Social Icons

Pages

Tuesday, May 16, 2017

TU DIAAA !!! #AZMINALI PUSING LAGI !!! LEBIH SAYANGKAN #PAS DARI #PAN !!!


Dewan Ulama PAS sudah buat keputusan,PAS tiada hubungan politik lagi dengan PKR.Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming pun dah kutuk PAS berkaitan keputusan itu.Namun,Azmin Ali nampaknya tidak mahu untuk singkirkan semua tiga orang Exco PAS dari barisan pemimpin Kerajaan Negeri Selangor.Sayang nampaknya Azmin pada tiga Exco PAS ini. Azmin tidak hirau dan endah apa yang DAP dan PAN hendak kata.Azmin terbukti sayang PAS melebihi PAN dan DAP.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kata tiga orang Exco dari PAS itu kena lepaskan jawatan kerana pimpinan PAS sudah umumkan putus hubungan dengan PKR dan menganggap tindakan PAS tidak betul.

"Tindakan PAS ini tidak betul,sudah cerai, cerailah, buat apa mahu duduk sama lagi? Saya sokong tindakan Azmin, mereka perlu letak jawatan," itu cakap Guan Eng.Bagi parti serpihan PAS,PAN pula yang juga ada kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pula mahu menuntut jawatan Exco kerana mereka lagi layak kerana merupakan parti yang diiktiraf oleh pakatan pembangkang, PH bukannya Pakatan Rakyat dulu yang ada PAS.Azmin nampaknya masih sayang Exconya dari PAS kerana diketahui PAS boleh bekerjasama dalam kerajaan negeri berbanding PAN yang sebenarnya parti hasil ciptaan DAP.PAN ikut telunjuk Guan Eng bukannya Azmin.Apa jadi kalau semua Adun DAP yang 15 orang dan 2 Adun PAN protes terhadap Azmin ??? Azmin tentunya gabra.Guan Eng dan PAN sebenarnya tahu lambat-laun Azmin akan ikut cakap mereka juga dan lucutkan jawatan ketiga-tiga Exco PAS itu tapi kini Menteri Besar itu dalam dilema. 

Mengapa Azmin takut sangat dengan PAS ??? Kekuatan sebenar Azmin di kawasannya di Gombak adalah bergantung pada PAS. Jentera dan "grassroot" PAS yang memenangkan Azmin di Gombak.Kalau Azmin buat hal dan orang orang PAS di Gombak mengamuk,goyang Azmin waktu PRU14 nanti.Tiga orang Exco PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mereka ini sudah pasti tidak akan letak jawatan.Gaji yang lumayan berbanding jawatan dalam parti membuatkan mereka sanggup imamkan Azmin berbanding Hadi Awang. Berapa lama Azmin boleh bermain 'wayang' di Selangor ??? Selagi itulah DAP dan PAN panas melihat tiga Exco PAS ini dibela oleh Azmin.Kalau hendak diikutkan prinsip,memang PAS sudah tidak layak dari segi etikanya memegang jawatan Exco kerana ia adalah jawatan yang Azmin lantik dan ada kuasa juga untuk memecat mereka. Macam sudah cerai tetapi masih duduk serumah, itulah keadaan yang berlaku di Selangor.Gigit jarilah ADUN PAN yang bercita cita hendak gaji exco RM20,250 sebulan. Naib Ketua Pemuda PAN Shazni Munir Mohd Ithnin sudah desak pun Azmin untuk segera buat rombakan barisan Exco dengan menyingkirkan ADUN PAS,tapi Azmin tidak mahu dengar dan ikut desakan itu. 

"Muktamar terima untuk putus tahaluf siyasi dengan PKR, setelah berkerat rotan dengan AMANAH dan DAP sebelumnya,maka di mana relevannya untuk PAS kekal dalam kabinet negeri,” kata Shazni Munir kepada Malaysiakini.Azmin lebih takut PAN kerana PAN dibayangi DAP. Jika mereka bergabung sudah jadi 17 kerusi, lebih ramai berbanding PAS.Satu sahaja jalan selamat untuk tiga Exco PAS ini kekal dalam kerajaan Azmin,keluar sahaja PAS dan masuk PAN.Tidak berani nampaknya tiga exco ini mahu buat begitu.Drama di Selangor ini menyaksikan kepada rakyat bagaimana rupanya kerajaan yang dibentuk tanpa ada ikatan politik yang sah. Negeri jadi tidak stabil dan kebajikan rakyat terabai. Asyik gaduh rebut jawatan sahaja.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates