Social Icons

Pages

Friday, December 16, 2016

TU DIAAA !!! SIAPA SEBENARNYA YANG #DAP NAK BAGI UNTUK CALON #PERDANAMENTERI ???


Parti DAP sekarang ini dilihat sebagai ketua dalam Pakatan Harapan (PH) pembangkang kerana parti itu memiliki kerusi 37 kerusi dalam Dewan Rakyat dan PAN,proksi DAP memiliki 6 kerusi.Ketika perjanjian persefahaman ditandatangani pada 13 Disember lalu bersama PKR,PAN dan PPBM,tidak dibentangkan organisasi dan struktur Pakatan Harapan.Hanya tandatangan kerjasama politik yang dihasilkan DAP dalam soal satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).Tidak dinyatakan siapakah Pengerusi pakatan,Timbalan Pengerusi,Setiausaha Agung dan jawatan lain seperti satu organisasi rasmi seperti yang ada dalam Barisan Nasional (BN).Malah lebih teruk lagi,tidak ada calon pemimpin yang dilabelkan sebagai bakal Perdana Menteri jika mereka menang.Selain itu,bagaimana sebenarnya bentuk kabinet bayangan PH yang DAP mahu untuk mentadbir negara sekiranya menang ??? 

Adakah kabinet yang tersebar yang didakwa DAP dihasilkan oleh musuh politik mereka baru-baru ini adalah kabinet sebenar kerana susunannya nampak sudah lengkap dengan meletakkan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri.Kalau barisan kabinet itu didakwa sebagai tidak benar, apakah sebenarnya "shadow cabinet" pakatan pembangkang ??? Sebagai sebuah pakatan,jika ada ketua diletakkan dalam satu kerangka lengkap individu itu boleh dianggap sebagai seorang calon Perdana Menteri jika parti mereka menang.Sehingga hari ini,DAP yang nampak jelas parti yang mengawal segala-galanya dalam PH belum memuktamadkan siapa individu berkenaan yang boleh diangkat sebagai pemimpin. Ini tidak, ramai yang boleh dan nampak seperti mahukan jawatan Perdana Menteri itu dalam pembangkang antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim,Kit Siang,Guan Eng,Tan Sri Muhyiddin Yassin,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 

Mereka semua kini dilihat seperti melobi kepada rakyat bahawa diri mereka masing-masing ada kredibiliti untuk menjadi seorang Perdana Menteri jika berjaya mengenepikan BN pada PRU akan datang.Rakyat sentiasa dikelirukan dengan siapa bakal menjadi ketua mereka kerana asyik berdolak-dalih dalam mengumumkan siapa sebenarnya bakal mengetuai pakatan.Desakan supaya mereka membuat pengumuman itu sudah lama berbunyi,tapi nampak jelas pemimpin dalam DAP sengaja buat-buat buta dan buat-buat pekak.Hendak pilih calon ketua pun susah.Macam mana hendak berpakat satu lawan satu.Pembangkang kini tidak berpakat sebenarnya.Mulut mereka kata pakat,di hati masing fikir hendak bolot kuasa sahaja.Bahaya kita perjudikan undi pada pakatan yang tidak berpakat.Hanya berpakat hendak rampas kuasa sahaja.Lepas dapat kuasa,mereka tidak akan berpakat.Hancurlah negara ini kalau begitu.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates