Social Icons

Pages

Wednesday, August 16, 2017

TU DIAAA !!! DULU MALAYSIA DIJUAL KEPADA JEPUN ???


Setiap pelajar Malaysia pastinya mengetahui Dasar Pandang Ke Timur cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil peluang kemajuan pesat ekonomi negara matahari terbit itu ke muka pintu negara.Menerusi bukunya ‘A New Deal fo Asia’,Dr Mahathir mengagumi percambahan kuasa ekonomi negara-negara Asia berbanding negara barat. 

“Pada awal 1980-an, negara-negara barat nampaknya sudah hilang tumpuan. Mereka dihimpit krisis minyak dan dilihat tidak mampu untuk menampung kelembapan ekonomi dikala kuasa ekonomi baru tercetus di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.Bagi saya,ianya adalah lumrah bagi kita untuk meniru kejayaan negara-negara asing ini, negara-negara contoh bukan lagi di Eropah atau A.s, tetapi di halaman kita sendiri.Kita perlu pandang ke Timur,” tulis Dr Mahathir. 

Beliau memaksudkan setiap perkataan yang ditulisnya dan ianya ditunjukkan menerusi projek mega yang dibangunkan dalam tempoh 22 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.Blogger Lim Sian See (LSS), menerusi catatan Facebooknya menyenaraikan pelaburan besar Jepun di Malaysia termasuk anak kesayangan Dr Mahathir, Proton.Portal berita MYNEWSHUB menerusi artikel ‘Jepun Suntik Modal Banyak Projek Kerajaan Tun M’ memetik analisis Yayasan Perdana merungkaikan jumlah pinjaman diterima Malaysia daripada Jepun

Malaysia menerima pinjaman tahunan 10 bilion Yen sejak 1980-an dan pada 1994,Jepun menyediakan 61.5 bilion (RM2.5 bilion) bagi membiayai 75% kos pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 

Berikut antara projek negara yang dibiayai Jepun : 

2002 – Pahang – Projek Pemindahan Air Mentah Selangor – 82 bilion Yen (RM3.32 bilion)
1999 – Projek Loji Kuasa Hidroelektrik Kenyir – 17 bilion yen (RM 690 juta) 
1999 – Projek Pemulihan Stesen Kuasa Port Dickson (Tuanku Jaafar) – 53.7 bilion yen (RM2.17 bilion) 
1999 – Projek Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (II) – 5.3 bilion yen (RM210 juta) 
1999 – Projek Loji Rawatan Pembentungan – 4.85 bilion yen (RM 200 juta). 

“Negara yang pastinya telah menyerang, membunuh, merompak, merogol, merampas semua tanah dan menyebabkan penderitaan kepada jutaan rakyat Malaysia ialah Jepun semasa mereka berjaya menceroboh dan menduduki Malaysia selama 3 1/2 tahun dari 1941 hingga 1945.Namun, hanya 38 tahun selepas itu Mahathir melakukan pelbagai urus niaga, kebanyakkannya pada bahagian strategik utama kepentingan negara, dengan Jepun.Dulu, takde pun Mahathir cakap kita jual negara kepada Jepun ataupun melutut kepada pemerintah Jepun yang pernah menceroboh negara tercinta kita,” kata LSS. – MD

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates