Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap,sebagai pengkhianat bangsa,kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.Perdana Menteri menjelaskan Felda sebenarnya merupakan sebuah institusi yang berjaya dan telah mengubah lanskap sosio-ekonomi negara selain mempunyai simpanan tunai yang banyak.
"Dua tiga hari lepas,saya bermesyuarat dengan pengurusan Felda, saya tengok akaun Felda. Kalau semua saham milik Felda yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini, kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh Felda peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion.Siapa kata Felda bankrap...mana ada? Pengurusan Felda kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan...(dan) selamat," katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010.
Bernama melaporkan Najib berkata pihak yang mendakwa Felda bankrap sebenarnya telah membuat pembohongan kedua terbesar selepas kononnya akan mengambilalih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada 16 Sept 2008.Sebab itu,Perdana Menteri berkata adalah wajib bagi rakyat termasuk warga Felda untuk mempertahankan kerajaan sedia ada di Putrajaya.Sambil menyifatkan golongan berkenaan tidak berhati perut kerana sanggup menghina dan mencemar imej Felda,Najib berkata pihak terbabit kini takut "menyerang" Felda kerana kebenaran telah terbukti bahawa apa yang mereka dakwa tidak betul.
"Sebab itu orang yang dakwa Felda bankrap hari ini dah ketaq (ketar) lutut.Kita dah menang dua kes (saman) di mahkamah dan empat lagi kes sedang tunggu.Kita berada di pihak yang benar. Hari ini mereka tidak berani berkokok lagi. Kita cabar,kalau mereka berkokok, kita saman," katanya.
Dalam pada itu,Najib berkata dengan peluang dan rancangan jangka panjang yang dilaksanakan Felda di 317 tanah rancangannya di seluruh negara, telah membawa banyak perubahan atau transformasi kepada komuniti Felda itu sendiri.Sebagai contoh, beliau berkata seramai 36 anak peneroka Felda yang diberi peluang untuk mendapat kelulusan dalam jurusan "License Aircraft Maintenance" (penyelenggaraan pesawat berlesen) akan menjadi kumpulan pertama,diiktiraf sebagai jurutera dalam bidang tersebut tahun depan.
Justeru, beliau berkata tiada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa komuniti Felda kini merupakan contoh masyarakat luar bandar yang berjaya di negara ini.Beliau juga berkata antara kejayaan paling berkesan oleh Felda di peringkat global ialah dalam membanteras masalah kemiskinan.
"Ini semua adalah bukti bahawa perjuangan kita merupakan perjuangan yang dapat membawa manfaat kepada komuniti Felda.Saya dimaklumkan dua juta rakyat mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung dengan kejayaan Felda.kejayaan dan perubahan itu bukan sahaja dinikmati masyarakat Felda tetapi komuniti di sekeliling tanah rancangan institusi berkenaan.Ini bererti bahawa kejayaan Felda bukan untuk komuniti Felda sahaja tetapi untuk seluruh negara.Sebab itu Felda perlu kita pertahankan daripada diserang oleh sesiapa yang berniat buruk dan tiada hati perut," katanya.
Beliau juga percaya dengan kejayaan yang dicapai oleh Felda,warga institusi itu boleh menjadi komuniti yang akan mencapai masyarakat berpendapatan tinggi lebih awal daripada rakyat lain di negara ini, iaitu sebelum 2020.Bagi menghargai peranan peneroka Felda, Najib mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta bagi melaksanakan lima program di tanah rancangan tersebut, yang masing-masing membabitkan peruntukan RM1 juta.Perdana Menteri berkata peruntukan itu melibatkan Program Memerangi Dadah dan Gejala Sosial; Program Pembangunan Belia,Kebudayaan dan Sukan; Program Komuniti Berpagar; Pengurusan Majlis Belia Felda Kebangsaan, Wilayah dan Rancangan serta Program Sahsiah Komuniti Belia.Beliau turut mengumumkan bahawa Felda bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM25 juta bagi pembinaan gelanggang futsal terbuka di tanah-tanah rancangannya.Najib berkata kos pembinaan gelanggang tersebut yang melibatkan RM100,000 sebuah, dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2012
ANDA DAH TAHU SIAPA YANG KATA FELDA BANKRAP ??? LAIN KALI JANGAN MEMANDAI KATA BUKAN-BUKAN LEPAS TU NAK SAMAN FELDA DAN MACAM-MACAM LAGI DI LEMPARKAN.SIAPA YANG DAPAT KEUNTUNGAN DARI HASIL SEMUA TU,RAKYAT JUGA.BUKAN KERAJAAN PUN.DAH MACAM-MACAM FELDA BAGI KEPADA RAKYAT.SAYA PUN DAH NAMPAK SENDIRI SEBAB KELUARGA SAYA PUN ORANG FELDA JUGA TERUTAMA ADIK IPAR DAN SAUDARA.MACAM-MACAM MEREKA CERITA KAT SAYA.SAYA TUNGGU JAWAPAN MEREKA YANG MENGATAKAN FELDA NI TAK BAGI HASIL KEPADA MEREKA NAMUN MELESET.SEBAB ITU SEMUA YANG TINGGAL DI KAWASAN FELDA TAK NAK PINDAH SEBAB HASIL NYA DAN KEUNTUNGAN YANG MEREKA DAPAT DARI FELDA SENDIRI.
PSST..DAH LAMA TAK DENGAR CERITA MAZLAN ALIMAN.APA DIA BUAT SEKARANG NI YEK ??? DENGAR CERITA DIA SELEWENG DUIT FELDA SAMPAI 210 JUTA,BETUL KER ???
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment