Social Icons

Pages

Tuesday, September 06, 2016

EKSKLUSIF !!! PERANGAI #TUNMAHATHIR DAN #WANAZIZAH DIDEDAHKAN !!!


Tun Mahathir adalah lambang pengorbanan seorang bapa yang mahu menobatkan anaknya sebagai Perdana Menteri sementara Wan Azizah adalah lambang pengorbanan seorang isteri yang mahu menobatkan suaminya sebagai seorang Perdana Menteri.Untuk mencapai cita-citanya,Tun Mahathir berusaha keras mahu menumbangkan Datuk Seri Najib sementara Wan Azizah berusaha keras mahu menumbangkan Tun Mahathir.Wan Azizah dan suaminya telah disahkan gagal untuk menumbangkan Tun Mahathir sementara Tun Mahathir dan anaknya terus mengalami kegagalan demi kegagalan untuk menumbangkan Datuk Seri Najib. 

Kedua-duanya samada Tun Mahathir atau suami Azizah merupakan punca kepada pelbagai masalah politik dan sosio-ekonomi di Malaysia memandangkan mereka mempunyai jaringan yang sangat kuat dan dana yang sangat banyak sepanjang berada di puncak kekuasaan parti dan kerajaan, suatu ketika dahulu.Apabila Tun Mahathir hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim menyaman Kerajaan Malaysia berhubung Akta MKN,ada segelintir kecil rakyat Malaysia melihat ia suatu permulaan sebuah pakatan baru yang bakal memberi saingan kuat terhadap kepimpinan Negara.Hakikat yang perlu difahami adalah agenda peribadi Anwar sangat bertentangan dengan agenda peribadi Tun Mahathir.Apakah mereka bakal kecundang sebelum PRU 14 atau ditolak mentah-mentah oleh rakyat Malaysia yang cuak dan jelik dengan tingkah laku politik mereka selama ini ???

KITA TUNGGU !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates