Social Icons

Pages

Wednesday, January 18, 2017

TU DIAA !!! #PEMBANGKANG BELASAH #BR1M KONONNYA TAK BAGUS UNTUK RAKYAT ???


Mahathir sudah U-Turn.Azmin pula tegas berpendirian BRIM Itu Rasuah.Anak angkat tidak setuju apa yang disebut bapa angkatnya.Inilah bayangan rupa bentuk Kerajaan Carca Marba yang akan didirikan oleh pembangkang.Tidak pernah setuju tentang sesuatu perkara.Nampaknya belum jadi kerajaan sudah nampak ada kalam kabut dan perselisihan faham pada beberapa isu dikalangan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan dan PPBM.Beberapa malam lalu Tun Mahathir telah membuat pusingan U TURN dengan memberi gambaran pemberian BRIM akan diteruskan dengan sedikit "adjustment" supaya tidak nampak mengikut 100% cara kerajaan Datuk Seri Najib Razak memberi BRIM.

Mungkin Tun Mahathir enggan kehilangan 7 juta rakyat yang bakal menyisihkannya kerana BRIM amat popular sebagai bantuan kepada golongan berpendapatan rendah.Tambah lagi sudah menjadi pengetahuan rakyat bahawa di era pemerintahannya wang rakyat hanya berlegar di kalangan orang kaya dan ahli perniagaan yang menjadi kroninya sahaja.Bersetuju balik dengan BR1M mungkin Tun Mahathir dikira mahu menebus dosa dan mengenal pasti silapnya.Agaknya Azmin tidak sehaluan dan dengan tegas menyatakan BRIM tetap rasuah kerana jika Azmin nyatakan persetujuan,maka Azmin harus ikut sama memberi BRIM.Ini bukan cara Azmin kerana dia mahukan wang itu untuk agenda politiknya sendiri.Dengan menyatakan BRIM rasuah maka terlepaslah beban terpaksa mengeluarkan wang kerajaan untuk diberi pada rakyat.Atau,mungkin juga Azmin tersepit dengan pendiriannya,kerana ketika dia menyatakan BRIM rasuah adalah sebab menjadi pak turut kepada Tun Mahathir lalu kemudiannya tersepit apabila Tun Mahathir mengubah pendirian.Namun kejengkelan jelas kelihatan dengan pendirian Azmin kerana Lim Guan Eng sah melakukan rasuah sehingga perbicaraan terhadapnya sah di mahkamah,namun Azmin boleh pula mencium punggung DAP dan Guan Eng. Jelas sekali Azmin hipokrit dalam berbicara soal rasuah.Guan Eng juga dalam satu kenyataan terbarunya menempelak Mahathir bila menyebut tidak pernah anggap BR1M sebagai rasuah.  

Apa pun BR1M ini barulah satu isu,yang bukan pun isu Pakatan Harapan,tetapi telah terlihat mereka berbeza pendapat.Betul bagai dikata oleh beberapa badan penyelidik dari luar negara apabila menyatakan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak akan menang cemerlang,kerana perkiraan dan kajian mereka menyeluruh termasuk perebutan kerusi,perbezaan ideologi melampau akan membuat pembangkang musnah sebelum PRU14.Selain dari itu,isu tempatan dan kawasan juga memainkan peranan,tidak seperti rakyat biasa yang terlalu tumpu kepada isu nasional yang dihidangkan pembangkang kepada mereka. etakat ini ikatan "mutual" pembangkang adalah berkongsi musuh yang sama iaitu Dato Seri Najib dan UMNO.Itu sahaja ikatan yang ada pada mereka. Berdasarkan itu mereka cuba bersatu, tetapi akhirnya nanti apabila muncul PRU14 , realiti sebenar akan mengamit.Pada PRU14 nanti bukan sahaja survival parti yang dikejar,tetapi survival politik individu juga akan dikejar.Dalam mahu meletakkan calon  bukan sahaja calon itu mewakili parti, tetapi mewakili individu tertentu.Kerana selepas PRU14 pemilihan parti masing masing akan menyusul.Maka sangat penting orang seperti Azmin mahu majoriti yang menjadi calon PKR adalah “orang dia" sedangkan pihak lawan iaitu kem Wan Azizah bersama anaknya mahukan calon PKR itu dari “team” mereka pula.

Di sini sahaja bakal wujud ketidakpuasan hati, aka cubaan sabotaj sama sendiri bakal berlaku,itulah yang dikatakan pihak penyelidik antarabangsa sebagai penghalang kemenangan pembangkang pada PRU14. Itu baru masalah dalaman dari sebuah parti,belum lagi antara parti atau sesama parti.Atas sebab menyangka mereka akan merampas Putrajaya @ mereka akan berebut “safe zone” peninggalan PAS jika PAS sudah tidak bersama pakatan pembangkang.Namun jika PAS akhirnya akan bersama,keadaan akan lebih parah antara PPBM dan PAN.Ini kerana sebagai parti baru tumbuh gigi,masing masing mahu banyak kawasan dan kerusi untuk diri mereka. Jika sebelum ini mereka akan berbahagi kerusi dengan PAS,maka keadaan bertambah rumit jika PAS masih bersama mereka. Maka nyata sekali analisa yang dibuat oleh pihak luar yang berganding bahu dengan risikan Singapura menyatakan perkara itu adalah betul dan menyeluruh.Untuk peringatan,Mahathir telah beberapa kali berubah cakap dan pendirian.Ia semuanya bukan atas keikhlasan bercakap tetapi lebih kepada akomodasi politik semasa,kata kata Mahathir lebih kepada mahu meraih undi dan simpati dan bukan untuk kebaikan rakyat.

Mahathir boleh sahaja berkata Israel negara terbaik jika Israel mahu memberinya bantuan. Ini tidak mustahil kerana DAP adalah musuh Mahathir lebih 30 tahun tetapi Mahathir masih boleh berpaling tadah dari pendiriannya dan tukar menyokong DAP.Maka pada pendirian Mahathir yang sudah berpusing terhadap BRIM dan pendirian tetap Azmin bahawa BRIM adalah rasuah,kita sudah boleh bayang kan keadaan negara di masa depan apabila watak watak ini dapat kuasa di tangan mereka.Kecelaruan,kekeliruan dan dasar tidak menentu dan huru hara bakal mendepani rakyat jika rakyat tersilap pilih gerombolan tidak sepakat seperti Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates