Social Icons

Pages

Monday, February 03, 2014

KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! GAGAL GUGURKAN #SHAFEEABDULLAH PUNCA #ANWARIBRAHIM NAK JADI MB ???


Tindakan tidak masuk akal PKR untuk mengadakan pilihanraya kecil di Kajang dikatakan sebagai satu strategi terbaik untuk parti.Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di situ dan seterusnya apabila menang, akan diangkat menjadi Menteri Besar.Rata-rata orang ramai mengecam tindakan PKR sebagai sesuatu yang membazir wang rakyat dan tidak bertanggungjawab.Seperti yang diketahui,sesebuah PRK memakan kos jutaan ringgit.Memandangkan Kajang merupakan kawasan berpenduduk padat maka kosnya tentulah jauh lebih tinggi lagi.Berdasarkan hakikat ini,mana-mana ADUN tidak seharusnya meletakkan jawatan sesuka hati tanpa sebab musabab yang konkrit.Apa yang berlaku,membuktikan bahawa PKR langsung tidak mempedulikan rakyat atau wang negara yang dibazirkan, dan sebaliknya bertindak semata-mata atas kepentingan pemimpin dan politik parti.Kenyataan Azmin Ali bahawa keputusan ini merupakan tindakan taktikal mengesahkan persepsi rakyat bahawa pemimpin PKR hanya mementingkan politik dan diri sendiri.   

Azmin, kemudiannya cuba menolak spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tetapi di masa yang sama menyatakan bahawa Selangor memerlukan pemimpin ‘nasional’ seperti Anwar untuk kukuhkan kedudukan PR.Bagaimanapun,Azmin tidak pula menjelaskan bagaimana kedudukan Anwar sebagai ADUN dan bukan MB,boleh membantu mengukuhkan PR.Penjelasan Rafizi pula lebih menarik lagi iaitu kononnya Anwar bertanding di Kajang adalah untuk menghalang Barisan Nasional yang bakal menjadi lebih kuat akibat ‘kejatuhan Datuk Seri Najib' nanti.Menurut Rafizi,Datuk Seri Najib akan dijatuhkan oleh satu gerakan yang didalangi oleh bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad.Setelah kejatuhan itu,isu perkauman dan agama akan ‘meletup’ dan PKR dan PR perlu bersedia untuk menghadapinya.Untuk itu,Anwar diperlukan di DUN Kajang serta tidak menolak kemungkinan yang Anwar juga akan menerajui Selangor.jika teori Azmin mengenai keperluan PRK Kajang mengundang gelak ketawa rakyat, teori Rafizi pula mengundang rasa loya di tekak orang yang mendengarnya.Kenyataan Rafizi hanya memperlihatkan kepada rakyat akan usaha PR untuk melagakan Tun Mahathir dengan Datuk Seri Najib.Kenyataan Azmin pula memperlihatkan yang beliau sendiri berada dalam keadaan ‘bingung’ dengan apa yang berlaku dalam partinya akhir-akhir ini.    

Kedua-dua mereka bagaimanapun,cuba sedaya upaya untuk merasionalkan keputusan parti walaupun tahu yang ianya tidak masuk akal sama sekali.Namun,rakyat bukan sebodoh yang disangka mereka.Semua orang tahu bahawa keputusan Anwar untuk melakukan kejutan ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi keputusan rayuan kes liwatnya di mahkamah.  Ini berikutan kegagalan rayuan ke-2 Anwar pada 20 Disember lalu, untuk menggugurkan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes tersebut.Rayuan tersebut sepatutnya diperdengarkan pada 28 Januari lepas, tetapi telah ditangguhkan sehingga 11 Februari atas sebab ketidak hadiran peguam Anwar,Tommy Thomas.Maka,kerana itulah kejutan mengenai Kajang timbul dalam rangka masa yang sama.PRK Kajang merupakan strategi yang baik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari kes liwatnya.  

Malangnya,ianya hanyalah bersifat sementara sahaja.Oleh itu,harapan Anwar,sekiranya beliau menang dan menjadi Menteri Besar maka sebarang keputusan mahkamah yang tidak memihak padanya pasti akan mencetuskan isu besar.Malah,beliau juga akan berpeluang untuk mencipta isu lain di celah-celah kegilaan itu seperti ‘menjolok’ istana Selangor pula.Pendek kata,Anwar kini hanya mengharapkan strategi menimbulkan kekecohan apabila keputusan kes liwatnya semakin hampir dan Selangor merupakan platform yang paling sesuai untuk itu selain memberinya capaian kepada dana yang besar.  Anwar kini berada dalam ‘mode’ panik dan Anwar yang kita tahu,akan sanggup berbuat apa saja apabila beliau panik.Anwar pernah lari ke Kedutaan Turki kerana panik tetapi Anwar tidak boleh lagi lari ke tempat yang sama tanpa mengambil risiko diketawakan oleh pihak Turki.Apa yang pasti di sini ialah,Anwar enggan masuk penjara lagi.Justeru,ada baiknya jika kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh Anwar untuk memastikan beliau tidak kembali ke penjara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates