Social Icons

Pages

Thursday, July 14, 2016

SKANDAL RASUAH !!! LIM GUAN ENG #LGE PERLU KEKAL JAWATAN KETUA MENTERI !!!


1. Tidak wajar mana-mana pihak meminta Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng meletak jawatan atau bercuti dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.Beliau belum didapati bersalah.Undang-undang dengan jelas menyatakan seseorang itu tidak bersalah selagi belum diputuskan bersalah oleh Mahkamah.

2. Malah jika bersalah pun tapi hukuman beliau tidak melebihi setahun dan denda tidak melebihi RM 2,000,beliau ada hak kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang,Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen.

3. Penggubal Undang-undang yang merangka kesalahan ini turut membenarkan ia kekal sebagai penjawat awam jika didapati bersalah dengan hukuman tidak lebih setahun. Sudah tentu penggubal undang-undang memahami berat atau ringannya kesalahan ini.

4. Justeru tiada masalah dari segi undang-undang untuk Lim Guan Eng kekal sebagai Ketua Menteri.Apatah lagi DAP sebenarnya berhadapan dengan krisis kepimpinan yang serius.

5. Mereka tiada watak yang besar untuk dinobatkan sebagai Ketua Menteri yang baharu.ADUN DAP yang tinggal dalam DUN Pulau Pinang kebanyakannya tidak memahami selok pentadbiran negeri.Malah ada yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik pun. Justeru bagaimana mereka mahu menggantikan Lim Guan Eng?

6. Masalah yang berlaku hari ini ialah kerana DAP dan Lim Guan Eng bersikap “double standard” dan cakap tidak serupa bikin.Apabila isu-isu ini timbul di kalangan pemimpin UMNO dan BN sebelum ini, mereka dengan cepat mendesak supaya letak jawatan, bercuti dan sebagainya tanpa mengambil kira keluhuran undang-undang negara.

7. Malah mereka terang-terang mendahului mahkamah dan mengadakan pelbagai tekanan bagi menunjukkan jika mahkamah membebaskan pemimpin UMNO ia merupakan satu konspirasi. Itulah yang mereka lakukan kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Dr Mohamad Khir Toyo dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

8. Justeru kita harus menyokong keputusan Lim Guan Eng dan DAP untuk kekal seperti sekarang kerana ia merupakan “precedent case” yang boleh digunakan pada masa akan datang. Apatah lagi ia juga disokong oleh Majlis Peguam dan badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sebelum ini bercakap soal ketelusan dan kebertanggungjawaban. Selepas ini jika ada desakan supaya pemimpin BN meletak jawatan apabila timbul sesuatu isu, Lim Guan Eng adalah penyelamat kita.

9. Lagipun kasihanilah DAP,Apa akan tejadi kepada mereka sekiranya Lim Guan Eng meletak jawatan? Ia satu-satunya pemimpin yang ada dalam DAP.

- Amin Yatim

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates