Social Icons

Pages

Tuesday, November 16, 2010

PANAS !!! DEDAH KAN 'WAJAH' SEBENAR ANWAR !!!


Pas dicabar supaya menerima pelawaan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pemimpin parti itu bagi mendedahkan 'wajah' sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas perlu bersikap adil dengan mendengar daripada semua pihak mengenai sikap Anwar dan tidak lena dibuai 'lagu' yang dinyanyikan Ketua Pembangkang itu sahaja.

"Penipuan Anwar telah banyak didedahkan oleh bekas ahli PKR seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, namun pimpinan Pas hanya memekakkan telinga dan membutakan mata.

"Inilah peluang untuk pimpinan Pas yang selama ini menjulang Anwar sebagai 'bos besar' mereka untuk mendengar penjelasan Nallakaruppan yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama 30 tahun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nallakaruppan semalam yang beliau malu apabila melihat pucuk pimpinan Pas masih taksub kepada Anwar walaupun pelbagai tembelang Ketua Pembangkang itu telah terdedah.

Sehubungan itu, bekas rakan karib Anwar itu bersedia untuk bertemu pemimpin Pas jika mereka berminat untuk mengetahui 'wajah' sebenar Ketua Pembangkang tersebut.

Mohd. Nazmi berkata, pimpinan Pas seharusnya menghormati pelawaan itu berikutan Nallakaruppan menyebut bahawa pertemuan tersebut adalah sebagai dasar hormat kepada Pas yang dianggotai oleh orang alim.

"Secara peribadi saya berpendapat maruah Pas tercabar apabila Nallakaruppan melahirkan rasa malu beliau kerana pimpinan parti itu yang dipimpin oleh alim ulama boleh taksub dengan Anwar sedangkan mereka (Pas) tidak pernah tahu kelakuan Anwar yang sebenar.

"Pimpinan Pas harus memberi peluang kepada diri mereka untuk mendengar kisah benar yang banyak disimpan oleh Nallakaruppan seterusnya tidak lagi taksub kepada Ketua Pembangkang itu," katanya.


SUMBER UTUSAN MALAYSIA


POST BY WAYNE...


1 comment:

Anonymous said...

Pas seharusnya mendengar penjelasan dari orang lain juga. jangan mendengar penjelasan dari satu pihak sahaja. Setelah mendengar penjelasan orang lain, buatlah pertimbangan yang sewajarnys. Tidak jatuh maruah PAS sekiranya mendengar penjelasan orang lain.

 
 
Blogger Templates