Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim akhirnya terpaksa mengakui tiada
sebarang kepastian untuknya terus kekal menerajui kepimpinan negeri sekiranya
Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi Dun Kajang kelak.Dia yang berkata ketika
diwawancara oleh salah sebuah portal pembangkang hanya mampu mengatakan 50-
50.
"Dia (Anwar) boleh cakap 'Saya perlukan awak' atau 'saya tak perlukan awak',” katanya
seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.Walau bagaimanapun menurut Khalid ia bergantung pada keputusan Sultan Selangor
sama ada berkenan untuk menerima sebarang cadangan untuk menukar Menteri
Besar atau mengekalkan yang lama.Ini kerana perlembagaan Selangor menyatakan
Sultan mempunyai kuasa istimewa untuk memilih calon sendiri walaupun calon yang
dicadangkan mendapat sokongan Dewan Undangan Negeri (DUN).Dalam erti kata sebenarnya memang wujud cadangan untuk melantik Anwar sebagai
Menteri Besar yang baru sekiranya PKR berjaya mempertahankan kerusi Dun Kajang.Namun sama ada Anwar mampu merealisasikan impian tersebut atau tidak bergantung
pada perkenan Sultan.
Persoalannya ialah sampai bila rakyat ingin terus diperbodohkan dan ditipu oleh
makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini ???
Ini kerana dia yang juga merupakan Ketua Umum PKR sebelum ini menafikan akan
dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.Menurutnya,segala dakwaan
mengenainya adalah spekulasi semata-mata."Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008,"
katanya sebelum ini.
Persoalannya ialah,sekiranya benar ia hanyalah spekulasi semata-mata,apa
rasionalnya bekas Adun Kajang,Lee Chin Cheh meletakkan jawatan ??? Untuk apa Anwar
dipilih untuk bertanding sebagai Adun di kawasan tersebut ??? dan yang paling penting,mengapakah Khalid sendiri seperti tidak pasti sama ada meneruskan tugasnya sebagai
MB atau sebaliknya ???
Kesimpulannya,Anwar sudah berada di satu tahap yang selesa sehingga
menyebabkan dia mula merasakan rakyat adalah bodoh dan mudah terpedaya dengan
segala kata yang keluar dari mulutnya.Apa sahaja yang dilakukan olehnya tidak
menjadi hal,kerana yang penting sebaik sahaja dia membuka mulut semua akan
ternganga dan memilih untuk mempercayainya secara bulat-bulat.Walaupun dengan menjadikan sistem demokrasi negara ini seperti ‘sarkis’ Anwar
yakin rakyat akan tetap memilih untuk percaya atau dalam bahasa mudah dikenali
sebagai MACAI (Mempercayai Apajerr Cakap Anwar Ibrahim).Namun
apa yang mereka tidak tahu ialah,Anwar sebenarnya layak di angkat sebagai haiwan
politik (political animal) kerana sering berubah-ubah demi cita-citanya untuk
menjadi orang yang paling berkuasa di negara ini.
Seperti kata orang,tak dapat jadi
Perdana Menteri,tapi dapat jadi Menteri Besar pun jadilah.Berikut adalah di antara penipuan demi penipuan yang pernah dilakukan oleh makhluk
yang bernama Anwar Ibrahim ini :
18.08.2012 – Saya akan bersara sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya
umum dan menumpukan perhatian untuk menjadi profesor.
07.05.13 – Saya tidak bersara.Pakatan Rakyat kalah hanya disebabkan oleh bangla
(pengundi hantu) dan blackouts.
20.11.2013 – Saya tidak sebut adanya pengundi dari Bangladesh, itu semua adalah
fitnah jahat Umno
27.01.2014 – Saya tidak akan menjadi calon untuk kerusi Dun Kajang
28.01.2014 – Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar.Saya tidak akan ambil alih
jawatan MB.
x.x.2014 – (rasanya ramai yang sudah dapat meneka ungkapan yang bakal Anwar
sebutkan nanti,selepas berjaya menang di Dun Kajang)
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Peluang Khalid tetap dgn syarat...nuar kalah.
Post a Comment