Social Icons

Pages

Monday, February 03, 2014

#PRKKAJANG !!! #RIDHUANTEE MEMBELASAH #MCA KAW-KAW !!!


MCA belum apa-apa lagi sudah membidas Umno yang ingin bertanding di Dun Kajang,yang telah dikosongkan parti ultra kiasu.Pada MCA,kerusi tersebut adalah milik bapaknya.Formula Barisan Nasional (BN) mesti dipatuhi.Jika tidak,mereka akan bertindak balas,boikot.Peliknya,bila kena pada mereka,mesti ikut formula.Bila kena pada kita,tidak ada formula.Bukankah perlembagaan negara itu bapak segala formula? Kenapa tidak mahu ikut? Masih ingat kerusi Parlimen Wangsa Maju PRU 2013? Bila calon Umno diletakkan di sana, maka MCA boikot.Banyak cantik muka MCA! 

Cermin diri dahulu.Saya tidak pernah hairan dengan boikot MCA,kerana ahli MCA sendiri belum tentu menyokong Umno.Persoalan saya,siapakah calon MCA paling layak untuk menentang pemimpin nombor 1 PKR itu? Jika tidak ada,duduk rumah diam-diam.Serahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukannya.Jika adapun calon MCA,cari yang Cina Muslim,baharu boleh mengetuk pintu hati pengundi Melayu.

Ingat! Majoriti pengundi di situ adalah Melayu,48%,Cina 41%,India 10%.Pada tahun 2013,PKR menang dengan majoriti 6,824.Tahun 2008 - 3,268,tahun 2004 - 2,773.Maknanya,selama 10 tahun ini,MCA tidak pernah menang. 

Bayangkan jika kawasan itu majoriti Cina.Lagi putih mata.Jadi,muhasabah dirilah MCA.Selama ini pun MCA tidak pernah kuat.MCA mendapat sokongan dan menang di kawasan majoriti Melayu sahaja.Peliknya,kenapa MCA begitu yakin dapat menawan Dun Kajang.Sepanjang kajian,majoriti pengundi Cina menyokong parti ultra kiasu.Justeru,amat sukar diterima,apabila MCA begitu bersungguh-sungguh untuk bertanding,seolah-olah tidak tahu malu.Sangat kelakar lagi,pemuda MCA menempelak kenyataan Pemuda Umno melalui kenyataan bahawa kerusi tersebut tidak semestinya ditandingi MCA.Pada saya,kenyataan pemuda Umno itu ada justifikasinya. Kita semua tahu, trend pengundian di negara kita bersifat perkauman.Saya amat yakin jika MCA bertanding,majoriti undinya akan menjadi lebih kecil kerana sudah tentu pengundi Melayu dahulunya menyokong MCA tidak akan mengundi MCA lagi kerana mereka sudah ada calon pilihan lain berbangsa Melayu. 

Jika calon Melayu diletakkan,sudah tentu Melayu tidak begitu menyampah.Bukan apa,untuk BN menang jauh sekali. Tetapi sekurang-kurangnya menurun majoriti PKR yang terlalu bongkak itu.Lagipun,jika MCA bertanding,saya tidak nampak pengundi Cina akan menyokongnya.Paling tidak,dapat juga dialihkan undi Melayu.Baru agak mudah untuk kita menganalisa sejauh mana Melayu mengundi Pakatan Rakyat.Ingatlah pengundi Melayu sedang marah kepada MCA hari ini.MCA seolah-olah sama sahaja seperti ultra kiasu.Apatah lagi mereka senyap sepi dalam isu guru mualaf di SJKC Nan Ya,Kota Tinggi.Begitu juga isu gantung loceng di dada murid-murid Islam di SJKC Khai Meng, Sungkai.Perjuangan chauvinis MCA seolah-olah tiada bezanya dengan ultra kaisu, meskipun mendakwa memperjuangkan semua kaum.Jika benar-benar MCA mahu mengikut formula dalam BN,mudah sahaja.Bertandinglah di kawasan majoriti Cina.Kawasan majoriti Melayu lepaskan kepada orang Melayu.Kenapa kawasan Melayu juga mahu direbut? 

Pemimpin Cina Parlimen Ayer Hitam,Johor,mesti boleh jawab.Ingatlah,setiap kali berlaku pilihan raya sama ada PRU atau pilihan raya kecil (PRK),ia melibatkan belanja besar.Takkanlah kita hendak habiskan duit begitu sahaja! Banyak lagi perkara boleh dilaksanakan.Apatah lagi jika kita yakin tidak boleh menang.Cadangan saya,jika MCA masih terus berkeras,lebih baik BN tidak perlu bertanding langsung.Biarkan MCA terkontang-kanting seorang diri.BN boleh bantu,tetapi biarkan MCA keluarkan semua perbelanjaannya.Parti komponen BN yang lain perlu belajar dan bantu secara sukarela tanpa diberi imbuhan seperti mana dilakukan oleh Pas selama ini.Kejayaan Pas adalah kerana ahli parti mereka bekerja dengan tidak mengharapkan imbuhan,melainkan imbuhan 'pahala' sahaja.Di sinilah kekuatan Pas.Jika ini boleh dilakukan,kalah pun berbaloi.Kita mahu tengok MCA benar-benar ada gigi ke tidak atau sekadar gigi palsu.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Syabas Dr Ridhuan Tee..lebih berani dr Melayu2 PASngok dan UMNO yg lembik2.. xreti nk baca bahasa2 lawan..

Cina yg bukan Islam byk muslihat.. dan melayu2 munafik. nasib baiklah Tuhan beri ada beberapa mualaf yg mahu berikan nasihat..

Terima kasih Dr Redhuan Tee

nasirwise said...

SAIFUL BUKHARI AZLAN CALON BN DI DUN KAJANG

Penulis ketawa besar apabila kekawan blogger mencadangkan Saiful Bukhari Azlan dicalonkan bertanding atas tiket BN menentang Anwar Ibrahim yang mewakili PKR.

Walaupun ia bersifat jenaka dan ingin menyakiti hati Anwar Ibrahim, penulis berpendapat ia suatu strategi yang baik buat BN, lebih lebih lagi, tujuan Anwar Ibrahim berura ura dan berangan angan menjadi MB Selangor. Seperkara lagi bulan Februari adalah bulan perbicaraan rayuan kes liwat pengendalian Tan Sri Dr Shafee Abdullah.

Jikalau ada kesanggupan dari pihak BN dan Saiful untuk bertanding di Kajang, ia amat menarik melihat implikasinya. Saiful dipertandingkan bukan untuk menang tetapi untuk memalukan Anwar Ibrahim. Kem PKR sangat sombong kerana mereka tahu pengundi Cina akan menyokong mereka secara solid. Keegoan PKR menjuruskan YB Azmin Ali mencabar PM bertanding di Kajang. Ubatnya mudah sahaja jika BN mencalonkan Saiful. Faham faham lah mereka. Selain dari memalukan, ia boleh mengembalikan ingatan rakyat `dera’ Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya. Kalau Anwar Ibrahim lakukan di Sweden, sudah lama Anwar Ibrahim di tahan dan dipenjarakan. Lambakan poster serta kelibat Saiful di Kajang, akan menaikkan sentimen anti Anwar Ibrahim.

Seluruh DUN Kajang akan terpampang gambar Saiful dan kemana sahaja Anwar Ibrahim pergi, Saiful akan menghantuinya.

Namum begitu, Pengerusi BN ini terlalu berhati hati dan tidak mahu mengambil risiko. Beliau akan resah jika Pakatan Rakyat meng`spin’ yang BN berkomplot dengan Saiful di dalam konspirasi liwat tersebut. Takut pada bayang bayang. Inilah masanya BN buat `Kajang Move version BN’.

BN akan memastikan Saiful layak bertanding seperti yang dikehendaki oleh BN, SPR dan Enakmen Selangor yang hendakkan beralamat di Selangor.

Sebelum ini, penulis telah mencadangkan BN turut serta di dalam PRK tetapi gaya kempen yang berbeza. Kempen secara kecilan dan rumah ke rumah. Tanpa umum peruntukan, tanpa jamuan besar. Tanpa kehadiran pimpinan besar. Yang ada hanyalah agihan barangan dapur kepada pengundi terpilih.

MCA boleh memberi laluan kepada Saiful untuk meremukkan imej Ketua Pembangkang itu. Sebelum ini, ada cadangan supaya Datuk Lee Chong Wei dicalonkan tetapi YB Menteri Belia dan Sukan berkata Datuk Lee adalah harta negara. Kemudian timbul nama Datuk Seri Ong Tee Kiat. DS Ong tewas teruk di dalam pemilihan MCA baru baru ini. Penulis tidak mahu beliau terus di kuburkan oleh Ahli MCA sendiri dengan bertanding di Kajang
nasirwise.blogspot.com

Anonymous said...

DR Riduan Tee adalah calon terbaik, dia paham masyarakat cina, dia paham masyarakat melayu, dia boleh bawa keamanan dan ketenteraman pada kita yang sedang gaduh gaduh pecah belah, dia neutral, tapi mempunyai semangat untuk satu padukan ummah, bukan saja rakyat...apa kata

Anonymous said...

Satu Ulasan TERBAIK DARI .. Dr . Reduan Tee abdullah
mca .. CERMIN DIRI DAHULU..
PELUANG DAH DIBERIKAN BEBERAPA KALI ..
HASILNYA .. ZERO..

 
 
Blogger Templates