Social Icons

Pages

Showing posts with label FACEBOOK.... Show all posts
Showing posts with label FACEBOOK.... Show all posts

Saturday, July 19, 2014

KANTOI !!! AKAUN #FB YANG UGUT PM DS @NAJIBRAZAK DIKENALPASTI !!!


Penguna facebook yg mengunakan nama Ahli Fikir yang telah melakukan ugutan untuk membunuh Datuk Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia kini telah pun dikenal pasti.Beliau merupakan orang barisan hadapan SAM yg dipimpin oleh Cikgu Bard pemimpin kanan parti PKR.Siasatan yang dibuat keatas beliau,Individu ini mempunyai 3 waran tangkap berhubung saman trafik yang dikeluarkan di IPD Bukit Mertajam.


Memiliki 5 kenderaan bermotor ( no plate juga didapati ) serta tel yang digunakan juga dikenal pasti no nya. Tak guna otak.Sedap sedap duduk luar dengan bini secantik ini.Pilih jalan susah yg bakal dihukum dengan hukuman yg cukup berat jika disabitkan dimahkamah kesalahannya nanti.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, April 27, 2014

KURANG AJAR !!! #FACEBOOKER #RBA BUKA AKAUN PALSU MAZIDUL AKMAL SIDIK !!!


tu dia !!! puak RBA dah start main peranan untuk membuat serangan kononnya mazidul yang buat posting di atas.tapi permainan mereka nampaknya terkantoi sebab 2 sebab.yang pertama nama sebenar mazidul.nama sebenar mazidul adalah mazidul akmal sidik,apa jadah belakang nama sidek ??? yang ke 2 ada kerr negeri di malaysia nama serawak ??? kalau nak menipu pun agak-agak lahhh.puak pembangkang ni kalau nak menipu tak sah !!! tapi anda ingat tak hadi awang pernah kata macam tu dulu pasal sarawak ??? mungkin pembangkang nak balas dendam,mereka cipta facebook ni,lepas tu nanti kata UMNO yang buat kerja,itu lahhh pembangkang dan RBA !!! muahahaha

kalau nak tahu facebook sebenar mazidul akmal sidek 


DAN


UNTUK SELANJUTNYA 

yang selain daripada link di atas adalah palsu.kepada puak RBA tak payah nak kencing rakyat dengan permainan anda ok !!! 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, February 06, 2012

ORANG TERKAYA DI FACEBOOK BUKAN MARK ZUKERBERG ??? HABIS TU SAPA ???


ramai rakyat malaysia terfikir Mark Zuckerberg adalah orang terkaya di Facebook,rupanya semua jawapan rakyat malaysia berikan adalah salah !!!! Walaupun Mark adalah wajah Facebook,dia bukanlah pekerja tertinggi bayaran gajinya di Facebook.Sumber Yang saya selidik,Sheryl Sandberg,ketua pegawai operasi Facebook adalah terkaya di Facebook kerana membawa masuk tunai paling banyak.Pada tahun lepas sahaja,gaji dan hadiah saham yang diperoleh ialah sebanyak US$ 30,87 juta.Cek gaji Zuckerberg pula adalah $ 1.5 juta.Beliau berpeluang untuk membuat lebih banyak sekali ( $ 1.25 bilion) jika saham Facebook diapungkan (IPO) kelak.


Sandberg menyertai Facebook pada 2008, hampir empat tahun selepas ia diasaskan.Kedua-dua mereka bertemu di satu parti Krismas.Cik Sandberg Yang Berusia 42 Tahun,mengubah laman media sosial kepada keadaannya sekarang.Cik Sandberg adalah lulusan dari Harvard University tahun 1991 dengan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi.

KALAU BUKA FACEBOOK KAYA !!!

SAYA PUN NAK BUKA LAMAN SOSIAL JUGA LAH KALAU MACAM NI !!!

LIFEBOOK !!!

OK KER ???

HMMM....

Wednesday, January 25, 2012

FACEBOOK LUBUK PELABURAN HARAM ???


LAMAN web sosial Facebook tidak dinafikan merupakan antara medan berinformasi berguna jika dipraktikkan dengan baik. Menyedari kemudahan dan kepentingannya, banyak pihak termasuk kerajaan memilih menyalurkan pelbagai maklumat menerusi laman web tersebut.

Namun di sebalik manfaatnya, terdapat juga pihak yang tidak bersikap jujur ketika bersosial dan sanggup mengambil kesempatan termasuk memperkenalkan skim pelaburan cepat kaya.

Laman profil kini rancak dibanjiri oleh iklan-iklan seperti ‘ingin cepat kaya’, ‘duit secara infiniti’, ‘tanpa kerja dapat duit’, ‘jana duit melalui Internet’ dan sebagainya bagi menarik pelabur baru.

Selain itu,kewujudan skim seakan-akan SwissCash, Forex (tukaran wang) dan seumpamanya juga semakin hari semakin berleluasa di Facebook.

Keghairahan dalam mengejar kekayaan antara faktor mengapa ramai mudah tertipu dan terjebak dengan skim pelaburan seperti itu.

Wartawan MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar,WAHIDIN SALIM menyingkap kisah di sebalik skim penipuan pelaburan di Internet terutama laman sosial Facebook serta mereka yang terlibat dalam skim-skim sebegini.

Walaupun pelbagai kisah telah dibongkar di sebalik penipuan pelaburan di Internet beberapa tahun lalu, namun masih ramai pengguna yang tidak serik untuk terus melabur.Bezanya, jika dahulu skim seperti SwissCash, Buy-e-barrel, Al-Arabic Fund dan ABB Fund merupakan pelaburan yang cukup popular dalam kalangan pengguna Internet,kini ia menular ke laman web sosial seperti Facebook.Modus operandinya tetap serupa - mencari mangsa yang ingin menjadi kaya dengan cara cepat dan mudah.

Pada masa sama, mereka bijak menukar medium kononnya wang pelaburan tersebut adalah untuk digunakan dalam perniagaan kayu gaharu, emas, minyak dan sebagainya.Malah,dengan hanya melayari Facebook, pelabur akan diberikan RM100 sebagai ganjaran.Bagaimanapun,wang ganjaran tersebut hakikatnya tidak akan diperoleh sehingga individu terbabit melakukan pelaburan yang sama.

Cara operasinya mudah, seperti bermain kutu di mana ahli yang memperkenalkan skim tersebut akan menerima pelaburan wang dalam jumlah yang sama iaitu RM100 daripada ahli baru.Ahli baru pula akan mengharapkan ada ahli lain yang ingin menyertai skim itu melaluinya.Bagi menarik peserta baru untuk menjadi mangsa, ‘si penipu’ akan menggunakan gambar longgokan duit yang banyak, kereta mewah serta barangan berjenama sebagai umpan mereka.

Berikut antara kes penipuan membabitkan pelaburan menerusi Facebook yang diceritakan oleh mangsa kepada wartawan,MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR.

KES 1:

BERKENALAN dengan seseorang di Facebook yang boleh membantu membebaskan diri individu itu daripada dibelenggu masalah kewangan pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja.Perasaan itu turut dialami Normala Aziz,27,apabila dia tertarik untuk melabur hanya kerana ‘sambutan’ yang diterima oleh rakan mayanya.Normala berkata, ucapan terima kasih kerana membantu dan juga gambar bersama kereta serta banglo mewah yang diterima dan terpapar di profil rakannya itu, membuatkan dia lebih yakin untuk turut serta.Setelah mendapatkan maklumat lanjut daripada rakan mayanya itu, satu pertemuan dilakukan.

“Saya memandu ke pejabatnya dan mula mencari tempat letak kereta di dalam bangunan itu.Agak terkejut apabila melihat pelbagai kereta mewah seperti Porsche, Ferrari serta Aston Martin berbaris dalam tempat letak kereta itu dan semuanya ada pelekat skim pelaburan tersebut,” katanya yang ketika itu masih lagi belajar di institusi pengajian tinggi di ibu negara.

Tanpa berfikir panjang, Normala yang ketika menyertai pelaburan tersebut masih belajar di institusi pengajian tinggi awam, telah melaburkan wang biasiswanya sebanyak RM2,000.Masalah mula timbul apabila dia terpaksa mencari ahli baru untuk melayakkan dia menerima pulangan dijanjikan dalam pelaburan tersebut.Malah, pihak atasan dan ejen meminta dia menaikkan pelaburan sehingga RM35,000 untuk melayakkannya menjadi ‘rakan kongsi’.Terdorong dengan kata-kata itu, dia mula meminjam wang daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara mara.Malangnya ‘langit tidak selalunya cerah’ apabila ramai di antara ‘rakan kongsi‘ pelaburan itu ditangkap oleh pihak polis berikutan dakwaan melakukan pengumpulan deposit secara haram.

KES 2:

DENGAN hanya log masuk ke dalam Facebook, seseorang berjaya mendapat RM100.Jika ikut logik akal,bukan mudah seseorang mendapatkan keuntungan dengan hanya bergoyang kaki sambil melayari Facebook.Namun, itulah hakikatnya yang berlaku kepada salah seorang mangsa, Derrick Lau, 27, apabila mencuba untuk turut sama berjaya seperti yang diiklankan oleh skim pelaburan Facebook itu.

“RM100 bukan nilai yang besar untuk modal dan saya rasakan pada mulanya tidak salah untuk saya mencuba, mana tahu nasib menyebelahi saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Derrick,taktiknya sangat mudah, selepas mendaftar dan membayar RM100 sebagai modal awal, pelabur perlu memperkenalkan ahli baru.Pada awalnya, tiada penerangan khusus diberikan mengenai skim pelaburan tersebut.Setelah menyertainya, barulah dinyatakan bahawa skim tersebut perlu mencari ‘orang bawah’ (downline).

“Mereka mendapat keuntungan dengan merekrut orang baru dan memasukkan wang ke dalam akaun mereka.Lagi ramai yang masuk, makin bertambahlah duit di dalam akaun dan ia ternyata bukan satu pelaburan tetapi hanya mengambil wang orang lain.Menyedari perkara itu, saya terus tidak menyertainya lagi dan bagi sesiapa yang bertanya, saya katakan ia adalah satu penipuan,” katanya.

KES 3:

KHIDIR Rosli, 32, merupakan seorang pekerja swasta di salah sebuah hospital di ibu negara yang mahu mendapatkan keuntungan dengan cara mudah.Dia ditemukan oleh seorang rakan kepada satu skim pelaburan yang berasaskan Internet yang mana dapat memberikan pulangan sehingga 10 peratus setiap bulan.Masuk RM1,000, hujung bulan dapat RM100 dan begitulah seterusnya mengikut jumlah pelaburan yang dibuat - lebih tinggi pelaburan lebih banyak pulangan yang diterimaMenurutnya, sesiapa sahaja yang mempunyai akaun bank terutama Maybank2u boleh menyertai pelaburan ini kerana keuntungan akan didebitkan terus ke akaun mereka secara bulanan.

Pada awalnya, dia kurang percaya berikutan telah tertipu dengan pelaburan lain sebelum ini.Namun, pujukan serta cerita yang dibawa oleh temannya itu tentang kejayaan mereka telah dapat menundukkan hati Khidir untuk mula melabur.Dalam bulan pertama, dia mendapat RM100 dan begitu juga dengan bulan-bulan seterusnya.Pada bulan kelima dan keenam, pulangan yang diterima semakin meningkat kepada RM500,membuatkan dia merasa sangat gembira kerana beranggapan pelaburan kali ini tidak sia-sia.

“Saya terus menghubungi ejen dan dia mengatakan syarikat sedang meningkat naik dan pelabur menerima pulangan yang lumayan.Dia juga menyuruh saya untuk menambahkan pelaburan bagi mendapatkan pulangan berlipat kali ganda,” katanya.

Atas idea yang diberikan ejen skim tersebut, beliau membuat pinjaman peribadi kepada sebuah bank sebanyak RM50,000 untuk tujuan melabur dengan harapan mendapat pulangan lebih besar.Pada bulan pertama, bayaran sebanyak RM5,000 telah diterima menerusi akaun bank.Bagaimanapun, pada bulan kedua dan seterusnya, bayaran semakin berkurangan kepada RM2,500 dan pernah dia mendapat hanya RM1,000 sahaja.Lama-kelamaan dia tidak menerima langsung pulangan wang pelaburan.

Sumber Utusan

ANDA HARUS BERJAGA-JAGA TEKTIK KERANA ADA PELABURAN DALAM FACEBOOK INI !!!

MUNGKIN ANDA AKAN MENJADI MANGSA SETERUSNYA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, August 13, 2011

GEMPAR !!! PENGGODAM MAHU BUNUH "FACEBOOK" 5 NOVEMBER INI !!!



SAN FRANCISCO-Anggota kumpulan penggodam,Anonymous yang mengaku menggodam beberapa agensi penguatkuasaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan syarikat permainan video Sony,merancang untuk 'membunuh' rangkaian sosial, Facebook.

Satu rakaman video dari kumpulan penggodam itu yang disiarkan di laman YouTube mendakwa 'Operasi Facebook' akan dilancarkan pada 5 November ini bagi memusnahkan rangkaian sosial itu kerana membolehkan pihak berkuasa menyalahgunakan maklumat peribadi penggunanya.Bagaimanapun, jurucakap Anonymous memberitahu AFP, ketua-ketua kumpulan tidak pasti sejauh mana tahap serius ugutan itu kerana sistem kepimpinan kumpulan itu yang longgar tidak memiliki struktur kawalan yang khusus dan ahli-ahlinya menyembunyikan identiti mereka.

''Sejumlah anggota menyatakan ia akan berlaku manakala sejumlah anggota lagi memberitahu ia tidak melibatkan mereka dan ia merupakan satu tindakan *****,'' ujarnya.

Rakaman video tersebut memaparkan logo Anonymous berwarna kelabu dan satu suara diubahsuai secara digital mengumumkan rancangan untuk memusnahkan Facebook dan meminta penggodam lain turut serta dalam serangan siber itu.Ia menuduh Facebook menyimpan data pengguna dan menyerahkan data berkenaan kepada pihak berkuasa.

''Sertai perjuangan ini dan bunuh Facebook demi privasi anda,'' kata suara dalam rakaman video itu yang ditonton lebih sejuta kali sejak disiarkan tiga minggu lalu.

Satu mesej dalam akaun Twitter milik Anonymous, Anonops mengesahkan sejumlah anggota cuba menganjurkan serangan terhadap Facebook tetapi pelan itu tidak mendapat sokongan majoriti.Facebook enggan mengulas mengenai ancaman tersebut. - AFP



ADAKAH YANG ANDA LIHAT INI BENAR ???

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, January 09, 2011

GEMPAR !!!! FACEBOOK AKAN DI HENTIKAN BULAN MARCH 2011 !!!


saya ada terbaca satu laman web yang mengatakan laman sosial ataupun FACEBOOK akan ditutup pada 15 mac 2011.Betul ker ??? saya baca berulang kali untuk memastikan adakah perkara ini akan berlaku.adakah selepas ini anak muda tiada lagi laman sosial untuk mereka.mark zukerbegh mengatakan Beliau akan menutup FACEBOOK ini kerana terlalu banyak info yang negatif dan macam-macam lagi.saya tak mahu mengulas panjang lagi kerana tak lama lagi seluruh dunia akan hilang satu laman sosial untuk mereka

sila baca artikel di bawah

PALO ALTO, CA–Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

SUMBER DARI

WEEKLY WORLD NEWS

POST BY WAYNE...

 
 
Blogger Templates