Social Icons

Pages

Tuesday, September 06, 2016

EKSKLUSIF !!! #KADIRJASIN PERLU BERHENTI JADI MACAI #TUNMAHATHIR !!!


Ketika perang peribadi Mahathir tiba ke puncak nya,seorang bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM,Dato Abdul Hamid Bador berkata bahawa beliau setia kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan akan buat apa sahaja demi Tun Mahathir.Maka terkejutlah ramai pihak dengan kenyataan itu.Maka atas sebab beliau mengisytiharkan itu,maka gugurlah segala kepercayaan rakyat dan kepimpinan negara kepada beliau,ia kerana beilau sendiri mengaku gaji beliau untuk khidmat bakti kepada individu dan bukannya demi negara.Sepatutnya orang semacam beliau setia kepada negara dan pemimpin dan sepatutnya letak jawatan jika tidak setia kepada pemerintah.Itu berkenaan orang yang sudah membuat pengakuan,bagaimana pula kepada yang belum membuat pengakuan sebegitu tetapi terlalu jelas sokongannya padu dan bulat kepada individu dan bukan kepada kebenaran ???

Orang yang kita maksudkan adalah Saudara Kadir Jasin.Saudara Kadir Jasin yang dipetik berkata dalam sebuah akhbar yang suka sensasi dan condong kepada anti kerajaan,iaitu Sinar Harian dibawah tajuk “Kewangan Kerajaan Pusat Genting”.Terlalu jelas orang seperti AKJ yang sepanjang hayatnya tidak setia kepada negara selain setia kepada individu,bermotifkan mahu merosakkan minda rakyat yang dikenali sebagai malas membaca dan malas mengejar maklumat. Manusia malas ini lah kategori yang menjadi sasaran orang seperti Kadir Jasin.Jika seorang menteri berkaliber mengumumkan kewangan negara stabil dan baik, dan seorang anti kerajaan semacam Kadir cerita sebaliknya,tentu rakyat yang tiada ilmu kewangan akan mempercayai Kadir Jasin.Rakyat lebih respon kepada berita negatif,itu sudah menjadi kenyataan.Jika ada yang membela dengan segera di gelar sebagai pemakan dedak,itu jalan pintas potong perdebatan.

Persoalannya,kata kata Kadir Jasin sudah tidak boleh digunapakai kerana AKJ ini totok Mahathir.Apa apa yang beliau cuba sampaikan hanya untuk menangkan pihak Mahathir yang beliau sokong dan ada saham keuntungan jika berjaya.AKJ tidak jujur dengan laporan beliau berkenaan hutang.Malah beliau sendiri tidak jelaskan perkiraan hutang baru dimana hutang kerajaan dicampur dengan hutang swasta lalu menjadi hutang negara.Samakah jika kerajaan berhutang ketika idolanya menjadi Perdana Menteri ketika rakyat berjumlah 18 juta dengan kerajaan Najib ketika rakyat sudah mencecah RM30 juta ??? Seorang ayah pun akan tahu jumlah perbelanjaan rumah akan meningkat jika anaknya bertambah.Apa yang paling tidak sesuai kepada tokoh wartawan tahun 2011 ini adalah kecenderongan mengila babi menyokong Tun Mahathir, maka atas sebab ini kata katanya tidak laku lagi kerana tidak jujur dan bermotif memuja idola.Kita faham beliau akan dapat banyak manfaat jika kerajaan Najib berjaya di tumbangkan,berkemungkinan itu lah yang beliau kejarkan kerana banyak perkara tidak didapati oleh beliau di zaman pemerintahan Najib seperti zaman idolanya.Kadir naik menjadi wartawan terkenal di zaman Mahathir ketika rakyat belum ada laluan menibai beliau seperti zaman ini. Kehebatan tidak teruji itu menjadi kriteria hebat beliau, namun semuanya boleh di tempelak di zaman ini akibat wujudnya media sosial. 

Temberang Kadir pada penulisan tajuknya ‘Kewangan Kerajaan Pusat Genting” dengan mudah dibidas melalui laman sosial juga.Maka temberang nya terbatas dan terpantau.Misalnya nya Lim Sian See dan Datuk Johari Ghani.Mereka telah dengan panjang lebar memberi fakta kepada keadaan ekonomi negara, inilah kelebihan zaman bermedia sosial.Maka temberang bermotif menakutkan rakyat tidak berjaya dilakukan oleh Kadir dan sekutunya yang menyebar berita merisaukan mengguna nama Tun Daim baru baru ini.Apa yang kami harapkan jika AKj sayang kepada negara,maka bantulah,seperti orang UMNO membantu Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.Walaupun orang UMNO dihina ketika itu mempertahan kan Presiden mereka Tun Mahathir dan di caci kerana mendapat kain pelikat tetapi kuncu Tun Mahathir yang bukan pun ahli UMNO mendapat nikmat kekayaan, mereka tetap setia membantu pemimpin mereka.Jika Kadir tidak dapat membantu, usahlah menjadi penggangu. Zaman kaup pelbagai “jobs” di zaman idola sudah berakhir,kini zaman Najib pula. 

Nazri Aziz pernah bertanya kepada Mukhriz dan Mukhriz serta penyokongnya tergagap untuk menjawab,mungkin Kadir Jasin boleh bantu menjawab.Soal Nazri Aziz kepada Mukhriz “Apakah saya di kira makan dedak ketika membela Presiden Saya bernama Mahathir dulu dulu ???” Mungkin Kadir Jasin boleh bantu jawab.Pesanan saya kepada AKJ,pemimpin zaman batu sudah berakhir,jangan jadi seperti idola kamu,setelah pungut semua hasil dan perah semua kekayaan,baru hendak kata UMNO parti orang bodoh,kerana bodohlah dia dapat kayakan anak beranak dan kroninya.Hentilah jadi macai Mahathir yang tersekat banyak benda yang masih menjadi rahsia Datuk Seri Najib yang tidak suka membuka aibnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates