Pengumuman kerajaan bahawa pembayaran kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan dilakukan secara berperingkat mulai 5 Jun ataupun yang tepatnya hari ini merupakan berita gembira kepada 4.2 juta penerimanya,apatah lagi ketika ini umat Islam sedang sibuk melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.Ternyata pembayaran berkenaan akan menutup mulut `longkang' pembangkang yang selama ini sering melaungkan ungkapan kerajaan akan bankrap,muflis dan negara yang gagal.Itu belum lagi tuduhan Mahathir bahawa BR1M adalah rasuah dan hanya mengajar rakyat menjadi malas.Ini satu penghinaan kepada penerima BR1M.Walaupun pembangkang sibuk memburukkan BR1M,hakikat yang tidak boleh ditolak ialah negeri Selangor merupakan penerima tertinggi BR1M dengan jumlah 1,017,403 orang.Mereka ini dikira bertuah,kerana jika diikutkan kerajaan Selangor hanya memberikan bonus 2.5 bulan kepada kira-kira 17,500 penjawat awam sahaja tetapi kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan bantuan BR1M kepada lebih sejuta penduduk di Selangor.Di seluruh negara,penerima BR1M adalah 4.2 juta.Suku daripadanya ada di Selangor.Jika seorang mendapat RM300 pada pembayaran kedua ini,bermakna sudah RM305 juta sudah dibelanjakan di Selangor sahaja.
Jumlahnya lebih besar dari pembayaran bonus pada seluruh kakitangan awam di Selangor.Dari situ kita boleh melihat bagaimana kerajaan Barisan Nasional tidak mengetepikan mana mana rakyat walaupun mereka tinggal di negeri pembangkang.Begitu juga dengan Pulau Pinang.Sebuah blog pembangkang melaporkan kemungkinan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng akan memberi bonus tiga bulan gaji kepada penjawat awam,tapi sejauh mana kebenarannya tidak diketahui lagi.Guan Eng pun masih diam,bermakna mungkin benar Guan Eng mahu bayar tiga bulan bonus.Mungkin Guan Eng mahu pinjam dari bank China untuk bayar bonus tiga bulan itu atau guna duit untung gadai tanah di Penang agaknya.Dalam keadaan ekonomi dunia yang suram,bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk memberikan bantuan wang kepada rakyat kerana ia memerlukan dana yang tinggi tetapi itulah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib.Beliau keluar ke merata negara semata-mata untuk mencari pelaburan, dan akhirnya berjaya.Dan adakah seorang penyanyi popular di negara ini masih mahu mengatakan bahawa pemimpin negara zalim ??? seperti doa yang dititipkannya di depan Kaabah baru-baru ini ???
Hanya pada zaman Najib sahaja rakyat diberikan bantuan BR1M berbanding bekas pemimpin yang diketahui menjadi idola penyanyi terbabit.Pada zaman bekas pemimpin yang memerintah selama 22 tahun itu,tiada bantuan wang diberikan kerana beliau sendiri menentang bantuan BR1M ini.
Pembangkang sibuk hal hendak memilih siapa menjadi PM sahaja,yang masih belum selesai lagi sampai sekarang.
Ketika mengulas mengenai pembangkang, tidak terkecuali penting untuk dibicarakan ialah mengenai kenyataan Mahathir bahawa Pakatan Harapan akan menggunakan logo dan manifesto yang sama pada PRU ke-14 ini.Hendak buat manifesto lagi ??? Tak perlulah agaknya.Kerajaan BN buat manifesto janji mahu berikan BR1M, ianya ditunaikan secara telus kepada semua rakyat tanpa mengira apa parti dan warna kaum.
33 perkara manifesto pembangkang di Penang dulu pun tidak ditunaikan.51 projek janji pembangunan pun gagal ditunaikan. Di Selangor banyak janji yang tidak selesai dan banyak pula isu baru yang datang.
Setiap kali hendak PRU, akan ada manifesto baru.Kenapa perlu manifesto baru lagi jika ianya sekadar mahu mengaburi mata rakyat.
BR1M adalah janji manifesto yang kerajaan BN tunai dan tepati.Bukan seperti pembangkang yang hanya pandai menuduh negara bankrap dan muflis sahaja.Bukan seperti pembangkang yang pandai buat manifesto sahaja, tetapi akhirnya dimungkiri.
BR1M bukti Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib menunaikan janji.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment