Social Icons

Pages

Tuesday, June 06, 2017

KANTOI !!! #TUNMAHATHIR #TUNM NAK JADI PM ??? PERNAH KERR TENGOK MUKA KAT CERMIN ???


Amat malang nasib Mahathir sejak kebelakangan ini,apabila semua tindakannya menemui jalan buntu.Selain menemui jalan buntu,Mahathir juga sudah lagi tidak dihormati oleh pihak komponen dalam Pakatan Harapan.Parti bunga pun sudah dijangkiti virus.Ramai sudah keluar parti.Perpecahan dalaman tidak boleh diselindung lagi.Hendak jadi PM sekali lagi,tetapi DAP,PKR dan PAN terus sepi.Dahulu di era Mahathir memerintah dengan cengkaman kuku besi dan ala diktatornya,akhbar pro kerajaan pernah mengumpamakan “jika Mahathir batuk sahaja,UMNO akan demam” namun kini jelas,Mahathir menjerit pun tiada siapa yang endahkannya.Masa berlalu.Zaman berubah.Orang parti setia pada parti,bukan taksub pada individu.Mahathir bukan lagi individu eksklusif malah dianggap sebagai telah “overstay his welcome”.Kini setelah melihat semua parti komponen dalam Pakatan Harapan setuju menamakan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke 7,Mahathir terasa dirinya dipinggir dan dimalukan.Lalu Mahathir membuat kenyataan dirinya mungkin akan terpaksa menjadi Perdana Menteri jika keadaan memerlukan Ini seolah olah mahu menafikan resolusi PH bahawa Anwar PM ke 7. Maka Mahathir berharap pengumuman yang dia buat pada 1 Jun 2017 itu mendapat respon positif DAP, PKR dan PAN. 

Ketiga tiga parti itu tidak menari pun dengan pengumuman Mahathir itu.Mereka masih dengan irama dan tarian mereka sendiri.Bermakna DAP dan PKR sudah tunjuk kuasa.Boleh diumpamakan Mahathir hanya tepuk sebelah tangan sahaja.Kenyataannya dilayan sebagai “non issue” oleh sekutunya dalam PH. Mahathir umpama menepuk air di dulang,terpercik ke muka sendiri, bila buat pengumuman hendak jadi PM semula. Dua kali "terpecik air ke muka (malu)" Pertama bila plakad Anwar sebagai PM ketujuh diangkat pada 21 Mei 2017. Keduanya bila buat pengumuman hendak jadi PM semula pada 1 Jun 2017.Dalam masa dua minggu,dua kali Mahathir dimalukan.DAP yang dominan dalam PH dengan 37 kerusi, PKR kedua dominan dengan 29 kerusi,PAN ada 6 kerusi dan PPBM hanya ada 1 kerusi sahaja. Mana boleh parti yang ada 1 kerusi mahu menjadi Perdana Menteri? Muhyiddin pada 26 Mac 2017, pernah mencadangkan PPBM menjadi ketua dan teras kepada Pakatan Harapan.Cadangan ini ditolak mentah mentah sahaja oleh DAP. Apa PPBM boleh buat? Terpaksalah Muhyiddin datang melayan Guan Eng berbuka di bulan puasa. Semuanya kerana parti Mahathir itu lemah.Terpaksa minta sokongan dari DAP untuk nampak kuat. Mahathir sudah sindir kajian calon PM yang dilakukan oleh Rafizi sebagai syok sendiri pada 25 Mei 2017.

Apakah Mahathir tidak sedar bahawa pengumuman dia juga syok sendiri ??? DAP,PKR dan PAN tidak layan pun.Dalam satu ceramah di Rawang pada 6 Julai 2012,Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Mahathir adalah orang yang paling takut kalau dia menjadi PM. Mahathir pula pernah kata ; "Memang Anwar dari dulu,saya tidak tahu gila kuasa atau tidak,tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno,tak boleh jadi perdana menteri" pada 29 Januari 2014.Mahathir dan Anwar masing masing takut antara satu sama lain.Sekarang ini apa yang Mahathir kata pada Anwar ibarat paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih.Dua dua sama sahaja,gila kuasa hendak jadi PM.Yang membezakan sekarang adalah DAP,PKR dan PAN bertepuk dua belah tangan mahu Anwar jadi PM.Mereka hanya mentertawakan sahaja melihat Mahathir syok sendiri mahu jadi PM sekali lagi.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates