Social Icons

Pages

Thursday, August 04, 2016

BREAKING NEWS !!! MAT SAID PUNCA KEKALUTAN BN TERENGGANU ???


KENYATAAN MEDIA 

Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman 
MENTERI BESAR TERENGGANU 

3 Ogos 2016 

Assalamualaikum WBT Salam Satu Malaysia dan Salam TTB.Saya selaku Menteri Besar (MB) Negeri Terengganu Darul Iman dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri terpanggil untuk membuat perincian dengan apa yang telah berlaku dan sedang berlaku kini.Politik negeri Terengganu semenjak saya diamanahkan sebagai Ketua Kerajaan Terengganu yang bertuah ini. 

1. Saya telah amati dengan teliti akan segala desas-desus, insiden serta tragedi yang telah berlaku dan sedang berlaku sepanjang pentadbiran saya dengan penuh rasa tawadu’ dan redha di atas segala apa berlaku. Semuanya sudah tercatat sejak Azali lagi iaitu “kita hanya mampu merancang,Allah SWT yang menentukan ”. 

2. Saya ingin mengulas beberapa insiden sepanjang kepimpinan saya selaku MB, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Adun Seberang Takir yang akan menjadi sejarah kepada kerajaan,rakyat negeri Terengganu serta anak cucu yg akan datang.

3. Apakah punca sebenar UMNO Negeri Terengganu atau Kerajaan Barisan Nasional Terengganu dilihat sentiasa berada dalam keadaan “tidak menentu dan tidak beryakinan”.Puncanya ialah kita kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu.Daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU Ke-12 yang diwarisi kepimpinan terdahulu tinggal 17 kerusi sahaja pada PRU Ke-13. Inilah realiti yang perlu diterima ahli-ahli serta pemimpin UMNO dan rakyat. 

4. Inilah ibu kepada segala permasalahan dan ketidakstabilan yang sedang melanda politik dan pertabiran Kerajaan Negeri Terengganu.Apabila sudah tidak kuat kita akan terdedah dengan pelbagai ancaman “dalam dan luar”.Kita diugut,kita dipaksa dan kita di pengaruhi.Saya bukan “superman atau memiliki lampu ajaib” yang boleh membuat sesuatu menjadi lebih cepat dan sempurna dengan sekelip mata. 

5. Dan kepada rakan-rakan saya dalam parti yang tidak berpuas hati terhadap cara kepimpinan saya,saya memahami dan menghormati pendirian itu tetapi sebagai orang politik macam saudara juga,saya punyai hak untuk mempertahankan diri dan memperjuangkan apa yang difikir betul.Saya sentiasa kenal siapa “kawan dan lawan” dalam politik dan mengamalkan keterbukaan bagi mencari kaedah terbaik atas apa-apa juga permasalahan. 

6. Fakta tetap fakta.Kesimpulannya kerajaan BN yang ada di Terengganu sedang berhempas pulas memikul beban tanggungan yg di tinggalkan oleh MB lama. Sekarang tiba-tiba dengan megah mengaku cuba menjadi “penyelamat”.Sepatutnya bekas MB itu membantu saya menstabilkan UMNO dan membuat persediaan menghadapi PRU-14.

7. Isu anugerah pingat kebesaran saya ditarik balik oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku,saya sentiasa sedar dan akur bahawa saya ini anak Negeri Terengganu dan Raja saya ialah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Terengganu. Insiden pemecatan pingat kebesaran oleh DYMM Tuanku adalah hak mutlak Baginda terhadap rakyat jelatanya dan menimbulkan keinsafan dalam diri saya. Namun setiap kejadian ada hikmahnya yang tersendiri.Menginsafkan saya lagi,kita hanya insan lemah yang perlu sentiasa redha dengan apa yang berlaku dan mengambil setiap pengajaran daripadanya. 

8. Dan hikmahnya, saya seolah-olah diberi “peluang kedua” oleh Allah SWT untuk terus hidup di dalam dunia politik.Pada kesempatan ini akan saya gunakan dengan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat Terengganu serta ummah demi sifat kemaafan DYMM Tuanku dan memperkuatkan parti keramat UMNO atas kepercayaan Presiden parti kepada saya. 

9. Faktor jawatan MB ini adalah hak mutlak DYMM Tuanku di Negeri dan hak mutlak YAB PM diperingkat Kerajaan Persekutuan. Jawatan MB bukanlah jawatan yang boleh diminta atau dipohon sesuka hati.“Adunan dan gabungan” kuasa yang berasaskan perlembagaan negeri perlu berlaku sebelum “terjadinya” perlantikan atau pengguguran seseorang MB. 

10. Maka sesiapa sahaja yg mempertikaikan isu perlantikan jawatan atau mengugurkan MB adalah melampaui amalan rakyat yang ada Rajanya kerana jika YAB PM mengarahkan atau DYMM Tuanku mentitahkan seseorang MB undur, maka keadaan itu akan berlaku.Usahlah libatkan unsur-unsur Istana di dalam krisis ketika ini seperti membuat gerakan gelombang kuning dan macam-macam perkara lain yang dilihat cuba mencemarkan Institusi Di Raja. 

11. Bagi ahli atau pemimpin parti yang tidak puas hati dengan kepimpinan tertingginya, kita mempunyai kaedah dan cara tertentu dalam menyelesaikan masalah ini.Bukan dengan mengheret seluruh masyarakat menjadi huru hara di atas asas andaian dan ketidakpuasan hati kita sendiri. Contohnya sekiranya rakyat tidak berpuas hati kepada kerajaan yang pilih secara demokrasi,tunggulah tibanya waktu PRU.Rakyat tidak boleh keluar berarak di tepi jalan raya kerana negara kita ada undang-undang dan peraturan. Sama juga dengan institusi UMNO yang mempunyai struktur peraturan dan undang-undang tersendiri. 

12. Sebagai akhir kata, marilah kita bersama-sama menjernihkan keadaan politik negeri Terengganu serta bekerja lebih kuat untuk mendapat kemenangan yang cemerlang pada PRU-14 supaya tidak terjadi seperti PRU-13 lalu dan fokus kepada Pembangunan Negara Bangsa dan Pemasalahaan Rakyat semasa. Saya juga yakin UMNO Terengganu masa kini dalam keadaan STABIL DAN TERURUS walaupun ada cerita yang bukan-bukan.Percayalah sebagai mana saya katakan,terserahlah kepada qada dan qadar setelah kita ikthiar bersungguh-sungguh. 

KRONOLOGI DAN REALITY CHECK 

1. Siapa yang menyebabkan MB dahulu diberhentikan.Jelas tindak tanduk bekas MB itu sendiri dengan membuat aku janji pengunduran daripada jawatan tersebut lebih awal. 

2. Siapa yang meninggalkan `ibu’ kepada segala permasalahan ini. Jelas MB sebelum ini.Kalah teruk dalam PRU ke-13 daripada 28 kerusi kepada 17 kerusi sahaja. 

3. Siapa yang memulakan “peperangan atau pergelutan ini”.Jelas bekas MB sebelum ini dengan membuat usul undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri yang mulia dan bersekongkol dengan elemen-elemen yang jelas bertentangan dengan kepimpinan pusat serta negeri. 

Sekian.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

#HORMAT & PERTAHAN habis2an UMNO/YAB PM BUMIPUTERA Islam/Melayu TULEN & TERCINTA berjiwa RAKYAT MISKIN kita, YAB DS Mohd. Najib Tun Abd. Razak!#

#HORMAT & PERTAHAN habis2an pemimpin BUMIPUTERA Islam/Melayu TULEN & TERCINTA berjiwa RAKYAT MISKIN kita, YAB MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman!#

#Lindungi HAK dan IDENTITI berzaman nenek moyang pusaka BANGSA Bumiputera MISKIN kita dr. golongan Pesawah padi/Penoreh getah/Nelayan2 BUMIPUTERA termasuk di Melaka/Langkawi-P.Tioman-P.Perhentian/P. Pinang/seluruh Malaysia, termasuk di Pantai Klebang-Pantai Puteri di Melaka yg. begitu indah - dgn. projek Aquapolitan (FELDA LAUT ) spt. projek PEMBANGUNAN-yg berjiwa RAKYAT MISKIN di Kuala Nerus, Terengganu – idea amat BERNAS utk. RAKYAT MISKIN/TRADISIONAL kita, dr. YAB PM /YB MB Terengganu!#

#Dan perBANYAKkan projek FELDA/RISDA/BANK2 RAKYAT spt. BSN, Bank Rakyat/Agro Bank & PERUMAHAN RAKYAT MISKIN/SEDERHANA terutamanya utk. bangsa BUMIPUTERA di seluruh Malaysia – BUKAN gadaikan sewenangnya TANAH PUSAKA nenek moyang BUMIPUTERA berzaman kami utk. MO-amat licik terbaru, PEMBANGUNAN-ala-ZIONIS termasuk BERIBU hektar tanah pertanian utk. disyaki ‘NGO’2–PENYAMAQ yg. diDOMINASI oleh Bukan Bumiputera, cthnya 'NGO' yang ganjilnya bersifat KOPRPORAT, utk. industri pertanian JAGUNG utk. bekas banduan/ibu tunggal/penagih dadah dll (tapi PEKERJA2 dari golongan MISKIN/TERSISIH ni hanya dpt. gaji MINIMA; dan amat BAHAYA, dibiaqkan IBU2 TUNGGAL MISKIN serta anak2 mereka, BERCAMPUR , melalui disyaki NGO2 PENYAMAQ ni, dgn,. BEKAS2 BANDUAN/BEKAS2 PENAGIH DADAH - yg. belum terbukti diPULIHkan sepenuhnya)!!#

(Maka mana NGO2 BUMIPUTERA kita - yg. mesti PERTAHANkan dgn. amat TEGAS, TANAH PUSAKA nenek moyang BUMIPUTERA kita serta HAK/IDENTITI bangsa BUMIPUTERA MISKIN kita?!!)

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Sbb itu, PECAT aja si saidKITOL ni dr. UMN* - biaq dia BERAMBUS pi parti baru HARAM JADAH si Madey DIKTATOR PENYANGAK/PENYAMAQ/PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH/LANUN anak BERANAK KEPARAT berIJAZAH JAMBAN-si PENJILAT TERORIS PENJAJAH/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL DAPJUBOQ BABI KURAP RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD tu!

Muka si KITOL ni pun nampak JAHAT dan PENIPU mcm GENG mudinSEMBAP/Madey GILA BABI dia!! MENJAHANAMkan TERENGGANU aja!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

SAYUnya baca artikel BERNAS dan BERANI ni dari YAB MB Terengganu TERCINTA kita, Ahmad Razif Abd Rahman - lihat di http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2016/08/saya-bukan-supermanmb-terengganu-bidas.html
Saya bukan superman…MB Terengganu bidas karenah Ahmad Said, Melayu Berwawasan!.

SELAMATkan Kerajaan Terengganu dari diGULINGkan oleh si PENGKHIANAT saidKITOL dan GENG HARAM JADAH dia! Dasar puak TAK sedaq diri!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Maaf BR, maksud saya, baca artikel BERNAS dan BERANI ni dari YAB MB Terengganu TERCINTA kita, Ahmad Razif Abd Rahman - di SINI!

Nek Tempoyak.

 
 
Blogger Templates