Social Icons

Pages

Tuesday, August 09, 2016

EKSKLUSIF !!! KENAPA #TUNMAHATHIR BUKA PARTI BARU ??? INI JAWAPANNYA !!!


Nama Sahaja Parti Baru Tapi Penuh Agenda Lapuk Milik Mahathir.Kenapa Tun Mahathir buka parti baru? Jawapannya mudah,kerana semua opsyen untuk tumbangkan Najib ikut cara haram dan kotor telah kehabisan.Mahu buat usul tidak percaya di Parlimen,gagal.Mahu buat kacau usul perwakilan di PAU 2015,gagal.Guna demo Bersih 4,gagal.Guna demo Anti GST,gagal.Gunakan Sarawak Report,The Edge dan Malaysian Insider untuk fitnah Najib,semuanya gagal.Buat ceramah dan jelajah,gagal.Buat deklarasi,gagal.Mahu kacau PRN Sarawak,gagal.Mahu tumbangkan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,gagal.Gunakan LCIA untuk tuduh MOF bankrup,gagal.Gunakan DOJ,gagal.Semua ini gagal,sebab itu Mahathir buka parti baru. 

Kenapa pada mulanya Tun Mahathir tidak buka parti baru dari awal? Kerana Tun Mahathir "under estimate" Dato Sri Najib.Dia sangka Dato Sri Najib sama dengan Pak lah yang boleh diugut dan disinggkir cara kotor.Tun Mahathir mungkin sudah terlalu tua,sehingga dia terlupa Najib sudah ada dalam politik lebih 40 tahun.Najib melihat semua yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Presiden UMNO dan Timbalan Timbalannya apabila merasa mereka perlu disingkirkan.Najib adalah “hard nut to crack” kerana boleh membaca apa yang akan dilakukan oleh Tun Mahathir, dari mengguna dan peralatkan pegawai tinggi kerajaan sehinggalah ketua ketua agensi strategik negara. Maka itu sebab cubaan sama yang pernah dilakukan terhadap Pak Lah gagal dengan Najib, termasuklah fitnah fitnah yang dicipta. 

Hari ini kata nya TS Muhyiddin Yassin akan mendaftarkan parti baru milik "Mahathir and Son".Seperti mana Mahathir sedia peralatkan siapa sahaja untuk agendanya, kini Muhyiddin pula diperguna kan untuk mendaftarkan parti milik Mahathir.Atas sebab Muhyiddin sudah tidak laku ditempat lain dan dalam keadaan "desperate",maka dia adalah watak sesuai untuk dipergunakan Mahathir. Lagi pun “birds of a feather fly together” Maka nanti Muhyiddin akan diarah untuk naikkan Mukhriz jika angan angan Mahathir partinya ada hak tentukan siapa Perdana Menteri. Maka Mahathir akan cuci tangan dan hanya perlu kata “bukan saya yang lantik tetapi Muhyiddin yang lantik”.Maka semua akan selesai. Kalau gagal parti baharu ini, Mahathir akan salahkan Muhyiddin sebagai "kereta buruk" yang rosakkan parti itu dan bukan anaknya sendiri. Khairuddin sendiri awal awal lagi tidak mahu masuk parti baru ini. 

Kerana tahu parti ciptaan Mahathir ini akan gagal dan tidak panjang hayatnya. Mahathir perlu tubuhkan parti baru kerana pada awalnya berkira dia boleh tumbangkan Najib dalam sekelip mata dengan ugutan seperti Pak Lah kena dulu. Atas sebab semua cara sudah gagal,maka Mahathir akur.Perdana Menteri yang halal hanya boleh dinaikkan dengan pilihanraya. Selain dari cara pilihanraya,ia haram kerana sistem pilih Ulil Amri di negara Malaysia berdasarkan cara ini, iaitu cara pilihanraya.Kekecewaan Mahathir berganda kerana banyak wang telah digunakan terutamanya membeli jiwa orang orang UMNO yang kecewa dan bermasalah untuk menyokong perjuangan peribadinya. Wang paling banyak yang telah digunakan adalah untuk menggunakan media asing untuk melaporkan cerita yang sudah dirancang tajuknya. Tetapi "ending game" setiap rancangan asing itu tidak diizinkan Allah SWT. Perbelanjaan ini dikatakan memakan ratusan juta untuk mengupah “rogue journalist" dan akhbarnya untuk berani melaporkan perkara perkata tidak betul. Memetik sumber palsu dan berdasarkan agak agak.Memanipulasi berita dari dokumen yang diambil dari Xavier Justo dan menambah perisa cerita untuk menjatuhkan Dato Sri Najib.

Jika mereka berjaya jatuhkan Najib,mereka mahu raikan dengan segelas arak.TS Muhyiddin yang konon kononnya berkata dia ibaratkan UMNO sebagai kereta buruk,mungkin terlupa dia sekarang ini sedang menaiki kenderaan berusia 91 tahun.Umpama kereta buruk dengan cat baru, itulah dia parti baru Parti Bersatu yang sedang Muhyiddin tumpang. Agenda lapuk menggunakan parti baru. Semata mata hendak memuaskan nafsu kroni dan dengan dedak dari kroni.Jika pihak Tun enggan terima kenyataan dia menggunakan dana kroni, maka tentu sekali dia kena mengaku menggunakan dana UMNO lama yang entah siapa bawa lari aset nya ketika di bubarkan. Apa pun parti baru ini hanya silap mata untuk kabui mata rakyat.Agendanya,agenda peribadi Mahathir.Motifnya, motif yang gagal didapati melalui UMNO kerana Dato Sri Najib enggan akur kepada permintaan peribadi dan penguasaan taikun perniagaan menggunakan Presiden UMNO seperti di era Mahathir jadi Perdana Menteri. Muhyiddin ibaratkan UMNO kereta buruk, walau pun dia kaya raya melaluinya. Orang UMNO juga menganggap parti baru ini seperti kicap yang basi yang diletakkan dalam botol baru. Mengapa sampai hari ini Mahathir diam dalam isu rasuah banglo Guan Eng? Takut pada DAP? Yang untung "Mahathir and Son",ahli ahlinya macam biasa hanya alat sahaja seperti mana Mahathir peralatkan kedudukannya dalam UMNO sekian lama untuk memuaskan nafsu dan kroninya. 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates