mari kita lihat situasi di Nibong Tebal.semalam Bekas Ketua DAP Teh Hock Yong telah membawa hadiah istimewa untuk Timbalan Setiausaha Agung parti itu,Chong Eng iaitu sebuah keranda kecil.apa kah tandanya sampai dia memberi kan Keranda Kecil sebagai hadiah semasa Konvensyen DAP negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) itu ??? adakah dia marah kepada Chong Eng ??? atau sebab lain ???
sebenar nya Hock Yong atau lebih dikenali sebagai Sakura Teh memberi hadiah Keranda Kecil itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin berkenaan yang menuduhnya sebagai penggerak utama untuk menjatuhkan kepimpinan DAP dalam pemilihan tersebut.itulah kisah nya,sebab itu dia mengamuk dan memberi Hadiah itu.
Dengan hanya berseluar pendek kelabu dan berbaju T lengan pendek putih,dia tiba di tingkat bawah Komtar kira-kira jam 1.30 petang sambil memikul keranda tersebut untuk dihantar kepada Chong Eng.Turut tertulis di keranda kayu itu kata-kata dalam bahasa Mandarin berbunyi 'Kepada YB Chong Eng,semoga anda terpilih tiap-tiap tahun' yang ditujukannya kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu.Ketika kejadian itu berlaku,konvensyen berkenaan sedang berhenti rehat tengah hari.
Hock Yong mulanya cuba naik ke lokasi konvensyen itu berlangsung untuk menyerahkan keranda berkenaan namun usahanya gagal apabila dia dihalang oleh pihak keselamatan DAP.Keadaan itu menyebabkan berlaku suasana panik dan kecoh di dalam dewan apabila ramai perwakilan yang sedang makan tengah hari ketika itu mahu turun ke tingkat bawah sebaik sahaja mengetahui insiden tersebut untuk melihat dengan lebih dekat.itu lah gelagat yang kita dapat saksikan oleh DAP sendiri.kalau terjadi lah kat parti lain agaknya semua ahli boleh muntah tu,mana tak nya,keranda tu untuk orang meninggal.agaknya dia nak Chong Eng tinggal kan parti DAP ataupun letak jawatan ataupun sebalik nya.jangan jadi kat parti lain sudah.jangan tiru aksi ini,buruk padah nya nanti...
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment