain. 

"Tiada keputusan sebelah pihak dalam rancangan mengadakan pilihan raya mengejut ini, sebaliknya semua akan dibuat secara sebulat suara.Justeru, ebih banyak masa diperlukan untuk perbincangan," kata Lim semasa sidang media tersebut di bilik gerakan, tingkat 28, Komtar di Pulau Pinang.Sementara itu,Azmin pula berkata,mesyuarat selama satu setengah jam itu adalah unik dan PKR sangat menghargai pendirian DAP untuk tidak mengambil keputusan sebelah pihak. "PKR juga akan meneruskan perbincangan mengenai hal ini," katanya lagi.

Hari ini,seorang penganalisis politik berkata, PKR berdepan risiko kehilangan sebahagian kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang jika pilihan raya negeri mengejut diadakan. Jelas profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Faisal Hazis, ini yang akan terjadi jika pembangkang masih berpecah dengan PAS berada di luar gabungan.

SILA LIHAT VIDEO PENUH 


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates