Social Icons

Pages

Showing posts with label RIDHUAN TEE.... Show all posts
Showing posts with label RIDHUAN TEE.... Show all posts

Tuesday, June 09, 2015

EKSKLUSIF DAN FAKTA !!! ADA APA DENGAN #BAHASAMELAYU ???


Ramai ultra kiasu yang tidak berpuas hati apabila saya mencadangkan agar calon wakil rakyat perlu mempunyai kelayakan minima kredit BM dalam SPM,sebelum dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.Ultra kiasu kata itu tidak penting.Fasih BM tidak semestinya boleh jadi wakil rakyat baik dan berintegriti.Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (JPKP) yang mereka cadangkan itu lebih utama dari yang lain-lain.Cadangan saya itu dikatanya bodoh (stupid).Ada aku kisah! Siapa yang lebih bodoh sebenarnya? Adakah bodoh mendaulatkan bahasa negara? Cadangan penambaikan JPKP SPR lebih bersifat politik, tidak banyak memberi kesan kepada pembangunan negara berbanding soal asas bernegara, seperti soal bahasa.Tidak dinafikan bahawa wakil rakyat mesti menjadi YB yang sebenar,iaitu Yang Berkhidmat atau Yang Berkorban.Meletakkan kepentingan rakyat lebih utama dari diri sendiri.Inilah YB yang sebenar.Namun,bahasa adalah asas kenegaraan Tanpa menafikan kepentingan belajar bahasa lain. Setiap negara di dunia ini ada bahasa kebangsaan mereka sendiri dan wajib dikuasai. Kenapa BM begitu sukar kuasai atas alasan berbilang bangsa? 

Apakah bahasa negara perlu menjadi rojak hanya kerana berbilang bangsa.Banyak juga negara berbilang bangsa, tetapi bahasa negara mereka tetap didaulatkan Kenapa kita terlalu bebas,sehingga agenda negara tidak dipedulikan? Apakah kita sudah lupa,apabila banci dilakukan pada 2010,sebahagian yang tinggal di bandar tidak boleh bercakap,memahami dan membaca BM? Saya amat yakin, mereka takut adalah kalangan mereka yang tidak layak bertanding nanti? Percakapan mereka lebih buruk daripada orang Bangladesh yang baharu bekerja di sini.Ada yang berkata,jika idea ini dilaksanakan,ramai wakil rakyat yang tidak layak kerana pada masa dahulu mereka tidak mengambil SPM. Mereka hanya ada sijil MCE dan HSC, yang tidak mengandungi kertas BM.Ada juga yang langsung tidak ada sijil.Cetek sungguh pemikiran.Cadangan saya itu untuk masa akan datang, bukan masa kini. Generasi tua hari ini akan bersara tidak lama lagi.Bukankah kita perlu bergerak ke hadapan? Kenapa BM faktor yang sangat penting dalam pembangunan negara bangsa? 

Pertama,kerana ia bahasa negara.Sangat pelik apabila wakil rakyat tidak dapat bertutur dengan baik dalam BM,walaupun telah bergenerasi tinggal di Malaysia.Apa masalah kita sebenarnya? Kenapa memandang remeh dalam BM? Negara barat tidak menetapkan bahasa sebagai syarat kerana, bahasa negara mereka dikuasai dengan baik oleh semua rakyat mereka. Sebab itu, semangat patriotisme mereka sangat tinggi.Sanggup mati untuk negara.Kita belum tentu lagi. Ditakdirkan kita diuji, mungkin ada yang lari lintang-pukang dan tidak mustahil ada yang belot. Apa yang menyatukan Amerika Syarikat hari ini jika bukan bahasa? Mereka mempunyai 322 jenis bahasa. Jika dibiarkan setiap etnik menjuarai bahasa masing-masing,apakah Amerika seperti adanya hari ini? Bagi mencapai matlamat nasional, maka dipaksakan bahasa Inggeris sebagai bahasa negara satu-satunya. Bukan itu sahaja, bukti menunjukkan, ekonomi kalangan pendatang (imigran) juga meningkat melalui penguasaan bahasa negara. Kenapa dalam banyak hal kita mahu belajar dari Amerika? Kenapa tidak dalam soal memperkasakan bahasa? Kedua, dalam sesebuah negara, selain sempadan, nama, bendera, atau mata wang, apa yang menjadikan sesebuah negara yang dihormati dan unik, adalah bahasa kebangsaannya. Bahasa kebangsaan adalah petunjuk jelas yang mewakili identiti sesebuah negara. Bahasa adalah sebahagian daripada warisan dan sejarah negara. Apakah Malaysia tidak ada sejarahnya? Apakah asal-usul Malaysia berbilang bangsa sejak azalinya? 

Untuk memahami dan menembusi hati sesebuah masyarakat,seseorang sepatutnya mampu untuk bercakap dan memahami bahasa masyarakat tersebut. Kefasihan dalam bahasa kebangsaan pasti akan membolehkan orang untuk memahami sepenuhnya sesebuah bangsa itu.Jika kita mengakui kita adalah bangsa Malaysia,apakah elemen utama jika bukan bahasanya.Bahasa kebangsaan adalah nadi perpaduan nasional, yang membezakan kita dengan negara lain.Sejarah membuktikan bahawa setiap pemimpin yang hebat,akan mencari jalan terbaik untuk mengukuhkan bahasa kebangsaannya. Misalnya, pemimpin revolusi China,Mao Zedong,memberi penghormatan yang sangat tinggi terhadap bahasa sendiri.Walau pun mengetahui bahasa-bahasa lain, dia tidak pernah menggunakannya. Mao lebih suka menggunakan bahasa Cina sebagai medium komunikasi beliau.Begitu juga negara lain seperti Jerman,Iran,Perancis dan sebagainya,komitmen kecintaan kepada bahasa dan kesusasteraan mereka sangat tinggi dan berjaya melonjakkan pembangunan negara. Malah, negara ini jauh lebih maju dan lebih kuat melalui semangat kebangsaannya. 

Tidakkah kita nampak segak berucap dalam BM ketika Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu? Lagi pula mereka ada penterjemahnya.Akhirnya, apakah tentangan terhadap syor saya disebabkan oleh terlalu ramai yang pelat atau tidak berbahasa Melayu? Jika begitulah keadaannya,sudah sampai masanya undang-undang dikuatkuasakan untuk mendaulatkan bahasa negara. 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, April 04, 2015

EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR UMAT ISLAM DI MALAYSIA TIADA 'TELUR' ???


sampai bila mahu Islam dihina oleh musuh-musuh Islam yang kita kenali? Mana ‘telur’ kita? Apakah kita sudah tidak ada ‘telur’ lagi disebabkan oleh kepentingan politik menutupi segala-galanya? Jika ahli politik sudah tidak ada ‘telur’,mohon Raja-Raja Melayu masuk campur tangan.Jika tidak,kita akan menyesal kemudian hari.Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang.Kita terus melukut di tepi gantang.Umno dan Pas sudah tidak boleh diharap.PKR kita tolak ke tepi.Tidak ada menteri yang bercakap atau bangun mempertahankan soal penghinaan terhadap korban atau sembelihan di sekolah.Banyak lagi isu lain yang menyentuh sensitiviti agama Islam yang jelas-jelas termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan, dihina dan dikeji? Apa kita buat? Kenapa kita begitu dayus? Kita terlalu menjaga hati orang,sehingga hati sendiri terguris.Apakah memang benar sembelihan korban dan mempertahankan kalimah ALLAH itu satu kesalahan? Katakan! Jangan membisu seribu bahasa.Berdosa. 

Sekadar ahli parlimen bercakap,masih tidak kuat.Apa pun saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya YB Shahbudin Yahya,MP Tasek Gelugor.Saya pelik,dekat pilihan raya sahaja sama ada umum (PRU) atau kecil (PRK),kita menjadi kecut.Kita tidak berani memberi komen penghinaan yang dilakukan.Malah kita beri apa yang mereka minta sebanyak-banyak.Nak kata mereka mengundi kita, tidak juga.Saya amat bimbang dengan desakan cuti dua hari untuk perayaan minoriti diluluskan,sedangkan perayaan besar agama Persekutuan seperti Hari Raya Korban hanya diberikan satu hari sahaja.Bayangkan selepas ini, bangsa-bangsa minoriti Peribumi Sabah Sarawak,yang mana mereka lebih berhak,turut menuntut cuti dan cuti tambahan hari kebesaran dan perayaan mereka.Maka berpestalah kita dengan cuti sepanjang tahun.Ingatan saya,jangan jadi seperti bangsa Maori di New Zealand. 

Peribumi Maori merempat di tanah air sendiri bila orang lain menguasai.Penting sangatlah kerusi Dun Sungai Limau sehingga kita sanggup serahkan segalanya.Jika Umno tidak memenangi Dun Sungai Limau pun,Umno masih memerintah Kedah.Tetapi jangan tawarkan bulan dan bintang.Sakit hati melihatnya.Saya tidak bantah peruntukan lebih RM2 juta diberikan kepada SJKC di Sungai Limau. Begitu juga dengan Pas.Jangan kerana marahkan Umno dan kini sudah tidur sebilik dengan DAP dan PKR, kita turut menjadi penakut.Bersuaralah.Ini tidak,sikit sangat suaranya dalam isu sembelihan korban dan isu yang menyentuh maruah Islam.Isu kalimah ALLAH,janganlah cerita.Kepemimpinan pusat tidak membantah apa-apa,kecuali Harun Taib dan Harun Din.Kedua-dua Harun ini memang hebat dan sepatutnya memimpin Pas,bukan yang lain.Ingatan kepada Pas dan Umno,jangan kerana dendam dan sudah mendapat kawan baharu,kita menjadi dayus seolah-olah tidak ada ‘telur’. 

Rakyat sudah bosan dengan permainan kedua-dua parti politik Melayu ini.Saya setuju dengan cadangan sudah sampai masa sebuah parti politik ditubuhkan menggantikan Umno dan Pas sebagai alternatif kepada umat Islam, yang sedang hangat diperkatakan dalam laman sosial seperti facebook hari ini.Apa perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan kepemimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak Islam (Melayu).Antaranya adalah Isma,Perkasa,Jati,Muafakat,Macma,ACCIN dan lain-lain lagi.Saya harap ia boleh jadi suatu realiti.Kepemimpinan hari ini perlu ingat, kemenangan PRU13 sebelum ini adalah kerja keras semua NGO ini.Mereka bertungkus-lumus memastikan Pakatan Rakyat yang ditunjangi DAP dan PKR tidak memerintah.Jika Pas memerintah, masih sedap hati ini. Ini tidak, Pas hanya berjaya mempertahankan Kelantan. Negeri lain,Pas seolah-olah melukut di tepi gantang.DAP dan PKR tidak mempercayai Pas. Saya sudah lama menyarankan Umno dan Pas berbincang demi masa depan Islam, tetapi Pas menolak mentah-mentah. Hujahnya mudah, Umno tidak mahu Islam.Pas sanggup bersekongkolkan penentang Islam daripada orang Islam sendiri. Jika begitulah keadaannya, semua parti politik Islam Melayu sudah tidak ada ‘telur’, maka sudah sampai masanya sebuah parti Islam yang berani mempertahankan Islam (Melayu) ditubuhkan. Marilah sama-sama kita merealisasikannya. Kita perlukan parti politik yang benar-benar ada ‘telur’. - Ridhuan Tee Abdullah

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, February 03, 2014

#PRKKAJANG !!! #RIDHUANTEE MEMBELASAH #MCA KAW-KAW !!!


MCA belum apa-apa lagi sudah membidas Umno yang ingin bertanding di Dun Kajang,yang telah dikosongkan parti ultra kiasu.Pada MCA,kerusi tersebut adalah milik bapaknya.Formula Barisan Nasional (BN) mesti dipatuhi.Jika tidak,mereka akan bertindak balas,boikot.Peliknya,bila kena pada mereka,mesti ikut formula.Bila kena pada kita,tidak ada formula.Bukankah perlembagaan negara itu bapak segala formula? Kenapa tidak mahu ikut? Masih ingat kerusi Parlimen Wangsa Maju PRU 2013? Bila calon Umno diletakkan di sana, maka MCA boikot.Banyak cantik muka MCA! 

Cermin diri dahulu.Saya tidak pernah hairan dengan boikot MCA,kerana ahli MCA sendiri belum tentu menyokong Umno.Persoalan saya,siapakah calon MCA paling layak untuk menentang pemimpin nombor 1 PKR itu? Jika tidak ada,duduk rumah diam-diam.Serahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukannya.Jika adapun calon MCA,cari yang Cina Muslim,baharu boleh mengetuk pintu hati pengundi Melayu.

Ingat! Majoriti pengundi di situ adalah Melayu,48%,Cina 41%,India 10%.Pada tahun 2013,PKR menang dengan majoriti 6,824.Tahun 2008 - 3,268,tahun 2004 - 2,773.Maknanya,selama 10 tahun ini,MCA tidak pernah menang. 

Bayangkan jika kawasan itu majoriti Cina.Lagi putih mata.Jadi,muhasabah dirilah MCA.Selama ini pun MCA tidak pernah kuat.MCA mendapat sokongan dan menang di kawasan majoriti Melayu sahaja.Peliknya,kenapa MCA begitu yakin dapat menawan Dun Kajang.Sepanjang kajian,majoriti pengundi Cina menyokong parti ultra kiasu.Justeru,amat sukar diterima,apabila MCA begitu bersungguh-sungguh untuk bertanding,seolah-olah tidak tahu malu.Sangat kelakar lagi,pemuda MCA menempelak kenyataan Pemuda Umno melalui kenyataan bahawa kerusi tersebut tidak semestinya ditandingi MCA.Pada saya,kenyataan pemuda Umno itu ada justifikasinya. Kita semua tahu, trend pengundian di negara kita bersifat perkauman.Saya amat yakin jika MCA bertanding,majoriti undinya akan menjadi lebih kecil kerana sudah tentu pengundi Melayu dahulunya menyokong MCA tidak akan mengundi MCA lagi kerana mereka sudah ada calon pilihan lain berbangsa Melayu. 

Jika calon Melayu diletakkan,sudah tentu Melayu tidak begitu menyampah.Bukan apa,untuk BN menang jauh sekali. Tetapi sekurang-kurangnya menurun majoriti PKR yang terlalu bongkak itu.Lagipun,jika MCA bertanding,saya tidak nampak pengundi Cina akan menyokongnya.Paling tidak,dapat juga dialihkan undi Melayu.Baru agak mudah untuk kita menganalisa sejauh mana Melayu mengundi Pakatan Rakyat.Ingatlah pengundi Melayu sedang marah kepada MCA hari ini.MCA seolah-olah sama sahaja seperti ultra kiasu.Apatah lagi mereka senyap sepi dalam isu guru mualaf di SJKC Nan Ya,Kota Tinggi.Begitu juga isu gantung loceng di dada murid-murid Islam di SJKC Khai Meng, Sungkai.Perjuangan chauvinis MCA seolah-olah tiada bezanya dengan ultra kaisu, meskipun mendakwa memperjuangkan semua kaum.Jika benar-benar MCA mahu mengikut formula dalam BN,mudah sahaja.Bertandinglah di kawasan majoriti Cina.Kawasan majoriti Melayu lepaskan kepada orang Melayu.Kenapa kawasan Melayu juga mahu direbut? 

Pemimpin Cina Parlimen Ayer Hitam,Johor,mesti boleh jawab.Ingatlah,setiap kali berlaku pilihan raya sama ada PRU atau pilihan raya kecil (PRK),ia melibatkan belanja besar.Takkanlah kita hendak habiskan duit begitu sahaja! Banyak lagi perkara boleh dilaksanakan.Apatah lagi jika kita yakin tidak boleh menang.Cadangan saya,jika MCA masih terus berkeras,lebih baik BN tidak perlu bertanding langsung.Biarkan MCA terkontang-kanting seorang diri.BN boleh bantu,tetapi biarkan MCA keluarkan semua perbelanjaannya.Parti komponen BN yang lain perlu belajar dan bantu secara sukarela tanpa diberi imbuhan seperti mana dilakukan oleh Pas selama ini.Kejayaan Pas adalah kerana ahli parti mereka bekerja dengan tidak mengharapkan imbuhan,melainkan imbuhan 'pahala' sahaja.Di sinilah kekuatan Pas.Jika ini boleh dilakukan,kalah pun berbaloi.Kita mahu tengok MCA benar-benar ada gigi ke tidak atau sekadar gigi palsu.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, June 14, 2013

HOT NEWS !!! SIAPA SEBENARNYA YANG ULTRA KIASU ??? WAJIB BACA !!!


Pada 1 Jun minggu lalu saya dijemput berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura.Malangnya,setiba di sana saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam.Saya tidak tahu sebab musababnya.Tiga bulan lalu saya turut dijemput,tidak timbul masalah sebegini.Sebelum itu,sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di sana.Saya sudah dapat agak sebabnya.Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula.Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.Saya disoal siasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi.Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan.Saya menjawab semua soalan dengan baik,sehinggalah percubaan untuk mengambil telefon bimbit saya. 

Ketika itu,saya mula berkeras,kerana ia terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.Saya bertanya kenapa saya ditahan dan disoal siasat,mereka mengatakan ia prosedur biasa.Kenapa saya,bukan pelancong lain? Tiada jawapan.Sejurus dilepaskan,saya bertanya kepada pihak penganjur.Mereka mengatakan ia ada kaitan dengan artikel yang saya tulis dalam akhbar-akhbar tempatan terutama menyentuh isu Melayu Islam di Malaysia,tidak ketinggalan di Singapura.Jangkaan saya selama ini benar.Apa yang saya tulis kebelakangan ini,tidak disenangi oleh pihak berkuasa ultra kiasu di sana.Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja dengan ultra kiasu Singapura.Ingatan saya kepada kerajaan Malaysia,berhati-hatilah.Jangan gadaikan kepentingan negara seperti hartanah,rumah,air dan sebagainya atas nama persahabatan dan sangka baik.Belum tentu mereka menghargainya. 

Mereka mempunyai banyak duit dan boleh buat apa sahaja.Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal.Ini tidak termasuk di negeri lain (Malaysia).Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini ??? Bahaya ultra kiasu kepada negara.Jika tidak dibendung,apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu.Justeru,saya mahukan umat Islam sedar,tidak kira apa jua partinya.Seagama tetap bersaudara,walaupun tidak sebangsa.Benar,kita perlu berbaik sangka.Tetapi apakah kita harus terus berdiam,jika musuh begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.Bukanlah maksud saya kita turut bertindak memusnahkan mereka.Paling penting,kita perlu bertegas dengan mereka mulai sekarang.Jangan terlalu fikirkan soal pembangunan dan undi.Menang sorak kampung tergadai.Kaduk naik junjung.Bertindaklah mengikut perlembagaan.Jika mereka menyentuh isu-isu sensitif,seperti menghina Islam,raja dan Melayu (bangsa dan bahasa),yang terkandung dalam akta hasutan,jangan ragu-ragu dengan tindakan itu.Jika kita terus berlembut,kita akan terus menjadi mangsa.Jangan haraplah dengan berlembut,mereka akan mengundi kerajaan sedia ada. 

Insiden yang saya alami cukup jelas.Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka.Awal-awal lagi sudah dibanteras.Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan,tidak dibenarkan memakai tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka atau tidak.Jika berceramah,perkara yang tidak boleh disentuh adalah ; polisi dan dasar kerajaan mereka tidak boleh dikritik,isu Israel tidak boleh disentuh,isu agama apatah lagi.Pendek kata,jika berceramah di Singapura,hanya boleh bercakap tajuk itu sahaja.Jangan unsur-unsur sindiran,hasutan dan sebagainya.Berbeza sungguh demokrasi di negara kita dengan mereka.Kita terlalu memberi banyak kebebasan,sehingga ultra kiasu menjadi semakin berani.Sama ada isu tersebut sensitif atau tidak,semuanya dilanyak.Kerajaan terus berdiam diri.Jika pihak berkuasa cuba bertindak,maka dituduh melanggar hak asasi manusia.Kita pun mengalah.Lihatlah bagaimana ultra kiasu membela wanita yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA).Pada mereka,itu tidak salah,malah dibenarkan.Sedangkan ultra kiasu tahu itu salah.Mereka begitu berani.Kenapa? Jawapannya,mudah,kerana adanya ultra kiasu menyebelahi mereka.Kesimpulannya,janganlah kita asyik menuding jari kepada saudara seagama.Lihatlah sama musuh kita itu,kerana mereka lebih bahaya daripada saudara seagama.


RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, September 18, 2012

KANTOI !!! MALAYSIAN INSIDER PUTAR BELIT KENYATAAN DR RIDHUAN TEE !!! APA CERITA NI ???



Wartawan Malaysian insider, Zebra Chong, sekali lagi mensensasikan artikel saya mengenai gerakan Kristianisasi di Asia Tenggara, dengan tokok tambah yang meloyakan. Saya tidak hairan dengan sikap anti Islamnya. Malah memotivasikan saya untuk menyambung kembali isu ini. Biar dia tahu langit tinggi rendah.Artikel saya hanya mahu menyedarkan umat Islam tentang Kristianisasi.Pihak Kristian tidak kurang juga mengutuk Islam. Saya tidak menafikan hak Kristian untuk mendakyahkan agamanya.Tetapi dalam konteks Malaysia,pendakyahan tidak boleh dibuat sewenang-wenang seperti insiden terbaharu di Pulau Pinang. Benar,ramai umat Islam yang miskin tidak dibantu oleh umat Islam atau institusi Islam itu sendiri. Saya ucapkan terima kasih usaha golongan Kristian membantu. Bantuan tersebut janganlah ada udang di sebalik batu.Saudari Zebra perlu ingat, keadaan di Malaysia berbeza dengan Indonesia, juga negara Islam yang lain. Agama Islam dilindungi perlembagaan.Walaupun umat Islam berada dalam kesempitan, pihak Kristian boleh tampil membantu, tanpa niat untuk berdakyah atau memperlekehkan agama Islam atau Nabi Muhammad SAW atau boleh juga menyalurkannya kepada pihak NGO Islam atau institusi kerajaan misalnya, untuk disampaikan kepada sasaran. Ini tidak, mereka akan berdakyah terlebih dahulu sebelum memberikan bantuan.

Di Indonesia, mubaligh Kristian tampil memberikan bantuan ketika umat Islam berada dalam kesusahan dan kemiskinan. Misalnya, ketika berlaku tsunami Acheh, merekalah yang paling awal dan pertama tampil ke hadapan memberikan bantuan. Alhamdulillah, ini adalah sikap terpuji. Tetapi lakukan dengan ikhlas.Mengikut kajian, umat Islam yang sedang dilanda kemiskinan, malapetaka dan tidak arif mengenai agama sendiri akan lebih mudah dipengaruhi. Masyarakat Indonesia bersifat terbuka yang memudahkan mereka terpengaruh. Jika seseorang datang kepada mereka dan melayan dengan baik, memberi makanan, wang dan pekerjaan seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian ini, hati mereka mudah terpaut. “Rakyat Indonesia berfikir dengan hati. Jika kamu dapat memenangi hati mereka, kamu akan memenangi jiwa mereka” (Zahir Zainudin,1.7.2007).Maka tidak hairanlah sebuah negara yang dahulunya hampir 100 peratus Islam, kini hanya tinggal 83 peratus sahaja, mungkin menurun lagi. Misionari Cina Kristian Malaysia dan Cina Kristian Indonesia, begitu aktif berdakyah, mengalah misionari Kristian barat. Mereka mempunyai kekuatan ekonomi. Kebanyakan pasar raya, hospital dan bangunan mereka mengutamakan perayaan Kristian berbanding hari kebesaran Islam. Pusat komersial mereka dilengkapi dengan gereja sebagai daya tarikan. Bagaimana dengan kita?

Kadangkala, kita tidak wajar menyalah misionari Kristian semata. Kita sendiri yang bersalah. Institusi zakat sepatutnya memainkan peranan. Ketika memberi taklimat dan memungut zakat, mereka tersenyum lebar sampai telinga. Bila sampai bab pengagihan, kenapa muka masam mencuka. Lebih menyedihkan ada yang menghemburkan kata-kata, “tak kerja lainkah selain meminta sedekah”? Inilah kata-kata yang sering didengari oleh mualaf.Kita sepatutnya mencari mereka yang memerlukan seperti yang dilakukan oleh Khalifah Umar al Khattab dan Umar Abd Aziz. Bukan menunggu mereka datang kepada kita. Di sini kelebihan missionari KristianKita seronok kerana dapat mengumpulkan zakat begitu banyak. Kita suka tengok wang itu, kita laburkan, kita bina bangunan pencakar langit untuk menunjukkan kehebatan kita. Kita tidak sedar betapa ramai yang kecewa dengan Islam, disebabkan perbuatan kita. Sepanjang kajian saya, dalam jawatan kuasa agihan zakat, tidak ada seorangpun mualaf atau OKU yang dilantik menjadi ahli lembaga. Jika adapun satu atau dua buah negeri sahaja. Semua mereka kalangan yang ‘bergelar’ dilantik menjadi ahli lembaga. Kelayakan tidak diambil kira. Janji mereka mempunyai gelaran. Apakah kelebihan gelaran itu saya masih mencari jawapan?

Saya bersetuju dengan saranan Shaharul Anwar Shafie (14.8.2012), pihak yang menguruskan zakat dan pemegang amanah zakat di seluruh negara yang lebih suka menjadi “tuan” di pejabat dan lebih suka orang ramai datang menagih meminta bantuan zakat. Sememangnya rasa gembira mendengar kutipan zakat tahunan yang bernilai puluhan dan ratusan jutaan ringgit tetapi yang menjadi tanda tanya ke manakah wang tersebut disalurkan memandangkan wang yang dikutip dalam satu tempoh itu perlulah dihabiskan kepada penerima yang layak dalam tempoh yang sama.Saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Audit Negara kerana mengaudit akaun zakat. Ia perlu dilakukan secara menyeluruh di setiap negeri. Ini dapat mengelakkan fitnah terhadap institusi Islam yang menjaga amanah harta ini. Selaku ‘mualaf’, beberapa kali telah saya nyatakan karenah birokrasi dan menganggap wang zakat itu kepunyaan bapak kita, hendaklah dielakkan. Institusi Islam sebegini perlu menjadi contoh kepada yang lain. Jangan sampai ada orang mencemuh “nama saja Islam, tetapi cara menguruskannya langsung tidak Islamik”. Kadangkala saya merasa malu apabila label Islam digunakan, cakap tidak serupa bikin.

Saranan saya keluarlah daripada pejabat berhawa dingin itu. Carilah penerima zakat seperti OKU, sebelum pihak lain atau misionari Kristian mencari mereka. Tidak ada gunanya kita bising, apabila orang lain sudah mendekati mereka dan mereka telahpun murtad seperti yang telah berlaku. Paling baik, wajibkan OKU sebagai asnaf zakat.Senyuman ketika memungut zakat, hendaklah diterjemahkan dalam konteks mengagihkannya, Saban hari saya menerima panggilan telefon dan sms daripada mualaf yang memerlukan bantuan. Apakah cukup sekadar memberi bantuan sekali, kemudian dibiarkan bergelandangan? Jika mereka perlu bantuan seumur hidup sekalipun, apakah salah kita membantunya? Saya amat bimbang birokrasi, kesilapan atau keangkuhan kita bakal memalukan Ketua Agama Negara/Negeri yang terdiri daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Apatah lagi hari ini kita sudah ada kaunter pandu laju. Syabas!

Oleh Ridhuan Tee

Monday, May 28, 2012

SEKIRANYA PM AKAN DATANG ADALAH DARI KALANGAN BUKAN MELAYU !!! APA KATA DR RIDHUAN TEE ??? WAJIB BACA !!!


Saya sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia.Keluar sahaja artikel,saya terus diserang.Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu,malas atau tidak,terpaksalah juga saya tampil,bukan membela,tetapi berkata benar.Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu.Tetapi sejak dahulu lagi.Cuba saudara pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi.Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969,sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei,diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei,seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu.Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku.Biarkan sejarah berlalu.Tetapi provokasi mereka amat melampau.Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi.Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971),Leon Comber (1985),Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.

Kata-kata seperti “Melayu sudah jatuh”,“Kuala Lumpur sekarang Cina punya”,“Ini negeri bukan Melayu punya”,“kita mahu halau orang Melayu” dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini.Saya bukan mahu mengapikan.Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.Pada saya yang baik itu,baiklah.Perlu disokong.Namun,bila tiba bahagian mungkar,maka perlu ditolak.Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa.Apabila kuasa telah diperolehi nanti,rasalah akibatnya.Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman,tetapi juga luaran,terutama pulau kecil di selatan tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita.Menunggu masa sahaja untuk bertindak.Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat.Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan PM terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.

Ya,saya tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara.Tidakkah kita tinggal di negara sebelah timur.Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain.Sama seperti isu perkataan ‘pendatang’.Perkataan ini amat sensitif.Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain.Inilah adab-adab yang perlu kita belajar.Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya.Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih gagap,sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti.Isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanahair tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar? Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura yang sudah tua itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya orang-oranng Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil,cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini,kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung Umno,Dato’ Syed Jaafar Albar,yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun. Dari itu,adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka.Utra kiasu itu berkata lagi,beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura.Beliau menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).

Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu tua itu.Saya tidak nampak Utusan bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita.Jika tidak benar,samanlah.Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus menyerang.Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket,Suara Keadilan dan Harakah.Pemimpin ultra kiasu berkata,"Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah Umno atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi,sebenarnya, mengata orang dia yang lebih.Saya berpegang kepada prinsip,“kita tidak akan menyerang jika tidak diserang.Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan”.

Menurut ultra kiasu,Utusan sengaja mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.Pada saya,bukti sudah jelas di depan mata,apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa.Terbelakah orang Melayu.Ada atau tidak,Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatam seperti perkhidmatan polis,tentera,pilot,imigresen dan sebagainya.Janganlah buat tidak tahu. Perancangan busuk ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah.Lepas ini mungkin ada yang berkata dalam blog saya,ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya.Saya tidak boleh berbuat apa-apa.Saya hanya berkata benar.Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara,saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.

Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti. Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada parti ini.Pada saya,jika benarpun dari segi undang-undang,tidak perlu bercakap,kerana ia menyakitkan orang lain.Apakah mungkin Singapura berperdanamenterikan Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api.Saya bukan membela Utusan atau membela Umno.Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju.Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang.Yang baik,sokonglah,yang salah,saya tolak.Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu,buat baik,salah,buat jahat,lagi salah.Semua jadi serba salah.Inikah ciri orang bertamadun?

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Wednesday, May 09, 2012

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! JAWAPAN PALING PEDAS DARI RIDHUAN TEE ABDULLAH !!! WAJIB BACA !!!


Demonstrasi jalanan duduk bantah,Bersih 3.0 minggu lalu telah berakhir.Janji duduk bantah tidak lagi dipatuhi,yang jelas ramai berdiri memberi isyarat,berjalan,berlari,membuat kacau-bilau dan lari.Sama ada capai matlamat atau tidak,itu sudah tidak penting.Apa lebih penting kesan yang ditinggalkan.Pada kumpulan ini,sudah tentu mendakwa tindakan ‘paling berjaya’.Mereka merancang meneruskan Bersih 4.0.Apa pun Bersih sudah tidak lagi bersih, tetapi menjijikkan.Gelagat pemimpin-pemimpin ultra kiasu laksana jaguh kampung.Lebih melucukan,mereka dakwa lebih 300,000 sertai perhimpunan tersebut.Wah !!! Hebatnya.Perlakuan baik semuanya mereka,aksi buruk dan provokasi adalah tindakan pihak tertentu,terutama yang dirujuk di sini adalah Umno.Pendek kata,ultra kiasu Bersih adalah betul,yang salah pihak berkuasa (polis) dan Umno.Maklumlah,siapa nak mengaku berak tengah jalan.Inilah politik desperado,mereka yang ingin menguasai Putrajaya.Pemimpin inikah kita harapkan memimpin negara ???

Golongan ini mengatakan demokrasi telah mati di Malaysia.Kerajaan bertindak kejam seperti Hitler dan Stalin.Adakah demokrasi bermakna mengikuti semua diamalkan Barat tanpa ubah suai mengikut acuan kita ??? Adakah “gay,lesbian, biseksual,transgender” (LGBT) dibolehkan atas nama demokrasi ??? Jika begitu keadaannya,akidah kita sudah tergelincir.Ahli Bersih terlibat didakwa begitu berdisiplin,mendengar arahan dan patuh kepada cakap ketua.Hebat sangatkah ketua itu sehingga boleh kawal keadaan kelam-kabut tersebut ??? Bolehkah arahannya dipatuhi ??? Apakah jaminan peserta demonstrasi tidak merempuh pagar kawat duri polis yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka ??? Adakah wajar mereka ditinggalkan begitu sahaja selepas tunjuk muka seketika ??? Nampak sangat kita pengecut,kerana takut dipersalahk jika berlaku apa-apa.Selepas itu,mudahlah menuding jari dan salahkan orang lain. Sepatutnya sebagai pemimpin yang baik,kita berada di sana sehingga demonstrasi selesai.


Apa saya lihat,kebanyakan pemimpin mereka datang sebentar sahaja,tunjuk muka,beri isyarat,selepas itu lari hilangkan diri.Bayangkan selepas itu,berlaku perkara tidak diingini, siapakah beri arahan dan leraikan suasana kelam-kabut tersebut kalau bukan pihak berkuasa ???

Insiden sama berlaku ke atas Dewan Pemuda Pas yang menuntut akhbar Sinar Harian meminta maaf dan tarik balik laporan mendakwa anggota Unit Amal menyerbu ke arah pihak polis semasa perhimpunan di luar Kuala Lumpur City Centre.Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai “tidak munasabah”.Rekod Unit Amal,dakwanya begitu ‘bersih’ selama ini.Persoalannya,bukan soal rekod,munasabah atau tidak,tetapi keadaan ketika itu.Hebat sangatkah Unit Amal boleh mengawal keadaan tidak tentu keruan ??? Apakah mungkin mereka tidak melakukan kesalahan ??? Persepsi golongan ini terhadap polis sudah negatif sejak awal ??? Bila diperlukan kita puji polis.Bila dalam begini,kita kutuk dan lawan mereka.Adakah ini wajar ???



Pada saya,perhimpunan itu jadi lebih teratur jika diadakan di tempat tertutup seperti stadium atau lokasi negeri diperintah ultra kiasu. Kenapa mereka tidak mahu dan berkeras? Jawapannya, dengan berada di jalanan,menampakkan mereka ramai kerana orang awam turut berada di situ untuk melihat gelagat mereka.Mereka mahu publisiti murahan.Takut-takut nanti tidak ramai,ada yang akan dakwa demonstrasi itu tidak berjaya.Janganlah terlalu obses dengan kejayaan rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir.Budaya Arab berbeza dengan budaya Melayu atau rakyat negara kita. Lagipun, rakyat Mesir menentang rejim yang zalim.Isu pendaftaran pemilih (SPR) adalah alat sahaja.Matlamat mereka meraih simpati,menunjukkan kehebatan dalam usaha menawan Putrajaya.Selaku ahli akademik yang pernah mengkaji peranan dan fungsi SPR,dulu saya tidak nafikan ada banyak kelemahan SPR.Hari ini,SPR sudah banyak berubah.Penambahbaikan begitu ketara.

Soal sama ada pemimpin SPR adalah ahli Umno atau tidak,bukan soalnya.Ramai penjawat awam di negeri-negeri Pakatan Rakyat menjadi ahli parti mereka,kenapa tidak dipertikaikan ??? Bagaimana dengan kredibiliti mereka ??? Adakah mereka tidak bias dalam membuat keputusan ??? Pada saya,menjadi ahli parti tidak salah,selagi mana penjawat awam tersebut ada sifat takutkan ALLAH.Menurut rakan Facebook saya,hari ini rakyat diajar demonstrasi lawan kerajaan. Esok lusa,akan ada demonstrasi lawan mereka yang memperkenalkan budaya demonstrasi jalanan ini. Mereka takkan dapat duduk selesa dengan ajaran dan anjuran mereka sendiri. Pasti akan makan tuan !!!

Oleh Ridhuan Tee Abdullah

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, March 19, 2012

HOT NEWS !!! RIDHUAN TEE MEMBELASAH AJK PAS PUSAT YANG BEBAL !!!


Lanjutan artikel saya yang disiarkan minggu lalu,seorang ahli parlimen di utara Perak yang juga mempunyai doktor falfasah dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,menuduh saya bodoh dan menjadi penulis upahan Umno.Tuduhan tanpa bukti ini agar sukar untuk saya terima kerana datang daripada seorang pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.Islam yang sudah sinonim dengan parti ini,tidak disertai dengan akhlak Islam pemimpinnya.Akhlak sebeginilah sebenarnya yang akan menjahanamkan imej Islam.

Namun,saya tidak hairan akan ketidakmatangannya,kerana beliau hanya mengkhusus dalam bidang kajian organisasi,bukan bidang politik dan kerajaan.Jika dia tuduh saya bodoh,saya yakin dia lebih bodoh.Kejahilan beliau begitu terserlah.Setelah sekian lama menceburkan diri dalam politik, sepatutnya beliau menjadi lebih alim, tetapi tulisannya menserlahkan kejahilannya.

Fokus tulisan saya adalah beza antara parti politik dan kerajaan.Parti politik bersifat sementara, manakala kerajaan akan terus kekal selagi ada negara.Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan.Parti politik hanya ruling party kepada kerajaan. Kerajaan telah wujud dalam sebuah negara berdaulat, sebelum wujud parti politik.Tidak ada sebuah parti politikpun yang boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah kepunyaan bapaknya walaupun mungkin parti itu memperolehi majoriti untuk menguasai kerajaan. Asas-asas ini perlu difahami.Jika tidak, sia-sia sahaja menceburi bidang politik.Pemikiran sebegini bukan sahaja tidak layak beliau mentadbir negara,apatah lagi untuk diundikan dalam PRU 13 akan datang.

Inilah sikap sebahagian pemimpin ektrim Islam yang rakus untuk berkuasa.Mereka tidak membaca sepenuhnya artikel yang ditulis. Saya tidak hanya mengkritik Pas, tetapi turut mengkritik Umno dan BN.Saya turut mencadangkan agar Umno dan BN memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Namun, beliau mengatakan saya hanya memberikan pandangan sebelah pihak. Saya harap hatinya tidak menjadi buta disebabkan oleh fanatik kepartian. Buatlah lebih banyak pengajian dan penyelidikan supaya tidak menampakkan kebodohan selaku seorang ahli parlimen.

Selaku seorang pemimpin Islam berpengalaman, sepatutnya kita menerima kritikan secara terbuka. Pandangan saya perlu dijadikan muhasabah diri. Ini tidak, pantang dikritik sedikit, ibarat cacing kepanasan. Inikah sikap anak kepada seorang ulamak dan pemimpin tertinggi Pas? Sepatutnya beliau mewarisi sikap lunak perjuangan Allahyarham bapanya. Namun, sebaliknya berlaku. Malang sungguh Pas mempunyai pemimpin seperti ini.

Jika masih tidak faham biar saya ulang. Parti yang menguasai kerajaan hanya berlaku dalam negara komunis.Saya tidak kata Pas itu komunis.Kecuali yang makan cili…Saya hanya persoalkan, kenapa Kerajaan Kedah perlukan Pas sebagai penasihat sedangkan kerajaan Kedah adalah kerajaan rakyat? Jika sudah tidak ada locus standi, kenapa perlu membuang masa dan tenaga? Bukankah semua exco Kedah itu warak-warak belaka? Adakah kita masih tidak mempercayai mereka?

Lagipun kerajaan tersebut adalah kerajaan negeri rakyat Kedah, bukan kerajaan Pas? Apa kata wakil-wakil rakyat lain yang bukan Pas? Jika ahli parlimen Pas tersebut masih tidak faham, biar saya jelaskan. Terdapat beberapa jenis parti politik dunia hari ini yang menjalankan urusan pentadbiran kerajaan. Parti politik tersebut dibahagikan kepada empat jenis iaitu, sistem satu parti (parti komunis), sistem dwi parti (seperti yang diamalkan Amerika dan Britain), sistem pelbagai parti (Malaysia) dan sistem parti dominan (Singapura). Malaysia boleh jatuh dalam dua kategori,sistem pelbagai parti dan parti yang dominan (Umno).

Kebiasaannya, parti-parti politik bertanding dan mendapat majoriti akan menguasai kerajaan. Parti politik yang mempunyai majoriti di parlimen atau DUN berkuasa untuk melantik menteri atau exco kerajaan negara/negerinya. Menteri/exco yang dilantik berkuasa untuk menentukan hala tuju kementerian dalam kerajaan yang diterajuinya.

Begitu juga terdapat perbezaan antara parlimen dan kerajaan.Parlimen juga bukan kerajaan. Insitusi Parlimen mewakili rakyat. Wakil rakyat yang dipilih rakyat hanya menjalankan urusan kerajaan. Namun, jika sesebuah parti tidak mendapat majoriti dalam parlimen,mereka mesti menghormati parti-parti politik lain yang turut dipilih rakyat dan membentuk kerajaan campuran. Dalam kata lain, wakil rakyat hanya mengisi kerusi di Parlimen bagi memboleh urusan kerajaan berjalan.

Pemimpin kerajaan adalah Perdana Menteri.Perdana Menteri akan memilih jawatan kuasa atau kebinet yang akan membantunya.Kerajaan juga berbeza dengan mereka yang memenangi pilihan raya mewakili parti politik.Berasaskan kepada hujah-hujah inilah saya masih bertegas, jawatankuasa yang diwujudkan tidak ada hak untuk memantau atau memberi nasihat kepada kerajaan negeri.

Minggu lalu,Pas telah melantik seorang pemimpin berasal dari Kelantan untuk mengetuai panel lima orang dalam jawatankuasa pemandunya bagi memantau pelaksanaan manifesto di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat. Menurut Pas, jawatankuasa berkenaan tidak mencampuri urusan negeri dan hanya akan memberi teguran kepada pemimpin negeri tersebut mengikut saluran parti. Antara isu yang akan ditekan jawatankuasa berkenaan ialah sikap kerajaan Kedah dalam isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Persoalan saya, adakah Pas kekurangan cerdik pandai dan ulamak kalangan orang Kedah untuk mengetuai jawatankuasa tersebut? Tidakkah orang Kedah lebih faham keadaan politik negeri Kedah?

Persoalan siapakah yang memberikan mandat atau legitimasikan kepada jawatankuasa pemandu ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat terdiri dari pelbagai parti dan latar belakang berbeza? Ia hanya boleh berlaku jika hanya satu parti yang berkuasa seperti yang berlaku dalam kerajaan komunis.

Justeru,saya menyeru kepada pimpinan Pas supaya berfikir dua kali.Jika kita mengatakan orang lain tidak betul,maka tunjukkanlah bezanya antara kita dengan orang lain itu. Tidak rugi sebenarnya melakukan muhasabah dan mengakui kelemahan sendiri.Kecualilah jika terlalu taksub, kita hanya yang betul,orang lain semua salah.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sumber Blog Ridhuan Tee

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, February 07, 2012

UNDANG-UNDANG AUKU !!! INI JAWAPAN RIDHUAN TEE ABDULLAH !!!


Saya amat memahami tindakan Menteri Besar (MB) Kedah ke atas lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mereka didapati bersalah menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz, 25 Mei tahun lalu.

Tindakan berhemah MB Kedah yang saya kenali ketika beliau menjadi ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia, adalah tepat dan professional, berbanding dengan pandangan ‘pakar perlembagaan’ yang masih menggunakan gelaran professor, walaupun tidak lagi berkhidmat di universiti. Untuk makluman semua, gelaran professor tidak perlu digugurkan, kerana secara otomatik gelaran itu terlucut setelah seseorang itu tidak lagi berkhidmat di universiti. Janganlah berkelentong, terlalu perasan dan lancang menyalahkan orang lain. Hormatilah kepakaran seseorang, terutamanya seorang yang bergelar MB, bekas ahli akademik dan ulamak yang disegani. Saya tidak fikir seorang ulamak mahu membuat keputusan menempah diri ke neraka, berbanding dengan tindakan orang yang jahil Islam yang sombong kononnya pakar dan sekular sosialis.

Sepatutnya kita mencontohilah sifat bertanggungjawab, tegas dan berani MB Kedah. Begitu terserlah sifat keUMARannya. Barulah boleh dikatakan mencontohi gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, berbanding dengan ultra kiasu yang memperalatkan nama khalifah ini untuk mencairkan hati orang Melayu. MB Kedah bersedia untuk dipecat jika dirasakan tindakannya itu bertentangan dengan Buku Jingga yang menjadi dasar Pakatan Rakyat ultra kiasu, yang mahukan AUKU dihapuskan.

Tindakan MB Kedah ini ternyata begitu memahami aspirasi pelajar dan nasib Melayu di bumi Melayu. Bagi mereka yang memahami psiki dan cara hidup Melayu, AUKU tidak hanya boleh dilihat dari aspek perundangan semata, tetapi hendaklah juga diadunkan cara berfikir dan budaya Melayu. Kita sedia maklum, pelajar Melayu agak ketinggalan dari segi kecemerlangan akademik, berbanding dengan pelajar bukan Melayu, walaupun bilangan Melayu lebih ramai di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sepatutnya pelajar Melayulah yang paling ramai menggondol ijazah kelas pertama, hadiah universiti serta pingat itu dan ini. Namun, saban tahun kita lihat dalam majlis konvokesyen, pelajar bukan Melayu (terutamanya Cina) yang menjuarai semuanya itu. Ke manakah muka-muka Melayu yang ramai itu?

Jawapannya, orang Melayu bila dia bermain, main sungguh-sungguh; bila bercinta, bercintan sungguh; bila berpolitik, berpolitik sungguh; bila berdemonstrasi, berdemonstrasi sungguh; bila menjadi lelaki ‘lembut’, ‘lembut’ sungguh, mengalahkan perempuan; sehingga lupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Inilah yang disukai oleh ultra kiasu. Mereka amat memahami psiki orang Melayu berbanding Melayu memahami psiki mereka. Mereka mahukan Melayu hancur.

Lihatlah pelajar bukan Melayu. Mereka tahu membezakan antara tangggungjawab dan tindakan. Masa belajar mereka belajar kerana itu adalah tanggungjawab. Ketika bertindak, dirancang dengan rapi. Mereka tahu membezakan bila masa belajar, masa berpolitik, masa bersukan, masa bercinta dan macam-macam masa lagi. Waktu malam mereka menjadi ulat buku. Manakala pelajar Melayu sibuk dengan cinta muka buku. Saya tidak merujuk kepada semua pelajar Melayu.

Berbalik kepada AUKU, MB Kedah yang tidak sedikitpun gentar malah berani berkata Buku Jingga yang menjadi pegangan Pakatan Rakyat, bukan al Quran. Menolak Buku Jingga tidak akan menjadikan seseorang itu kufur berbanding menolak al-Quran. Apatah lagi jika dibandingkan Buku Jingga dengan perlembagaan. Sudah tentu perlembagaan lebih besar sifatnya, kenapa masih tidak dipatuhi? Saya amat hairan, mereka sering menuduh UMNO tidak mengamalkan demokrasi, tetapi bila kena pada batang hidung mereka, demokrasi entah ke mana. Adakah orang seperti ini kita harapkan untuk memerintah negara?

Kajian yang dilakukan secara akademik, yang mana pandangan kami selaku ahli akademik turut diambil kira, menunjukkan bahawa 60 peratus mahukan AUKU dipinda, hanya 40 peratus sahaja mahu dimansuhkan. Ini bermakna, AUKU masih relevan. Bermakna, AUKU hanya perlu dipinda, bukan dihapuskan seperti mana pandangan Perdana Menteri.

Namun, ‘pakar perlembagaan’ yang begitu ghairah mahu bertanding di Parlimen Sabak Bernam dalam PRU 13 berkata AUKU mesti dihapuskan. Pakar ini hanya pandai berteori. Tidak berpijak di bumi nyata. Jika beliau menjadi peguam, saya yakin beliau akan kalah berhujah di mahkamah kepada peguam muda yang baru keluar mengadakan latihan dalam kamar (chambering). Pandangannya tidak mencerminkan kepakarannya. Jika beliau begitu bernafsu untuk bertanding dalam PRU 13, elok juga dipertemukan buku dengan ruas di sana. Kita lihat sehebat mana dia.

Kata pakar ini lagi, undang-undang terbahagi dua, undang-undang jahat dan undang-undang baik. Undang-undang jahat mesti dihapuskan. Rakyat tidakboleh berselindung di sebalik undang-undang jahat. Bermakna, ‘pakar’ ini mahu kita mengambil kesempatan ke atas undang-undang baik, sebagaimana yang dilakukannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Apa yang saya dengar, bukan suatu perkara mudah untuk memberhentikan beliau di UIA. Sebab ada undang-undang baik yang melindungi beliau. Sebab itu, pakar ini memperalatkan undang-undang baik tersebut untuk kepentingan dirinya. Apabila undang-undang baik tersebut telah dapat diperalatkan, maka tidak ada cara lain lagi, melainkan berhenti. Maka hari ini beliau mahu menjadi jaguh menentang undang-undang jahat, bagi melindungi orang jahat.

Pada saya kenyataan ‘pakar’ ini agak kurang ajar.Meskipun beliau anti kepada AUKU, tidak sepatutnya begitu ghairah menyerang MB Kedah. Siapakah pakar ini berbanding dengan ulamak seperti MB Kedah? Pakar ini mahu menonjol supaya dipilih untuk bertanding menjadi wakil rakyat. Sedangkan kajian menunjukkan, kampus sepatutnya menjadi tempat yang berkecuali daripada politik tetapi dengan syarat kebebasan untuk mendengar pandangan politik adalah dibenarkan dan parti-parti politik dibenarkan berucap mengenai ideologi mereka. Semasa menjadi pimpinan pelajar dahulu, saya juga mempunyai pandangan yang sama, AUKU mesti dihapuskan kerana ia menyekat kebebasan pelajar.

Tetapi setelah difikirkan dan diadunkan AUKU ini dengan pkisi pelajar Melayu,maka terfikirkan saya sebenarnya AUKU diwujudkan untuk menyelamat umat Islam (Melayu).

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sumber RidhuanTee

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates