Social Icons

Pages

Sunday, December 19, 2010

GEMPAR !!! ANWAR MENIPU LAGI !!!


Sikap licik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi terbongkar melalui pendedahan temberangnya merayu-rayu untuk berjumpa dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba beberapa tahun lalu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, liciknya Anwar dengan kelentong, temberang dan putar-belitnya sehingga sanggup mendakwa kononnya bekas Timbalan Perdana Menteri yang dikenali dengan panggilan Pak Ghafar itu ingin berjumpa dengannya untuk meminta maaf dan memberi sokongan.

"Penipuan Anwar itu terbongkar apabila temberangnya kepada saya dan rakan-rakan didedahkan kepada cucu Pak Ghafar, Zahid Mat Arip yang terus menyumpah selepas mendengar cerita daripada seorang rakan saya"katanya.Zahid menceritakan Anwar yang meminta untuk berjumpa dengan Pak Ghafar ketika itu dan bukan sebaliknya.Pak Ghafar ketika dipujuk juga menjawab sinis kepada Zahid: "Boleh percaya ke tu Zahid,Anwar ni banyak autanya,aku bukan tak tahu."

"Pak Ghafar akhirnya menjawab: "Dah agak dah tu,Anwar ni memang kaki kelentong" selepas dimaklumkan Zahid tentang penipuan tersebut sementara rakan saya yang mendedahkan pembohongan itu teruk dimaki Anwar,"katanya dalam blognya, KLIK DI SINI

Beliau membuat pendedahan tersebut dalam nukilan bertajuk Pakat Dulu Balah Kemudian? bagi menasihatkan rakan-rakan dalam Pas agar berhati-hati dengan pembohongan Anwar terutama mengenai isu WikiLeaks, menamakan Lim Kit Siang sebagai calon Timbalan Perdana Menteri dan pelaksanaan undang-undang Islam.Coretan itu turut menyarankan anggota Pas mendapatkan jawapan sahih daripada Anwar mengenai isu- isu berkenaan di samping mendapatkan penjelasan Karpal Singh yang pernah membuat pengakuan mempunyai bukti Anwar melakukan aktiviti liwat pada 1997.

Tambah Zulkifli, Zahid terus menghubungi Anwar sebaik sahaja dimaklumkan tentang penipuan itu dan memarahi Anwar kerana mengubah cerita sebenar tentang rancangannya menemui Pak Ghafar.

LAGI SATU PEMBOHONGAN ANWAR

FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI AHLI PKR

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates