Social Icons

Pages

Tuesday, June 06, 2017

BREAKING NEWS !!! IMPIAN @DATOACMIZAL SEMAKIN MENJADI KENYATAAN !!! #ACTV @MYBROADCASTING DILANCARKAN !!!


Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan televisyen terestrial digital,myFreeview.Pelancaran myFreeview menandakan bermulanya era siaran terestrial digital mengantikan siaran terestrial analog. Serentak itu, Najib turut mengumunkan penambahan pemberian percuma dekoder myFreeview dari 2 juta kepada 4.2 juta.Decoder berkenaan berharga RM199 seunit.  
"Kerajaan juga telah bersetuju untuk menyediakan sebanyak 2.2 juta set dekoder percuma lagi sebagai tambahan kepada 2 juta set dekoder percuma yang diperuntukkan oleh pihak MYTV,menjadikan keseluruhannya 4.2 juta dekoder percuma untuk isi rumah dalam senarai BR1M.

APA KENA MENGENA DENGAN DATO' AC MIZAL ???


boleh didapati di channel 116,117 dan 118

kalau nak tau Dato' Ac Mizal juga telah mencetuskan idea dalam MyTV Broadcasting.Idea untuk membuka stesen TV online pertama di Malaysia tercetus selepas beliau terlibat dengan dunia hiburan selama 23 tahun dan mahu memberi peluang kepada bakat baru. “Sudah 23 tahun saya dah buat semua dalam industri. Tak salah kalau benda ini jadi platform untuk artis baru dan tiada lagi rancangan nyanyian yang membuka platform untuk penyanyi dan yang hanya ada sekarang adalah Muzik Muzik dan di acara anugerah sahaja,” tambahnya. 

"Stesen ini berkonsepkan hiburan sepenuhnya yang akan memaparkan pelbagai program realiti dan drama yang akan diterbitkan produksi saya sendiri.Kandungannya bukan saja terhad tentang dunia hiburan dalam negara malah,tertumpu juga pada hiburan antarabangsa di seluruh dunia.Untuk kandungan di luar negara, saya akan bekerjasama dengan pelajar-pelajar yang belajar di luar negara untuk mereka turut sama menyumbang apa saja yang boleh dijadikan kandungan program.Bukan mudah sebenarnya untuk membina sebuah stesen TV.Walaupun ianya online tapi dari segi peralatan dan keperluan seperti kamera memerlukan kos yang sangat tinggi.Namun,demi merealisasikan impian saya ini, saya sanggup melabur jutaan ringgit wang sendiri untuk perniagaan kali ini.Pelaburan sebanyak itu untuk memastikan stesen TV saya ini mencapai tahap piawaian dan profesional sebuah stesen penyiaran," kongsinya dengan nada penuh yakin.


UNTUK SELANJUTNYA

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH UCAPAN KHAS DARI DATO' AC MIZAL


video

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates