Social Icons

Pages

Wednesday, January 18, 2017

KEPADA #PAKATANHARAPAN #PH !!! MANA BENTUK #CUKAI ANDA GANTI #GST ???


Sejak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar 6 peratus,kerajaan telah menerima bantahan dan kecaman daripada pembangkang dengan alasan cukai itu membebankan rakyat.Hakikatnya sejak GST mula berkuatkuasa,kerajaan berjaya mengutip hasil melebihi RM51 bilion berbanding kutipan cukai SST pada 2014 yang berjumlah RM37.2 bilion.Bagaimanapun ia bukannya satu fakta yang menggembirakan pembangkang sebaliknya mereka berterusan menjadikan GST sebagai modal kritikan terutama ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Kuala Kangsar serta Sungai Besar pada tahun lepas.Mereka turut menyebar fitnah bahawa kadar GST akan dinaikkan sehingga 8 peratus sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya terbabit,walaupun realitinya,kenaikan tersebut tidak berlaku pun.Jika pakatan harapan mahu membatalkan GST,mereka sepatutnya mengumumkan cukai baru yang boleh dilaksanakan dengan segera bagi menggantikan sistem percukaian terbabit. 

Ia bagi membolehkan rakyat menilai akan cukai baru itu.Sedangkan bagi pelaksanaan GST,kerajaan terpaksa menjalankan kajian sejak 1980-an dan turut mendapatkan penilaian pakar-pakar dari dalam serta luar negara sebelum keputusan diambil untuk melaksanakannya.Inikan pula cukai baru yang mungkin mahu dicadangkan oleh pakatan harapan.Bukan mudah untuk mewujudkan sistem cukai yang baru dan atas sebab itulah kajian dijalankan bertahun-tahun termasuk melihat kepada keberkesanannya di negara lain yang turut melaksanakan GST.Namun bagi pembangkang,mereka asyik memperlekehkan ST tetapi tidak pula mengutarakan sistem cukai yang baru untuk menggantikannya.Memandangkan pilihan raya umum (PRU) semakin hampir,maka sepatutnya mereka sudah menyediakan cadangan cukai yang baru.Pakatan harapan sepatutnya membentangkan dengan segera cukai baru itu agar rakyat boleh menilai baik dan buruknya,bukan sekadar membantah GST tetapi langsung tidak memberikan idea untuk menggantikannya.Mereka juga perlu menyenaraikan pengganti kepada GST,jika tidak daripada mana mereka mahu mendapatkan semula hasil yang sudah hilang ??? Ini kerana cadangan menghapuskan GST hanya akan menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan lebih RM30 bilion setahun.Tetapi realitinya pembangkang yang sering memperlekehkan GST sebenarnya cuba membeli jiwa rakyat Malaysia kononnya mereka akan menghapuskan GST walaupun dalam dokumen Belanjawan Alternatif pakatan harapan untuk 2016 dan 2017,ia tidak dibangkitkan pun. 

Sebaliknya mereka hanya mencadangkan untuk mengembangkan senarai GST barangan berkadar sifar termasuk masuk barangan seperti kad prabayar telefon bimbit,lampin pakai buang dan susu tepung.Apa yang pasti jangan tertipu dengan pembangkang.Jika GST tidak baik,bagaimanapun mungkin India dan Arab Saudi mengambil keputusan untuk melaksanakannya pada tahun ini.Malah Narenda Modi,Perdana Menteri India mahu belajar lagi dengan Malaysia bagaimana kaedah laksanakan GST. Itu bukti sistem GST Malaysia berjaya.Tanpa GST, di mana kerajaan mahu `cekau' duit untuk pembangunan ekonomi rakyat apatah lagi dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu ini.Pembangkang hanya merapu sahaja.Tol Sungai Nyiur di Penang pun tidak hapus lagi,ada hati hendak hapus GST.


APA KOMEN ANDA ???


RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates