Social Icons

Pages

Tuesday, June 13, 2017

TU DIAAA !!! PARTI BUNGA TAIK AYAM AKAN MENGHADAPI KEHANCURAN !!! #PPBM AKAN MUSNAH !!!


PPBM baru sahaja menjangkau usia 41 minggu sejak ROS meluluskan penubuhan parti itu pada 9 September 2016.Namun sudah terlalu banyak perpecahan berlaku dalam parti pimpinan Mahathir itu.Semalam,Syed Saddiq yang baru setahun jagung telah dinasihatkan agar menjaga tepi kain sendiri dan menjawab tuduhan "everything to hide" yang didakwa oleh Armada PPBM iaitu Muhammad Hafiz.Kain parti sendiri terkoyak rabak tidak nampak.Sibuk menuding jari terhadap orang lain.Mungkin benarlah cakap Khairuddin Abu Hassan, inilah tahap budak hingusan yang sedang menjadi Ketua Armada PPBM.Rabaknya parti bunga dan seleraknya parti itu sudah diketahui umum. Apa lagi hendak disorok ??? Hampir setiap minggu cerita mengenai pergolakan dan perpecahan dalaman PPBM diceritakan dalam media,sama ada pro kerajaan mahupun pro pembangkang. 

Terbaru,seorang AJK Armada PPBM berpangkat nombor tiga telah mempertikaikan kekayaan anak-anak Mahathir secara terbuka.Malah isu skandal seks melibatkan Muhyiddin Yassin dengan Nika Gee juga turut dibangkitkannya.Exco ARMADA itu hanya meminta Mahathir dan Muhyiddin memberi penjelasan agar mereka dapat membalas kembali dalam media sosial.Namun sebaliknya yang berlaku, PPBM mahu bertindak mengambil tindakan disiplin pula kepada exco berkenaan bagi menutup tegurannya itu.Inikah kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh PPBM ??? Baru buka mulut tentang skandal kekayaan Pengerusi dan skandal seks Presiden PPBM sudah "kena gam".Sejak berkawan baik dengan DAP,PPBM sudah amalkan demokrasi cara parti roket itu.Itulah juga nasib yang terjadi kepada sayap Srikandi PPBM.Skandal "klimaks 4 kali" Anina Saadudin didedahkan pula sampai Anina dipecat.Kenapa skandal Nika Gee dan skandal "blow the horn" Syed Saddiq didiamkan sahaja ??? Srikandi terus lumpuh lepas Ainina kena pecat. Kemudian satu demi satu kelopak parti bunga gugur layu.Di Baling,Kerteh,Pandan,Ipoh,Putrajaya Teluk Kemang,Rembau,Sik sudah ramai ahli PPBM sudah keluar parti.Dua negeri sudah menjadi batu nisan awal untuk PPBM iaitu di Perak dan Negeri Sembilan.Sudah berselerak jadinya.Ramai yang keluar parti.Oleh kerana itulah, PPBM tidak berani umum berapa ahlinya yang sebenar.5 Jun 2017,dalam Malaysiakini,Muhyiddin hanya berani buat kenyataan angan angan Mat Jenin bahawa PPBM sudah tembus semua kubu kuat UMNO. 

Ahli ahli PAS menyeberang sama untuk sertai PPBM,dakwa Muhyiddin. Kalau sudah begitu ramai, mengapa Muhyiddin takut umumkan angka sebenar ahli PPBM? Pada 9 Jun 2017,Dato Sri Najib selaku Presiden UMNO mengumumkan sejumlah 29,845 orang ahli UMNO baru antara bulan April dan Mei 2017.Manakala permohonan keahlian dalam online pula adalah sejumlah 15,201 orang.Jumlah pertambahan ahli UMNO dalam masa sebulan sahaja sudah melebihi seluruh ahli PPBM di seluruh Malaysia.Parti bunga sampai sekarang masih takut hendak umumkan berapa jumlah keahlian sebenar mereka.Kenapa takut ??? Sebab bilangan ahli parti bunga terlalu kecil dan angka itu amat memalukan jika diumumkan.Sudahlah sedikit,ramai pula yang keluar parti tinggalkan PPBM.Mahathir mana peduli lagi tentang PPBM.Dia kata "sapa tak setuju pi la keluaq ramai ramai".Mahathir sibuk membuat lawatan ke Jepun untuk melihat kilang kereta di sana.Buat apa Mahathir hendak lawat kilang kereta di Jepun ??? Dia bukan Pengerusi Proton lagi ??? Hak milik siapakah sebenarnya Proton ini ??? Adakah milik Mahathir atau Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari ??? Persoalan ini masih belum dijawab.Mahathir lebih pentingkan cita citanya hendak jadi "Perdana Menteri Sementara" sahaja,dari menjaga parti bunga yang sedang selerak dan koyak rabak.Jumaat lepas,baru 41 kali Jumaat untuk parti PPBM.Apa jadi pada 44 kali Jumaat ??? PPBM kini tak ubah seperti sebuah bunga yang terkoyak rabak,tangkainya layu,kelopaknya berselerak.Hanya tunggu masa untuk gugur ke tanah dan menyembah bumi.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates