saya ada baca satu artikel tentang Beberapa pemimpin masyarakat Orang Asli di Pos Balar bimbang kehidupan mereka terjejas berikutan tindakan kerajaan PAS Kelantan yang rakus meneroka kawasan berkenaan untuk pembalakan dan mengambil tanah untuk dijadikan sebagai ladang rakyat.ada kah benar???sila baca artikel di bawah...
mereka tertekan aktiviti-aktiviti yang berterusan dan tidak terkawal itu telah menyebabkan kemusnahan punca pendapatan dan pencemaran air.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pos Balar,Aja Along berkata, penduduk di kawasan Pos Balar yang terdiri daripada lapan buah kampung itu juga tidak boleh membuat sebarang tuntutan atau menuntut bayaran pampasan.
"Masalah tanah ini bukan baru, sudah lama tetapi masih tidak diberikan hak milik, tanah yang kami duduk ini pula diancam oleh macam-macam aktiviti,"katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pusat Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA) di Pos Balar di sini.
Pos Balar yang didiami seramai 738 orang itu terletak kira-kira 90 kilometer dari Gua Musang dan ia hanya boleh dihubungi melalui jalan balak atau menggunakan helikopter.
Lokasinya yang jauh ke dalam agak sukar untuk dihubungi terutama pada musim hujan dan untuk ke sana terpaksa merentasi tiga batang sungai.Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut beragama Kristian.
Bagaimanapun kawasan berkenaan dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air,elektrik yang menggunakan tenaga solar serta generator di samping sebuah sekolah rendah dan dewan orang ramai.Kesemua kemudahan asas ini disediakan oleh KERAJAAN PUSAT.
Sementara itu,Penghulu Kampung Perawas,Long Busu berkata,beliau bimbang kesemua kampung dalam pos berkenaan akan lenyap kerana dihimpit oleh aktiviti yang tidak terkawal itu.
"Rizab Orang Asli sudah tidak ada, ini tanah nenek moyang kami, sudah beratus tahun kami duduk sini tetapi sekarang ladang rakyat sudah dekat, mereka mahu ambil tanah kami".
"Kami amat berharap kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tolong kami,penduduk di sini amat berterima kasih dengan BN, mereka banyak tolong kami," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk kampung, Anjang Busu, 71, berkata, mereka tidak ada jalan untuk menghalang ladang rakyat atau pembalakan selain daripada merayu kepada kerajaan Pas Kelantan supaya menghentikannya.
untuk maklumat sepenuhnya sila KLIK DI SINI
POST BY WAYNE...
4 comments:
Orang asli mesti ikut perkembangan. walaupun di bawah BN atau pembangkang mereka mesti berubah untuk kemajuan. Jangan jadi kaum meminta dan mengharap subsidi. Negara sudah maju tapi asli tidak maju. Kenapa? Samada memang sifat asli tidak ingin maju, pemalas, suka berhutan atau polisi kerajaan, JHEO yang tidak bagus?
Suka saya mencadangkan kepada kerajaan pusat agar memperbaiki sistem penyampaian bantuan kepada orang asli diseluruh tanah melayu. Sistem yang lebih telus dapat memastikan orang asli mendapat faedah secara total. Menghimpunkan mereka disuatu kawasan berhampiran bandar agar mereka dapat belajar dan meninggalkan kehidupan jahiliah mereka sekarang merupakan langkah terbaik. Bak kata pepatah - jangan beri mereka ikan, sebaliknya berilah mereka batang kail. - lebih baik penyelesaian begini, mengapa kerajaan BN yang cekap tidak boleh memikirkan perkara ini selama 50 tahun?
Dlm artikel diatas ada benar dan ada yg tidak benarnya.... so... yg nak tahu sila la ke pos balar... gunakan pancaindera yg dianugerahkan...
Teman sokong ayat " jgn bg ikan tapi bg btg kail"
Post a Comment