Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, langkah berdiam diri Anwar itu sebenarnya bertujuan melindungi kepentingan 'anak emasnya' iaitu Naib Presiden PKR, Azmin Ali bagi memenangi perebutan jawatan timbalan presiden parti.
Katanya, tindakan Anwar itu menyebabkan ramai pemimpin kanan PKR bertindak meninggalkan parti manakala Datuk Zaid Ibrahim meletakkan semua jawatan dalam parti dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden, Isnin lalu.
"Sekiranya Anwar memang benar-benar pejuang demokrasi, dia sepatutnya membatalkan proses pemilihan PKR yang menerima lebih 100 laporan kepincangan dan mengadakan pemilihan semula secara telus.
"Namun, adat seorang diktator, Anwar tidak akan melakukan apa- apa kerana semua tahu dia hanya mahukan orang kesayangannya, Azmin memenangi jawatan kedua tertinggi PKR, itu sahaja," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mohammad Fairus yang juga bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin tidak demokratik kerana tidak dipilih secara terbuka sebagai pemimpin parti itu.
Dalam pada itu, bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, Anwar juga enggan mengesahkan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi PKR dengan bertanding jawatan presiden parti.
Katanya, ini kerana Anwar sedar sekiranya bertanding jawatan presiden, beliau akan berhadapan dengan kritikan serta pendedahan dalam pelbagai perkara seperti kes liwat yang sedang dihadapinya di mahkamah.
"Anwar tahu permainan politik PKR sangat kotor dan dia tidak mahu mengambil risiko dimalukan oleh para pesaingnya jika beliau bertanding jawatan presiden.
"Selain pertuduhan liwat di mahkamah, para pesaing Anwar dalam jawatan itu (sekiranya Anwar bertanding jawatan Presiden PKR) pasti akan mengaitkannya dengan Azmin, lalu semakin buruk kredibilitinya," katanya.
SUMBER UTUSAN MALAYSIA
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment