Social Icons

Pages

Thursday, August 04, 2016

DAFTAR PARTI BARU !!! ADAKAH TAN SRI #MUHYIDDINYASSIN LUPA SESUATU ???


Melalui posting di laman sosial Facebook,Tan Sri Muhyiddin telah mengakui bahawa beliau akan mendaftarkan satu lagi parti baru berdasarkan keputusan mesyuarat yang diadakan malam tadi di rumah Tun Mahathir.Umumnya ramai yang sudah menduga,perkara ini bakal terjadi.Tidak mengejutkan.Sangat kontradik,bila kita memikirkan,di saat UMNO dan PAS sedang berpegang kepada persamaan untuk kepentingan ummah,individu seperti Muhyiddin yang selama ini digambarkan sebagai “alim” terus hanyut dengan arus yang dicipta oleh Tun Mahathir.Di mana keikhlasan hati Muhyiddin demi kepentingan ummah ??? Persoalan ini dilontarkan berdasarkan kata-katanya sendiri pada 15 April 2011 di Kuching. 

“Jadi dia (Anwar Ibrahim) jadi bapak pembohong yang nombor satu. Pengkhianat kepada bangsa.Saya sebut beberapa kali pengkhianat bangsa.Tak pernah berlaku di dalam sejarah negara,perpecahan di kalangan orang Melayu dan rakyat, disebabkan oleh seorang manusia yang namanya Anwar Ibrahim!”. Itu lafaz oleh Muhyiddin,bagi menceritakan bagaimana Anwar Ibrahim dan PKR telah mengakibatkan perpecahan di kalangan orang Melayu.Ibarat menepuk air di dulang,kini kata-katanya memakan diri,terpercik ke muka sendiri. 

Jika dilihat dari barisan “anggota jemaah” yang bersama-samanya,hampir pasti majoriti yang mengganggotai partinya nanti adalah dari kalangan orang Melayu sendiri.Kuasa politik Melayu juga yang menerima akibat berikutan perpecahan yang berlaku.Jadi,apakah Muhyiddin bersetuju bahawa dirinya juga boleh dilabel sebagai pengkhianat bangsa,seperti ucapannya pada 2011 itu ??? Mungkin ketika Anwar mendengar berita ini,dia akan tergelak sambil dalam hatinya berkata-kata “aku ada geng”.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

aduhai....dia cakap benda tu...kaji dulu subject nya. Jangan main bantai wak badut.

 
 
Blogger Templates