Social Icons

Pages

Showing posts with label FELDA.... Show all posts
Showing posts with label FELDA.... Show all posts

Wednesday, July 19, 2017

SIAPA #SYEDSADDIQ MAHU BERCAKAP PASAL #FELDA ??? - DATUK @RAZALIIBRAHIM !!!


“Saya tak pasti berapa banyak Felda dia dah pergi saya tak tahu kalau dia (Syed Saddiq) tahu apa sebenarnya pasal Felda,” kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Razali Ibrahim. 

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung penolakan warga Felda yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. - Suara TV


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #EKSPRESIFELDA 2017 BAKAL TONJOL KEJAYAAN PENEROKA - DATUK @RAZALIIBRAHIM !!!


Ekspresi Felda Negaraku Malaysia bersempena sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 bakal menonjolkan kejayaan peneroka.Timbalan Meneri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Razali Ibrahim berkata,sambutan itu menyenaraikan kira-kira 50 aktiviti menarik,bertujuan menunjukkan sumbangan dan kejayaan Felda kepada masyarakat umum. 

“Ekspresi Felda ini adalah untuk masyarakat Felda,seluruh perniagaannya dan juga anak syarikat yang berkaitan dengan perusahaan sawit dan getah bagi untuk menonjolkan kejayaan yang diraih dan dibina.Kita juga ketengahkan ikon daripada generasi anak Felda yang berjaya dalam pelbagai bidang pentadbiran dan perniagaan,sukan dan politik bagi membuktikan wujudnya Felda ini penuh dengan segala bentuk kejayaan dan kita tidak lupa dengan kejayaan yang dilakukan oleh warga Felda” katanya dalam temubual secara eksklusif bersama SuaraTV di pejabatnya hari ini. - SuaraTV


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KEJAYAAN ANAK-ANAK PENEROKA #FELDA DIPERTONTONKAN SEMPENA SAMBUTAN PENEROKA FELDA 2017 - DATUK @RAZALIIBRAHIM !!!


Kejayaan anak-anak peneroka Felda akan dipertonton dan dipersembahkan secara besar-besaran menerusi sambutan Hari Peneroka FELDA 2017 bermula 21 hingga 23 Julai ini di Putrajaya. Sambutan pada tahun ini merupakan sambutan terbesar yang akan menggabungkan pelbagai agensi dan kementerian. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim 

[Tonton BNC di Astro 502,HyppTV 410, MYTV 121 atau LIVE streaming di webtv.bernama.com]

KLIK 


UNTUK SELANJUTNYA

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EXCLUSIVE !!! GOOD NEWS AWAITS #FELDA SETTLERS - DATUK @RAZALIIBRAHIM !!!


Good news awaits the Felda community with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak expected to announce,among others,measures to be taken by the government to help reduce the financial burden of settlers at the 2017 FELDA Settlers’ Day celebration this Sunday.Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Razali Ibrahim said the government would continue with efforts to help ease their financial burden in appreciation of their contributions to the country’s development.

“It is done all the time for the good of the settlers,” he said in an interview with Bernama News Channel in conjunction with the FELDA Settlers’ Day celebration to be held in Putrajaya from this July 21 to 23.He hoped all quarters,especially the opposition,not to view negatively initiatives carried out by the government to help the settlers.Razali said Felda had disbursed RM3.8 billion since 2003 until this year in terms of incentive and bonus payments to settlers. The payments were for hari raya incentive,settlers’ productivity bonus, dividends obtained by Felda from its shares in Felda Global Ventures (FGV) and windfall payment of RM5,000 in each category for every household.On the 2017 FELDA Settlers’ Day celebration,Razali said the success and achievements of children of the Felda settlers would be displayed on a massive scale during the event. This year’s celebration will be the biggest so far,he said,adding that various activities would also be held, including sales carnival, exhibition and performance by artistes from Felda land schemes. -- Bernama

Friday, July 14, 2017

TU DIAAA !!! #DAP ADA NIAT TUTUP FELDA ??? CC @RAZALIIBRAHIM !!!


5 Mac 2017,Kit Siang ada kata dalam Malaysiakini bahawa DAP tidak akan tutup Felda jika menang di Putrajaya.Boleh percayakah apa yang DAP cakapkan ini ??? Kalau tidak ada angin,masakan tiba tiba pokok bergoyang dan bercakap hal mengenai hendak tutup Felda ??? Entah entah betul DAP hendak tutup Felda.Dalam kenyataan itu juga,Kit Siang berjanji mahu menjadikan Felda lebih baik daripada sekarang ini.Ini hanya janji dan harapan kosong Kit Siang sahaja.Peneroka Felda usah terpedaya dan termakan dengan umpan DAP ini.Parti sendiri yang ada 2,600 perwakilan pun,DAP tidak boleh jaga dan buat mesyuarat, ada hati hendak ganggu 112,635 orang peneroka Felda.Felda yang ada sekarang sudah berusia 61 tahun,jauh berkali ganda lebih baik berbanding penubuhan awalnya pada 1956 dahulu.Kini generasi ketiga Felda sedang merasai nikmat hasil kepayahan awal peneroka Felda generasi pertama dahulu.Dari Lurah Bilut,kini Felda sudah menjadi satu jenama besar di dunia. FGV semasa disenaraikan pada 2012 di Bursa Malaysia bermula dengan nilai tawaran awal RM2.19 billion dan berjaya mengumpul RM10.4 billion. 

Penyenaraian FGV pada 2012 ini merupakan penyenaraian saham yang terbesar di Asia dan kedua di dunia selepas Facebook pada 2012. Pembangkang bantah penubuhan FGV ini. DAP dan pembangkang memang selalu membantah apa sahaja usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap peneroka Felda. 14 Julai 2012, pembangkang anjur "Perhimpunan Oren untuk Selamatkan Felda", di luar masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta untuk membantah penyenaraian FGV.Ini usaha jahat yang dilakukan oleh pembangkang agar pelabur tidak berminat dengan saham FGV. Sama seperti apa Rafizi cuba lakukan baru baru ini, untuk mensabotaj penyenaraian Edra di bursa saham. Sejak disenaraikan di Bursa Malaysia sejak 2012, pendapatan FGV adalah seperti berikut :

2013 : RM 12.658 bilion 
2014: RM 15.26 bilion 
2015: RM 15.67 bilion 
2016: RM 17.3 bilion 

Semakin tahun semakin meningkat,ini bermakna tuduhan pembangkang bahawa FGV rugi adalah tidak benar.Bermula dengan RM10.4 billion pada 2012 menjadi RM17.3 billion pada 2017.Jika dengar cakap pembangkang, peneroka Felda mungkin tidak dapat menikmati hasil daripada penyenaraian tersebut.Apa jasa DAP dan pembangkang ??? Mereka hanya pandai menjaja cerita fitnah menerusi ceramah sahaja menjelang PRU14 ini. Muncullah trak Rafizi membawa seribu janji dan harapan palsu.Sedangkan Rafizi sendiri terlibat dengan kes mahkamah dan sudah lebih 10 kali kantoi membuat fitnah di negara ini. Rafizi ada hati hendak ganggu Felda. Belajarlah dulu dari kisah Mazlan dan Wan Azizah yang telah pun disaman oleh Felda.Pada 22 dan 29 Jun 2010,Suara Keadilan menyiarkan artikel fitnah bertajuk 'Felda Bankrap' dan artikel berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.Empat tahun lepas itu barulah bekas editor 'Suara Keadilan',memohon maaf kepada Felda berhubung penerbitan dua artikel itu.Namun saman tetap berjalan dan pada 13 Februari 2017,Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Azizah,Presiden PKR dan dua yang lain membayar ganti rugi berjumlah RM70,000 kepada Felda.Mazlan Aliman,AJK Parti PAN pula disaman kerana menerbitkan buku bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’. 

Pada 11 November 2016,Mahkamah Rayuan menolak permohonan Mazlan Aliman untuk mengenepikan arahan membayar ganti rugi RM350,000 kepada FELDA kerana memfitnah. Sampai sekarang Mazlan Aliman masih belum membayar saman fitnah RM350,000 itu.Sebelum Rafizi hendak bercakap hal Felda, sebelum DAP hendak menyibuk hal Felda, eloklah bayar hutang saman fitnah terlebih dahulu kepada Felda. DAP memang ada niat hendak memecah belahkan peneroka Felda. Oleh kerana itulah DAP menaja parti baru iaitu parti PAN dengan menjadikan Felda sebagai kawasan sasaran PAN. Malah parti tajaan DAP itu turut meniru warna Felda, sebagai warna parti mereka. Memang DAP ada niat untuk menawan 54 kerusi parlimen yang majoritinya adalah peneroka Felda. Mengapa DAP minat sangat pada Felda? Kerana aset dan nilai Felda yang banyak dan cukup tinggi. Lihatlah bagaimana semua tanah di Pulau Pinang habis digadai oleh DAP. Di atas bukit, habis dibotak. Di dalam laut, habis ditambak dan dikorek. Hampir semua tanah habis digadai dan dijual oleh DAP bila mereka memerintah Pulau Pinang. Felda kawasannya amat luas. Inilah yang membuatkan DAP minat dengan Felda. 

DAP sudah ada parti PAN untuk memujuk undi Melayu di Felda.Jangan biarkan dakyah DAP ini berjalan di tanah tanah peneroka.Ramai generasi Melayu yang pertama dahulu kenal sangat siapakah generasi pertama DAP ini.Generasi yang ketiga dan keempat beringatlah. Ambillah pengajaran, lihat kembali sejarah dan dengar maklumat yang sahih. Jangan biarkan semua tanah tanah peneroka Felda ditutup dan digadai oleh DAP.Jangan biarkan itu terjadi.Felda adalah wilayah BN,jangan sesekali biarkan pembangkang masuk dan menabur fitnah.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #FELDA : DARI LURAH BILUT KE PERSADA DUNIA !!! CC @RAZALIIBRAHIM


Melalui Ordinan Kemajuan Tanah 1956,FELDA ditubuhkan di tahun 1956,dengan penerokaan pertama di Rancangan Lurah Bilut,dimulakan pada tahun 1958.Mereka bermula dengan 28 orang sahaja selaku kumpulan peneroka pertama FELDA,sebelum berkembang selepas itu di Rancangan Taib Andak (sawit) Sistem Pengurusan FELDA pada tahun 1961.Idea hebat Tun Abdul Razak Hussein pada ketika itu amat jelas dan tidak goyah - dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. FELDA atau nama asalnya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan berfungsi untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian,perindustrian dan komersial sosial ekonomi. 

Pada tahun 1990,FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru.Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Dalam menyahut langkah cabaran dari pihak kerajaan agar berdiri sendiri, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan FELDA (Koperasi FELDA),FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation (FIC). Dengan iltizam dan kerja keras warga FELDA,setelah 10 tahun berdiri sendiri iaitu pada tahun 2000,segala pinjaman dari Bank Dunia dan Kerajaan Persekutuan telah berjaya dilangsaikan. 10 tahun selepas itu pula,pada tahun 2010,FELDA telah berjaya menjadi organisasi pekebun kecil yang pertama di dunia yang memperoleh Pensijilan Lestari Meja Bulat Kelapa Sawit (RSPO).Di tahun yang sama juga, FELDA telah mula menggorak langkah untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap Generasi Baharu yang bakal menjadi penyambung legasi kecemerlangan FELDA itu sendiri. 

Hasilnya,pada tahun 2011,lahirlah Kumpulan Pertama Generasi Baru FELDA untuk Perlesenan Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat (LAME).Suatu kejayaan baharu buat perjalanan hidup FELDA.Bagi memantapkan perjalanan organisasi dan membentuk sebuah mercu tanda kecemerlangan untuk kebanggaan semua, maka pada tahun 7 Julai 2012 terciptalah sejarah pembukaan rasmi bangunan baru 50 tingkat – Menara FELDA yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Ini bukan sahaja menjadi mercu kebanggaan buat para peneroka dan anak-anak mereka,malah ia juga sebagai sebuah lambang kestabilan untuk para pelabur serta peniaga yang berurusan dengan entiti korporat milik FELDA.

Sesungguhnya,bermula tahun 2013,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi memandang ke belakang. FELDA melalui proses globalisasinya yang tersendiri. Perancangan seperti Pembangunan Usahawan Global,Rangkaian Maklumat Agro Global, Transmigrasi Ekonomi Global dan Program Pembelajaran Transformasi telah dicakna dengan hebat. Kini produk Felda D'Saji sudah berada di Mekah dan Jeddah. Felda ada pasukan bolasepak dan stadium sendiri. Felda ada MRSM yang termoden dan terbesar di Felda Trolak bernilai RM123 juta.Bagi Najib,ketika fajar tahun 2020 menjelma, maka FELDA pada ketika itu harus sudah berada di suatu tahap berbeza iaitu FELDA di peringkat global. Oleh yang demikian, empat pengkhususan utama digerakkan iaitu Penempatan Global FELDA, Pusat Pembuatan Global FELDA,Rangkaian Maklumat Ekonomi Global dan Pinjaman Pendapatan Global Melalui Sukan.Semuanya ini bagi meletakkan FELDA ke suatu tahap lebih besar di peringkat global di tahun 2056. 

Sesungguhnya,cerita mengenai FELDA ini amat perlu diketahui bukan sahaja oleh peneroka Felda tetapi semua lapisan masyarakat di negara kita.Walaupun tidak terlibat langsung sebagai keluarga peneroka, namun cerita disebalik kewujudan dan kejayaan FELDA ini sebenarnya membuatkan kita semua berasa bangga.Bayangkan,hanya bermula dari hutan tebal Lurah Bilut,kini FELDA sudah mula meletakkan namanya itu ke persada antarabangsa.Mari bersama sama ke Putrajaya pada 21 hingga 23 Julai ini bagi menyaksikan sendiri kejayaan kejayaan membanggakan Felda ini. 

#EkspresiFeldaNegarakuMalaysia 
#HariPenerokaFelda2017

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SAKSIKAN VIDEO PENUH TEMUBUAL KHAS BERSAMA DATO' @RAZALIIBRAHIM PROGRAM #EKSPRESIFELDA !!!

jom kita saksikan video penuh sejarah FELDA dan bagaimana FELDA ditubuhkan serta Pengorbanan dan sumbangan peneroka kepada negara.jom kita pergi ke program ekspresi FELDA yang akan berlangsung pada 21-23 julai di putrajaya...


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, July 13, 2017

EXCLUSIVE !!! GOOD NEWS AWAITS #FELDA SETTLERS - DATUK @RAZALIIBRAHIM !!!


Good news awaits the Felda community with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak expected to announce,among others,measures to be taken by the government to help reduce the financial burden of settlers at the 2017 FELDA Settlers’ Day celebration this Sunday.Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Razali Ibrahim said the government would continue with efforts to help ease their financial burden in appreciation of their contributions to the country’s development.

“It is done all the time for the good of the settlers,” he said in an interview with Bernama News Channel in conjunction with the FELDA Settlers’ Day celebration to be held in Putrajaya from this July 21 to 23.He hoped all quarters,especially the opposition,not to view negatively initiatives carried out by the government to help the settlers.Razali said Felda had disbursed RM3.8 billion since 2003 until this year in terms of incentive and bonus payments to settlers. The payments were for hari raya incentive,settlers’ productivity bonus, dividends obtained by Felda from its shares in Felda Global Ventures (FGV) and windfall payment of RM5,000 in each category for every household.On the 2017 FELDA Settlers’ Day celebration,Razali said the success and achievements of children of the Felda settlers would be displayed on a massive scale during the event. This year’s celebration will be the biggest so far,he said,adding that various activities would also be held, including sales carnival, exhibition and performance by artistes from Felda land schemes. -- Bernama

Wednesday, July 05, 2017

EKSKLUSIF !!! FAKTA TENTANG #FELDA DIDEDAHKAN !!! - @RAZALIIBRAHIM !!!


Pada 21 hingga 23 Julai 2017 ini akan diadakan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya.Program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia akan turut diadakan sempena sambutan Hari Peneroka ini.Kira-kira 50 aktiviti menarik akan diadakan bertujuan menunjukkan sumbangan dan kejayaan Felda kepada masyarakat Malaysia."Ada banyak cerita-cerita positif Felda yang tidak dapat kita kongsi kerana kita terlalu sibuk dengan masalah lain.Kita tidak nafikan masalah itu wujud, tetapi pada masa yang sama kita juga tidak patut ketepikan pencapaian peneroka kita," kata Datuk Razali Ibrahim,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Felda terus menjadi `bahan' menarik untuk dijadikan isu oleh pembangkang,terutamanya PKR,PPBM dan PAN yang berangan angan mahu masuk mendapatkan undi orang Felda.Pembangkang hanya hasut,sebar cerita tidak betul dan buat tuduhan semata semata. Felda mendapat perhatian mereka meskipun banyak perkara yang dibangkitkan itu telah pun diselesaikan.Berikut merupakan 5 jawapan mengenai beberapa isu yang dibangkitkan melibatkan Felda yang perlu difahami oleh para peneroka. 

1 -  Pembangkang reka cerita kononnya kerajaan rampas ladang sawit.Tuduhan ini tidak benar.FGV adalah  salah sebuah konglomerat minyak sawit utama di Malaysia. FGV mengadakan program pembangunan tanah dan penempatan Felda. FGV juga adalah syarikat ketiga kelapa sawit terbesar di dunia, mengikut keluasan tanaman.Di Malaysia sahaja,FGV mengawal lebih 850,000 hektar tanah merangkumi 500,000 hektar dan secara kasar ia menyewa dan menguruskan 112,635 pekebun kecil Felda. Istilah merampas adalah ayat politik jahat pembangkang sahaja. Ladang-ladang berkenaan harus ditambahbaik menerusi FGV sekali gus menambahkan hasil peneroka.

2 -  Felda dituduh pembangkang telah menghentikan peruntukan pembangunan sosial kepada peneroka. Ia adalah satu dakwaan yang salah kerana program pembangunan sosial seperti sekolah,jalan raya dan kemudahan awam tetap diteruskan dengan matlamat untuk menjaga kebajikan peneroka.Tumpuan khas juga diberikan untuk membangunkan kebun-kebun peneroka kerana ia adalah sumber utama pendapatan bagi memperbaiki taraf hidup keluarga. Sejak 2005,kerajaan BN memberi Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka antara RM10,000 hingga RM40,000 dengan tempoh bayar balik 15 tahun dan kadar caj rendah. Pinjaman ini masih diteruskan dan tidak pernah dihentikan. Pembangkang hanya jaja cerita fitnah semata mata mendakwa kerajaan sekat peruntukan kepada orang orang Felda. 

3 - Rafizi selalu tuduh FGV rugi.Tuduhan itu tidak betul.FGV mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM220 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2016, meningkat 13 peratus berbanding RM195 juta pada suku sama 2015.Bagi keseluruhan tahun kewangan 2016,FGV mencatatkan keuntungan sebanyak RM266 juta. Pendapatannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 sebanyak RM17.28 bilion, meningkat 11 peratus berbanding tahun 2015. Di mana yang ruginya ??? 

4 - Pengumuman duit raya peneroka Felda baru-baru ini juga telah dimanupulasikan pembangkang. Hampir setiap tahun peneroka Felda mendapat duit raya dan pada tahun ini, pemberian insentif hari raya sebanyak RM500 membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM47.28 juta, diberikan kepada 94,555 peneroka Felda seluruh negara.   Ini menunjukkan bahawa Felda bukan bankrap seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. Bagi yang menyaman Felda, memanglah anda tidak dapat duit raya,kerana Felda terpaksa menanggung kos guaman untuk melawan balik tuntutan saman berkenaan.   
5 - Pembelian ladang Pt Eagle High Plantation di Indonesia juga dimanipulasi pembangkang.Pengerusi Felda,Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam satu temubual berkata,beliau melihat pembelian itu sebagai satu pelaburan."Pelaburan utamanya kita beli sebahagian yang besar,37 peratus dari segi saham dan bila saya tengok balik kepada ladang ini, pada pukul ratanya usia pokoknya telah mencecah usia tujuh tahun.Bila pokok sawit ini tujuh tahun,dia dah mula masuk kepada apa yang kita panggil sebagai matang tua.Jadi ada pulangannya dalam enam bulan yang pertama tahun ini. Enam bulan yang kedua tentunya kalau harga sawitnya baik,saya rasa pulangannya akan kita rasai juga dalam bentuk dividen,'' katanya. 

Jadi tiada istilah bahawa Felda telah bankrap,kerana istilah bankrap itu hanyalah serangan jahat pembangkang semata mata.Generasi ketiga Felda jangan cepat melatah dengan tuduhan yang dibuat pembangkang.Selidik betul betul setiap dakwaan, insyallah akhirnya akan menemui cerita yang sebenarnya. Malah Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberi jaminan selagi beliau memegang jawatan perdana menteri,maka beliau akan memastikan kemajuan Felda ditingkatkan dan kebajikan warganya tetap terjamin. Felda adalah produk ayah Datuk Seri Najib sendiri,Tun Abdul Razak antara tahun 1959 hingga 1970.Sejak dulu lagi kerajaan BN menjaga Felda.Dari rumah papan ke rumah batu.Dari tanah merah ke tanah yang subur.Pembangkang hanya datang pada musim pilihanraya sahaja. Lepas itu, hilanglah mereka bersama cerita dan dakwaan yang mereka jaja. Oleh itu, orang Felda jangan mudah terpedaya.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, July 23, 2013

HOT NEWS !!! PENEROKA #FELDA DAPAT BONUS RAYA !!! PESERTA #LADANGRAKYAT MULUT TERNGANGA !!! TERIMA KASIH PM @NAJIBRAZAK !!!


Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sempena menjelangnya hari raya Aidilitri 2013,seramai 112,396 peneroka FELDA di seluruh negara tetap akan menikmati duit raya masing-masing meski pun beberapa bulan kebelakangan ini harga sawit mengalami penurunan.Pengumuman menggembirakan warga peneroka itu dibuat ketika Perdana Menteri menghadiri Program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda Kebangsaan 2013 di Felda Gunung Besout 2,Tanjung Malim.Duit raya berjumlah RM32.3 juta itu akan diberikan kepada 112,396 orang peneroka di mana peneroka yang bersama FELDA bakal menerima RM300 seorang sementara peneroka yang tidak bersama FELDA pula mendapat duit raya sebanyak RM150 seorang.Dibandingkan tahun sebelumnya para peneroka FELDA memperolehi RM400 dan RM200 setiap orang membabitkan perbelanjaan RM43.2 juta merangkumi 112,635 peneroka manakala pada tahun 2011 pula perbelanjaan duit raya sejumlah RM42.6 juta duit raya telah dibahagikan. 

Dengan adanya pemberian ini yang mungkin tak seberapa bagi segelintir orang namun sedikit sebanyak dapat juga meringankan bebanan para peneroka dalam persiapan mereka untuk menyambut perayaan Aidilfitri kelak. Pemberian duit raya ini merupakan tradisi Kerajaan BN semenjak tahun 2003 lagi tanpa mengira harga sawit naik atau turun dan ia meliputi semua 317 rancangan FELDA di seluruh negara dan tempias nikmat duit raya ini juga turut dirasai para penyokong PAS dan PKR yang tak sedar diri.Dalam pada itu,tentunya ramai yang tertanya-tanya entah apa pula nasib para peserta Ladang Rakyat yang berjumlah lebih 4,000 orang di Selatan Kelantan tika ini. 

Agak-agaknya berpeluangkah mereka untk sama-sama menikmati duit raya sama seperti rakan mereka di FELDA??? Persoalan itu amat rumit sebenarnya kerana usahkan nak merasa duit raya,tanah yang para peserta Ladang Rakyat terokai pun sampai sekarang payah nak diperolehi hak miliknya.Tapak rumah yang dijanjikan pula sampai sekarang hanya segelintir yang dapat itu pun untuk golongan yang rapat dengan PAS.Jadi tiada gunanya kalau kita tanya pasal duit raya tatkala hak milik tanah yang lebih utama pun belum tentu mampu diperolehi dek kerana lemahnya pengurusan Ladang Rakyat yang dipelopori Kerajaan PAS Kelantan.Peserta Ladang Rakyat hanya mampu ternganga mulut sajalah jawabnya sedangkan di masa yang sama pemimpin DAP si Ngeh dan si Nga tersengih gembira memiliki tanah lebih 10,000 ekar hampir menyamai luas Putrajaya.Ladang Rakyat Ladang Air Mata Rakyat… 

Bo La Weii…

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, July 02, 2013

KANTOI !!! PAS SAKIT JIWA !!! FGV MEMBAYAR DIVIDEN KEPADA PENEROKA #FELDA !!!


KETIKA mula-mula Felda Global Ventures Holding (FGVH) ditubuhkan,PAS adalah yang paling ke depan membantah penubuhan syarikat tersebut atas alasan menggadai hak dan tanah peneroka Felda.Macam merekalah yang memperjuangkan peneroka sangat.Selari dengan bantahan tersebut,ditubuhkan NGO haram yang kononnya mewakili generasi kedua Felda,ANAK yang diterajui Mazlan Aliman untuk membantah penubuhan FGVH.Tidak ketinggalan,diseret beberapa orang peneroka untuk membawa kes ini ke Mahkamah sehingga berlaku kelewatan kepada penubuhan FGVH.Cabaran dan dugaan ini tidak perlu yang di dalangi PAS ini bagaimanapun berjaya ditangani kerajaan,sehingga diakhirnya,peneroka yang sama juga ’menjilat-jilat’ imbuhan khas yang diberikan kerajaan dan Felda hasil dari pembentukan FGVH ini.Mazlan Aliman sendiri gagal menyerlah dan tewas sebagai calon PAS bagi DUN Bukit Permai,Johor – kekalahan kali ke-4nya sejak mula bertanding sebagai calon PAS pada tahun 1999.

Sekarang,bila FGVH mengumumkan pemberian dividen kedua sebanyak RM 60.02 juta pada bulan Julai nanti,saya yakin PAS akan terus terkedu dan berdukacita. Mana tidaknya, syarikat yang mereka dakwa akan menggadaikan tanah peneroka,kini mula membayar dividen hasil keuntungan syarikat.Menurut kenyataan Pengerusi Felda,Tan Sri Isa Samad semalam, setiap dari 112,635 peneroka di seluruh negara akan menerima bayaran dividen sebanyak RM 550.

Untung, itulah kata kuncinya kerana syarikat yang rugi tidak mungkin mampu membayar dividen kepada pemegang saham. Jelas disitu PAS menipu dan membohong.Semua yang dia sebut mengenai FGVH sebelum ini hanyalah mitos politik parti berkenaan semata-mata. Malangnya masih ada juga sebahagian kecil peneroka termakan dengan dakyah ini disebalik segala macam penerangan yang telah diberikan kepada mereka.Islam yang didakwa PAS menjadi asas perjuangan parti tersebut tidak mungkin menyokong penipuan dan pembohongan seperti yang dilakukan PAS dalam isu FGVH ini.Malah,amat malanglah kepada sesiapa yang percaya kepada pembohongan tersebut (PAS parti berasaskan Islam).

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, May 22, 2013

HOT NEWS !!! KEJAYAAN TAWAN GUNUNG #EVEREST !!! BUKTI KEHEBATAN WARGA FELDA TERSERLAH !!! PUAK PR ???


Misi Everest-Felda 2013 yang melibatkan tujuh pendaki telah berjaya diselesaikan apabila 5 dari 7 pendaki tiba di puncak tertinggi iaitu 8,848 meter dari paras laut,pada jam 10.15 pagi,21hb Mei 2013.Pendakian ini sekali gus meletakkan satu rekod baru dalam sejarah pendakian gunung tertinggi itu oleh rakyat Malaysia kerana diketuai oleh seorang wanita Islam termuda iaitu Siti Hanisah Sharuddin yang berusia 23 tahun. Ekspedisi ini dianjurkan oleh Kelab Ekplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda serta mendapat tajaan dari Felda dan Felda Global Ventures Holding (FGVH).Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) sedang melaksanakan Projek Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai atau lebih dikenali sebagai 7 Summit's Expedition dalam usaha meletakkan nama Malaysia dalam peta pendakian dunia.Selain Gunung Everest,Program 7 Summit's Expedition ini melibatkan pendakian ke Gunung Everest, misi pendakian yang lain adalah Gunung McKinley (Benua Amerika Utara), Gunung Kilimanjaro (Benua Afrika), Gunung Elbrus (Benua Eropah),Gunung Aconcagua (Benua Amerika Selatan),Gunung Vinson Massif (Benua Antartika) dan Gunung Casztern Pyramid (Benua Oceanic). 

Misi kali ini lebih menarik kerana ia melibatkan anak-anak Felda secara langsung,di mana 4 dari mereka dibentuk untuk menjadi pendaki utama dengan objektif jangka panjang untuk melahirkan Everest Speaker & Motivator.Secara keseluruhannya,misi ini membuktikan kebolehan anak-anak Felda untuk menyahut cabaran serta merealisasikan impian.Walaupun Felda sering dirujuk sebagai kawasan yang ‘jauh ke dalam’ di mana warganya dikatakan mempunyai pergaulan dan pandangan yang terhad,tetapi itu tidak bermakna yang mereka tidak mampu untuk menguasai dunia.Segalanya mungkin dengan azam dan usaha.Mendaki puncak tertinggi seperti Everest memerlukan bukan sahaja kecerdasan fizikal tetapi mental dan yang lebih penting ialah keupayaan mengawal diri dalam menerima cabaran selain fokus dan tekad untuk menyelesaikan apa yang telah dirancang dan diusahakan.Bak kata orang yang bijaksana,yang penting bukan apa yang ada di puncak atau apa yang ada di sebalik gunung.Tetapi,pendakian itulah ganjarannya.Melalui satu ekspedisi yang begitu mencabar minda dan tenaga mampu menjadikan kita seorang manusia yang lebih baik.Ini kerana,ia mendedahkan kita bukan sahaja kepada ragam dan karenah orang di sekeliling kita yang turut tertekan dan tercabar oleh keadaan,tetapi juga kita akan belajar mengenali diri sendiri melalui cara kita mengendalikan situasi selain dapat menilai tahap kekuatan diri.Semua ini merupakan pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian selain menjadi pedoman di masa depan.Oleh itu,kejayaan anak-anak Felda menawan Everest bukanlah satu pencapaian yang bersifat sementara, sebaliknya ia merupakan ‘tanda aras’ mengenai kemampuan sebenar anak-anak Felda yang sewajarnya setanding dengan jenama ‘Felda’ itu sendiri iaitu sebuah organisasi gergasi bertaraf dunia.

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, February 08, 2013

HOT VIDEO !!! MAZLAN ALIMAN DI HALAU OLEH PENEROKA FELDA SUNGAI TENGI !!! WAJIB LIHAT !!!


Kejadian yang berlaku pada 4hb january 2013 di mana warga peneroka felda sungai tengi menolak kehadiran Mazlan aliman yang mana Mazlan aliman adalah seorang penipu yang hanya berkepetingan politik untuk meraih pada warga peneroka.jom lihat video di bawah

   




BERIKUT KENYATAAN MENGELIRUKAN RAKYAT YANG DI BUAT OLEH SINAR 

 'Baju hitam' cetus provokasi di Felda Sg Tengi,halang majlis Anak 

 WARTAWAN SINAR HARIAN 5 Februari 2013 

KUALA KUBU BHARU - Tindakan provokasi sekumpulan orang 'berbaju hitam' yang membaling kerusi dan botol air ke arah hadirin pada program Jamuan Rakyat dan Penerangan di Felda Sungai Tengi dekat di sini,malam tadi mencetuskan kekecohan.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Sungai Tengi,Selamat Rakio berkata,kekecohan tercetus apabila kumpulan terbabit cuba menghalang Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman daripada meneruskan ucapan sambil mendesak beliau segera balik. 

"Kumpulan berbaju hitam itu merempuh kubu keselamatan yang bertugas untuk program itu.Mereka bertindak ganas dengan melontar beberapa kerusi dan botol kepada pengunjung sambil menjerit mahukan Mazlan Aliman berhenti berucap.Beberapa petugas juga telah dipukul," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini, hari ini. 

Tiga laporan polis dibuat termasuk daripada Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor, Muhamad Idris Ahmad dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor,Mohd Nizam Mat Rahim Selamat berkata,situasi kecoh itu berlarutan lebih kurang 30 minit dan pihak penganjur terpaksa menghentikan program itu lebih awal bagi mengelak keadaan tidak diingini. Beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap pihak berkuasa kerana didakwa hanya memerhatikan situasi itu tanpa mengambil tindakan untuk menyuraikan keadaan sedangkan laporan polis pertama telah dibuat lebih awal kerana bimbang tercetus insiden buruk.Katanya, ketika menunggu kehadiran Mazlan, sekumpulan sukarelawan sebuah pertubuhan yang berbaju hitam dengan logo 1Malaysia telah bertindak menyekat jalan masuk ke Sungai Tengi. 

"Mereka menyekat setiap kenderaan mengugut untuk menterbalikkan kereta dan juga meminta bonet belakang kereta dibuka untuk diperiksa," katanya.Katanya, turut bersama dalam sekatan itu anggota polis dan Polis Bantuan Felda. Beliau berkata, hasrat penganjur hanyalah untuk mengadakan jamuan bersama rakyat dan penerangan,namun insiden provokasi itu telah mencetuskan keadaan tidak diingini. 

RENUNG-RENUNGKAN 

Wednesday, January 02, 2013

HOT VIDEO !!! DATUK AHMAD MASLAN MEMBANTAI ANAK KAW-KAW !!!


"Pembangkang ini adalah pemfitnah bersiri.Macam-macam mereka menuduh Felda. Kononnya Felda menjalankan perniagaan dengan Israel,syarikat Bangi Private Limt di Singapura yang bekerjsama dengan Felda adalah milik Israel.Mereka juga menuduh kononnya 400 juta unit atau 12 peratus saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dimiliki Genting Bhd. Macam-macamlah.Ini semua langsung tidak ada kebenaran.Sebab itu saya kata mereka ini pemfitnah bersiri. Tujuan mereka hanya satu iaitu mahu menguasai Felda," ujar Ketua Penerangan UMNO,Datuk Ahmad Maslan ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya,

"pembangkang mahu menguasai Felda kerana Felda mempunyai 54 Parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri (DUN).Untuk memenuhi hasrat ke Putrajaya maka salah satu caranya adalah dengan menghancurkan Felda. Sebab itulah mereka menabur pelbagai fitnah terhadap Felda. Malah mereka adakan konvoi Oren untuk masuk ke kawasan Felda untuk menyebarkan fitnah".Ujarnya Lagi

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH


 RENUNG-RENUNGKAN

Friday, July 20, 2012

BONGKAR !!! MB ARAH JUAL SAHAM FGVH !!! BUKTI KEDAH TAK PANDAI BERNIAGA !!!


Demi menjaga ‘air muka’ partinya,Dato’ Seri Azizan Razak membuat kenyataan merelakan PKNK melepaskan ‘tuah’ dan membiarkan negeri kerugian.Walaubagaimanapun,ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selama ini juga PAS sentiasa mendahulukan politik daripada rakyat,mahupun agama.Alasan Azizan bahawa pembelian saham tersebut adalah ‘masalah teknikal’ membuktikan cakap-cakap orang selama ini bahawa beliau sememangnya tidak tahu apa-apa.Kerana tidak mengambil tahu apa-apa termasuk apa yang berlaku di dalam organisasi di bawah kawalannya, negerinya malah partinya,membuatkan Azizan seringkali terhantuk baru tergadah.Mungkinkah Azizan tidak tahu bahawa beliau merupakan Pengerusi PKNK ??? Bagaimana seorang Pengerusi merangkap Menteri Besar boleh terlepas pandang akan pelaburan berjumlah RM2 juta lebih yang dilakukan oleh organisasi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menjana pembangunan sosio ekonomi negeri ??? Bagaimana satu keputusan yang baik ditafsir sebagai ‘masalah teknikal’ ???

Sebenarnya,‘masalah’ di sini bukan pembelian saham tersebut,tetapi Azizan itu sendiri.Azizan sendiri keliru atau mungkin terpinga-pinga apabila disoal mengenai perkara ini.Ini dapat dilihat dalam jawapan beliau yang menyatakan bahawa keputusan PKNK itu tidak bercanggah dengan Pakatan Haram,sedangkan isu besar di sini ialah ‘Pakatan Haram menentang keras penyenaraian Felda’.Justeru bagaimana beliau dapat menjelaskan ‘tiada pertentangan’ antara keputusan PKNK dengan Pakatan Haram ???

Malah Azizan juga seolah-olah memberi jawapan tidak yakin dan tidak tegas bila menyatakan yang beliau “menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan selanjutnya termasuk untuk menjual saham tersebut".Nampaknya Azizan tidak dapat atau tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan dan mengembalikan persoalan tersebut ke bahu PKNK.padahal,peneraju utama PKNK adalah beliau sendiri. Tidak mungkin PKNK tidak pernah mengadakan mesyuarat dengan Pengerusinya dan tidak mungkin Pengerusi tidak diberitahu mengenai pembelian saham yang menjadi kontroversi. Sebagai Pengerusi,Azizan sewajarnya duduk bersama Ketua Eksekutif PKNK sama-sama meneliti dan menganalisis saham FGVH sebelum membuat keputusan.

PKNK bukan satu-satunya organisasi yang dibawah tanggungjawab Azizan,tetapi PKNK adalah organisasi paling utama atau nadi bagi negeri Kedah.Justeru itu,tidak ada alasan bagi Azizan untuk terlepas pandang akan hal-hal yang melibatkan PKNK terutama yang membabitkan jumlah wang lebih RM2 juta.Kita sedia maklum bahawa kewangan negeri Kedah berada di tahap kronik dan jumlah RM2 juta adalah besar bagi negeri tersebut.Apalah nasib negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa.Sudahlah tiada satu pun projek yang mampu menjana pendapatan negeri yang dapat dilaksanakan dan kini untuk melabur atau berniaga juga mendapat halangan.

Sepatutnya,Azizan membuat keputusan yang terbaik untuk negeri dan rakyatnya,bukan partinya.Rakyat memilih beliau untuk menjaga kebajikan mereka dan juga mentadbir negeri, bukannya parti.Justeru,beliau wajar memikirkan semasak-masaknya kepentingan siapa yang perlu diutamakan.Dengan meletakkan kepentingan politik mendahului rakyat dan negeri, serta meletakkan tanggungjawab sendiri ke atas bahu orang lain,maka Azizan telah dengan sendirinya menunjukkan yang beliau tidak layak duduk di kerusi Pengerui PKNK mahupun kerusi Menteri Besar.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KETUA EKSEKUTIF PKNK BAKAL DI PECAT ???


Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim,Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan menghadapi bahaya dipecat kerana telah memalukan PAS dalam isu pembelian saham FGVH.Dato’ Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan yang PKNK membeli sejumlah 500,000 saham FGVH yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari pakatan haram.Tindakan beliau menjadi tamparan hebat kepada Dato’ Seri Azizan Razak,Menteri Besar Kedah kerana bertentangan dengan pendirian dan perjuangan pakatan haram.Mazlan Aliman,yang menjadi ‘juara’ isu ini di dalam PAS dikatakan amat berang dengan tindakan tersebut serta menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan PAS pusat.PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH.Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut,telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar,malah pelik,manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut.

Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil.Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya.Justeru itu,tindakan PKNK membeli sahan yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar.Untuk itu,seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya.Dato’ Seri Azizan Razak yang sentiasa kabur,keliru dan ‘kosong’,cuba memperbaiki keadaan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi ialah masalah teknikal semata-mata dan PKNK boleh saja menjual kembali saham tersebut.Jelas,beliau yang merupakan Pengerusi PKNK,telah mengambil sikap enggan bertanggungjawab,seperti biasa.Oleh yang demikian,kesalahan kini terletak seratus peratus di bahu Dato’ Abdul Rahman,Ketua Eksekutif PKNK.Sedangkan keputusan yang diambil oleh Dato’ Abdul Rahman pastinya bukan berupa keputusan peribadi,tetapi keputusan Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan PKNK.Tidak mungkin bagi beliau untuk bertindak melabur sejumlah lebih RM2 juta wang PKNK tanpa berunding dan tanpa kelulusan ahli-ahli lembaga pengarah.

Dato’ Abdul Rahman adalah ‘orang lama’ dalam PKNK dan beliau mendaki anak tangga ke atas dengan mengikut jalan yang lurus dan secara perlahan-lahan.Berlatarbelakang pendidikan di Santa Clara University,USA dan University Malaya,beliau adalah antara ‘beberapa kerat’ pegawai-pegawai kerajaan di Kedah yang berwibawa,berdedikasi dan berkelayakan.Dengan pengalaman kerja yang merangkumi bidang hartanah,pelaburan,pembangunan dan pengurusan di beberapa organisasi termasuk Bank Negara,Bina Darulaman,KTPC,KSDC Insurance dan berbagai-bagai lagi,beliau merupakan aset penting,bukan sahaja bagi PKNK tetapi juga negeri Kedah.Sudah tentulah dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki beliau,cadangan membeli saham FGVH merupakan cadangan yang telah difikir dan ditimbangnya masak-masak.Beliau pastinya melihat keuntungan dari pembelian itu.Malang sekali apabila beliau kini menghadapi tekanan agar menjual kembali saham tersebut.

Nampaknya,segala pengalaman dan ilmu Dato’ Abdul Rahman ini tidak diambilkira oleh PAS yang meletakkan politik mengatasi segala-galanya.Dato’ Abdul Rahman kemungkinan besar akan dijadikan kambing hitam dalam isu ini bagi menyelamatkan maruah Azizan dan meredakan kemarahan PAS.Jika ini berlaku,maka PKNK akan mengalami dua kali kerugian iaitu kerana menjual kembali saham FGVH dan juga kerana kehilangan kepimpinan Dato’ Abdul Rahman.Namun,semua ini tidak menjadi masalah bagi PAS,asalkan mereka mempunyai isu atau bahan untuk berceramah dan berkempen dalam pilihanraya nanti.Jika tindakan mereka merugikan rakyat,negeri atau negara,ia bukanlah masalah bagi mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, July 19, 2012

KANTOI !!! PAS MALU BESAR !!! PENEROKA TIDAK SOKONG HIMPUNAN OREN !!! WAJIB BACA !!!


Pemimpin PAS terkedu dan menerima tamparan hebat apabila warga Felda menolak untuk menyertai Himpunan Oren anjuran PAS Sabtu lalu.Selama hampir sebulan,media rasmi PAS,Harakah mewar-warkan penganjuran demonstrasi tersebut sebagai tindakan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan mensasarkan penyertaan lebih 20,000 golongan peneroka.Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang di kendong berciciran kerana bukan sahaja tidak ada warga Felda yang menyertai Himpunan Oren tersebut,malah ahli PAS yang dikerah dari seluruh pelusuk negara pun tidak lebih daripada 2,000 orang.Sebenarnya sekalung ucapan tahniah dan pujian harus diberikan kepada peneroka diseluruh negara kerana bijak membezakan antara kenyataan kemajuan jelas yang telah diusahakan di bawah kerajaan Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan dan janji palsu pihak PAS dan Pakatan Haram.

PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa penyenaraian FGVH merupakan tawaran awam awal kedua terbesar didunia selepas pengapungan Facebook Inc.Bak kata Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,penyenaraian FGVH adalah saru rahmat besar bagi 112,635 peneroka di seluruh negara.Sejak diasaskan oleh Ayahanda Perdana Menteri,Almarhum Tun Abdul Razak Hussien 56 tahun lalu,Felda telah berkembang pesat dan berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu di negara sendiri.Daripada menjadi bangsa yang miskin dan tidak memiliki tanah dan aset,kini orang Melayu boleh berbangga dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.Tidak lagi Melayu dilihat oleh kaum Cina dan India sebagai kaum bangsat yang merempat di tanah air mereka sendiri.Tindakan Perdana Menteri menyenaraikan FGVH adalah langkah bijak serta menjadi satu lagi tanda aras kejayaan atau 'milestone' dalam sejarah panjang Felda.

Setelah penat lelah serta membanting tulang empat kerat mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kini peneroka biberi peluang pula memiliki pegangan saham dalam salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia.Masa depan yang cerah bagi sektor perladangan dengan unjuran permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit bermakna saham peneroka di dalam FGVH akan mempunyai nilai yang lebih tinggi.Bagaimanapun semua kejayaan Felda yang dikecapi oleh golongan peneroka (termasuk juga ramai ahli PAS ) tidak bermakna bagi PAS kerana parti itu hanya melihat kepentingan politik sempat parti itu dan bukannya kepentingan bangsa Melayu.PAS juga malu apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Kedah,yang dipimpin oleh Pakatan Haram bertindak membeli 500,000 unit saham FGVH.

Malah Naib Presiden PAS,Mahfuz Omar berkata keputusan PKNK mungkin berdasarkan faktor keuntungan dan bukan pegangan politik.Apabila dilihat memberi keuntungan,pemimpin PAS dengan segera boleh mengeluarkan fatwa menghalalkan sesuatu yang sebelumnya haram baginya.Himpunan Oren yang gagal itu juga memperlihatkan sikap bermuka-muka parti rasis DAP yang menepuk dada sebagai pejuang bangsa Melayu.Jika benar dakwaan PAS penyenaraian FGVH merugikan orang Melayu, mengapa satu batang hidung pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng tidak kelihatan pada himpunan tersebut ??? PAS sanggup bersekongkol dengan parti anti-Melayu itu demi kepentingan politiknya tetapi dalam banyak hal DAP sebenarnya tidak menyokong PAS,termasuklah Himpunan Oren yang dianjurkan.PAS menghasut warga peneroka Felda untuk menentang kerajaan kononnya atas kepentingan Melayu tetapi mereka lupa melihat diri dalam cermin sebelum menuding jari mencari kesalahan pihak lain.

Mungkin pemimpin PAS seperti Abdul Hadi,Nik Aziz dan Mat Sabu boleh jelaskan ke mana perginya dana RM50 juta hasil pelaburan 20,000 anggota parti di dalam Koperasi Al-Hilal milik parti itu ??? Ke mana lesapnya wang ahli PAS yang sebegitu banyak ??? Alasan yang diberi ialah kegagalan pelaburan atau ini hanyalah sandiwara pak lebai untuk menutup skandal pemimpin PAS yang menyonglap wang tersebut ??? Bak kata pepatah,PAS ibarat ayam yang berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan tahi.mengata orang itu dan ini,tidak betul,tidak Islamik tetapi diri sendiri penuh dengan kecacatan dan keburukan yang tidak mampu diselindungi lagi.

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, July 18, 2012

HOT NEWS !!! SAHAM FGVH !!! MB KEDAH MEMALUKAN PAS !!! WAJIB BACA !!!


sah dan benar apa yang saya katakan sebelum ini dalam entri saya,bahawa Pakatan Haram tidak sepakat.Bukan sahaja tidak sepakat sesama parti sekutu tetapi juga di dalam parti sendiri.PKR sudah lama diketahui mempunyai masalah dalaman antara kumpulan penyokong Azmin dengan penyokong Khalid Ibrahim Dan PAS pula antara Anwarinas dengan pro-Ulama.Tetapi,akhir-akhir ini semakin terserlah satu lagi kumpulan atau individu di dalam PAS yang tidak pro sesiapa,tidak terlibat dengan apa-apa perancangan,aspirasi atau strategi parti tetapi hanya mengikut kepala sendiri,iaitu Ustaz Azizan Razak,Menteri Besar Kedah.Sebelum ini,Ustaz Azizan telah mencipta masalah kepada PAS dan PR dalam isu-isu agama dengan ‘menyinggung’ perasaan DAP,serta isu pentadbiran negeri sehingga beberapa EXCO bertindak biadap dengan menolak kepimpinannya secara terang-terangan.

Akibatnya,beliau diletakkan di bawah ‘seliaan’ Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan beliau tidak ‘memandu’ Kedah ke arah yang berlainan dari destinasi yang ditetapkan oleh Pakatan Haram.Di kalangan rakyat pula,Ustaz Azizan dilihat sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa.Tiada satu projek pun yang dapat dijayakan di bawah pemerintahannya.Malah segala masalah dalam negeri seperti balak yang sudah sampai di tahap kronik,perobohan madrasah,krisis dalaman KUIN dan pembaziran yang berleluasa di Kulim Hi-Tech Park diketepikan saja oleh Ustaz Azizan sebagai ‘serangan tidak berasas UMNO’ terhadapnya.

Masalah-masalah lain seperti isu air dan sampah pula ditepisnya sebagai berpunca dari kerajaan terdahulu.Pendek kata,mudah sungguh menjadi Menteri Besar di negeri Kedah di mana semua masalah akan diabaikan saja dengan kenyataan, “tiada masalah” atau “semua sudah selesai”.anda nak tahu Kenapa terjadi begini ??? ini kerana Ustaz Azizan tidak mengambil pusing terhadap apa yang dilaporkan di media sama ada media pro-kerajaan mahupun pakatan haram.Beliau juga buta IT selain angkuh dan enggan mendengar kata atau nasihat orang. Beliau ‘menguruskan’ negeri serta ‘menyiasat’ sebarang masalah dengan cara mendengar laporan dari orang-orang kelilingnya sahaja. Jika orang yang melapor itu menipu, maka penipuan itulah yang akan dipercayainya.Justeru itu,tidak mustahil Ustaz Azizan sebenarnya tidak tahu menahu mengenai pendirian PAS yang menentang penyenaraian Felda selama ini.Malah,beliau juga mungkin tidak tahu menahu mengenai ‘seruan rasmi’ kerahan kepada ahli-ahli PAS agar meramaikan Himpunan Oren.

Oleh itu,apabila Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK),Datuk Abdul Rahman Ibrahim menyuarakan hasrat untuk melabur sejumlah RM2,275,000 atau 500,000 unit ke dalam saham Felda,Ustaz Azizan langsung mengiakannya kerana baginya ia pastilah sesuatu yang baik Apatah lagi apabila dijelaskan yang PKNK mampu mendapat keuntungan pantas sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit berbanding harga belian RM4.55 seunit.Akibat dari sikap tidak ambil tahu Ustaz Azizan ini,PKNK telah membuat untung,tetapi PAS telah rugi dari segi modal politik.Ustaz Azizan telah secara ‘tidak sengaja’ memalukan PAS dan membuktikan kepada penyokong dan ahli PAS bahawa pendirian parti PAS adalah salah,sekali gus keputusan kerajaan untuk menyenaraikan Felda adalah bijak.Beberapa pemimpin PAS telah pun menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan Ustaz Azizan.Tetapi kita percaya,selagi tiada media yang bertanyakan perkara tersebut kepadanya,Ustaz Azizan tidak akan tahu apa-apa Dan apabila beliau tersedar kesilapannya,beliau hanya akan berlagak selamba sahaja.

Kini,yang pastinya PKNK telah pun berbuat keuntungan dari penyeneraian itu dan apapun alasan Ustaz Azizan kerana bertindak bertentangan dengan pendirian parti,tidak akan mengubah hakikat ini iaitu bahawa penyenaraian FGVH membawa banyak kebaikan dan keuntungan kepada banyak pihak, termasuk negeri yang ditadbir oleh PAS.Justeru,penentangan PAS terhadap penyenaraian FGVH adalah tidak berasas dan berupa cerminan sikap hasad dengki semata-mata.

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, July 17, 2012

EKSKLUSIF !!! SAH !!! HIMPUNAN OREN MEMBUKTIKAN BAHAWA PAKATAN HARAM MENIPU PENEROKA !!! WAJIB BACA !!!


Himpunan Oren yang diadakan pada 14 Julai lalu bolehlah dianggap sebagai titik noktah perjuangan Persatuan Anak-anak Peneroka (ANAK).Dengan kehadiran hanya 10% dari jumlah sasaran 20,000 menunjukkan yang sokongan terhadap ANAK benar-benar di tahap kronik.Penganut-penganut PAS sendiri menyambut dingin Himpunan tersebut walaupun telah menerima arahan rasmi dari PAS Pusat untuk turun meramaikannya.Ini bermakna dalam 2,000 orang yang hadir,mungkin separuhnya adalah orang-orang PAS tegar yang sekadar ingin meramaikan majlis dan bukannya anak-anak peneroka.nampaknya,terbuktilah bahawa perjuangan ANAK adalah perjuangan syok sendiri Mazlan Aliman dan tidak langsung mewakili suara dan pendapat peneroka secara keseluruhan.Dengan ini,saranan saya blogger dari pro kerajaan yang sentiasa membongkar apa yang berlaku,sekiranya anda dari pakatan tolong beritahu ANAK,adalah wajar bagi ANAK untuk menghentikan serta merta segala usaha sia-sia, membuang masa lagi memalukan diri sendiri.Terimalah hakikat bahawa peneroka rata-ratanya menyokong dan menaruh sepenuh keyakinan kepada Felda untuk menjaga kebajikan mereka dan juga sepenuh kepercayaan kepada kerajaan untuk tidak akan sekali-kali menganiayai mereka.

Selama ini,Felda tidak pernah menipu peneroka,malah memberi segala kemudahan dan bantuan bagi menaikkan taraf hidup mereka.Adalah tidak masuk akal bagi Felda untuk mengambil tindakan yang memberi kesan sebaliknya kepada peneroka setelah bersusah payah dan bertungkus lumus menguruskan pendapatan peneroka dan memastikan matlamat meningkatkan taraf hidup mereka berjaya.Oleh itu apa yang saya boleh katakan, tindakan ANAK cuba menghasut peneroka agar meragui Felda dan kerajaan tentulah sukar untuk diterima akal.Apatah lagi setelah ANAK dilihat sebagai agen PAS yang tujuan utamanya hanyalah untuk ‘mengenakan’ kerajaan dan bukannya berminat sangat untuk membantu peneroka. Mungkin kerana menyedari hakikat Himpunan Oren itu hanyalah ‘gimmick’ politik PAS untuk mencari publisiti dan mengaburi mata rakyat,akhirnya peneroka telah bertindak menolaknya mentah-mentah.

saya akan ulang semula apa FGVH.penyenaraian FGVH sebenarnya tidak langsung membawa apa-apa risiko kepada mereka dari segi kehilangan pemilikan tanah atau pengeluaran wang untuk membeli saham.Tidak seperti orang lain yang ingin terlibat dalam pelaburan saham yang perlu mengeluarkan modal dan mengambil risiko kerugian modal tersebut,peneroka Felda menerima saham secara percuma dan segala urusan pelaburan dilakukan oleh pihak yang pakar.Tiada risiko kehilangan pemilikan tanah dan modal juga bukan dari wang sendiri.saham FGVH pula adalah berisiko rendah memandangkan 75% dimiliki oleh institusi dan bukannya peruncitan.Institusi yang terlibat pula,selain Felda,adalah Tabung Haji,KWSP dan PNB yang mana diketahui sebagai kukuh dan tetap.saya tahu semua ini kerana saya pun anak peeroka dan kepada puak Pakatan tolong jangan menipu lagi rakyat.anda ingat semua peneroka tak tahu guna internet ker macam dulu ??? anda silap bro.keluarga saya kebanyakan dari peneroka dan ada juga yang dapat untung. apa yang saya boleh beritahu kepada anda wahai peneroka,anda perlu bijak dan berfikir panjang sebelum termakan hasutan pihak-pihak yang sanggup melakukan apa saja termasuk membiarkan peneroka ‘gigit-kuku’ menyesal dan kerugian,semata-mata kerana ingin memburuk dan menjatuhkan kerajaan.

Lebih elok jika peneroka mula mengambil tahu tentang selok belok pasaran saham untuk melindungi diri agar tidak mudah tertipu dan termakan hasutan sehingga menyebabkan kerugian atau penyesalan di kemudian hari.Lihatlah penyenaraian ini sebagai peluang terbaik untuk meningkatkan bukan sahaja taraf hidup, tetapi juga pengetahuan mengenai dunia saham, dunia korporat dan perniagaan di peringkat global.Sudah sampai masanya peneroka melihat keluar,menjelajah di luar perimeter Felda dan menyertai dunia yang serba canggih dan pantas di luar sana.

RENUNG-RENUNGKAN

HIMPUNAN OREN !!! PAS MENIPU PENEROKA UNTUK RAMPAS SEMUA SAHAM ??? WAJIB BACA !!!


Tidak cukup dengan mengerahkan penganut-penganutnya untuk membuat kerja sia-sia menyertai Himpunan Oren,PAS juga melakukannya dengan menipu peneroka hidup-hidup.Mana tak nya,dalam berarak,berdemo dan berniaga menjual baju oren,hijau dan sebagainya konon memohon agar saham FGV digantung,tetapi puak-puak PAS sendiri kelam kabut menyambar saham FGV.Ini terbukti apabila kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS telah mengesahkan pemilikan 500,000 saham FGVH yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera.Ini disahkan sendiri oleh Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK),Datuk Abdul Rahman Ibrahim.PKNK pada awalnya memohon 1 juta unit tetapi MITI hanya meluluskan separuh sahaja.PKNK telah melanggan saham tersebut dengan harga RM4.55 seunit dan melabur sejumlah RM 2,275,000.Malah,PKNK juga telah mendapat keuntungan kasar sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit.saya boleh terima alasan PKNK bahawa pemilikan saham tersebut tidak ada kena mengena dengan politik kerana PKNK pastinya melihat kepada keuntungan.Dalam ertikata lain,penyenaraian itu membawa kebaikan iaitu keuntungan kepada banyak pihak.

Tetapi,saya rasa hairan dengan pendirian PKNK ini kerana PKNK adalah sebuah organisasi di bawah pengurusan kerajaan PAS dan pastinya wajib bertindak selaras dengan aspirasi dan perjuangan PAS.Dengan mengambil pendirian berbeza,saya tertanya-tanya,apakah ini menunjukkan kerajaan PAS Kedah tidak bersetuju dengan PAS Pusat sekali lagi ??? Selama ini,kepimpinan Ustaz Azizan,Menteri Besar Kedah sering dikritik sebagai ‘berlainan arah’ dengan PAS Pusat sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa Pemandu untuk ‘memandu’ Ustaz Azizan.Kali ini,susah-susah PAS mengerahkan ahli agar menyertai Himpunan Oren tetapi Ustaz Azizan pula membiarkan PKNK bertindak sebaliknya dengan membeli saham yang ditentang oleh Himpunan Oren.Apakah ini masalah pendirian yang berbeza antara PAS Pusat dengan PAS Kedah ataupun apakah ini bukti bahawa PAS secara keseluruhannya menerima baik penyenaraian FGVH dan Himpunan Oren hanyalah 'gimmick' politik murahan ??? Mungkinkah ada dari kalangan para pemimpin PAS yang sengaja ingin menipu peneroka agar melepaskan pemilikan saham mereka sementara pemimpin PAS sendiri berebut-rebut membelinya ???

saya percaya,PAS sedia maklum bahawa penyenaraian itu adalah satu keputusan yang tepat dan PAS juga tahu bahawa Himpunan Oren tidak akan membawa apa-apa perubahan iaitu penyenaraian tidak boleh ditarik balik dan saham tidak boleh digantung.Oleh itu,tindakan PKNK membeli saham FGVH adalah tindakan yang pastinya direstui oleh PAS Pusat walaupun tidak secara nyata.Nampaknya,para peserta Himpunan Oren telah benar-benar terpedaya oleh permainan politik PAS.Nasib baik himpunan tersebut tidak bertukar ganas sepertimana BERSIH 3.0 jika tidak mereka mungkin tercedera atau kehilangan nyawa kerana sesuatu yang sia-sia.PAS hanya berjaya menipu segelintir peneroka dan penganutnya sahaja iaitu dalam jumlah tidak sampai 5,000 orang pun berbanding sasaran 20,000 orang untuk menyertai himpunan tersebut.

Mungkin ramai dari penganut PAS sendiri sudah dapat membaca kelicikan pemimpin-pemimpin mereka dan tidak sanggup lagi membodohkan diri berpanas dan mungkin berhujan, berarak membawa memorandum yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Kerana itu, penganut-penganut PAS hanya menyambut dingin arahan kerahan rasmi bertulis untuk menyertai himpunan tersebut.Entah bila parti PAS ini akan berhenti menipu rakyat dan mula bekerja.Pilihanraya semakin hampir,tetapi PAS masih tidak serik menggunakan strategi politik jahat lagi murahan yang akhirnya memakan diri sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates