Social Icons

Pages

Wednesday, July 05, 2017

EKSKLUSIF !!! FAKTA TENTANG #FELDA DIDEDAHKAN !!! - @RAZALIIBRAHIM !!!


Pada 21 hingga 23 Julai 2017 ini akan diadakan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya.Program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia akan turut diadakan sempena sambutan Hari Peneroka ini.Kira-kira 50 aktiviti menarik akan diadakan bertujuan menunjukkan sumbangan dan kejayaan Felda kepada masyarakat Malaysia."Ada banyak cerita-cerita positif Felda yang tidak dapat kita kongsi kerana kita terlalu sibuk dengan masalah lain.Kita tidak nafikan masalah itu wujud, tetapi pada masa yang sama kita juga tidak patut ketepikan pencapaian peneroka kita," kata Datuk Razali Ibrahim,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Felda terus menjadi `bahan' menarik untuk dijadikan isu oleh pembangkang,terutamanya PKR,PPBM dan PAN yang berangan angan mahu masuk mendapatkan undi orang Felda.Pembangkang hanya hasut,sebar cerita tidak betul dan buat tuduhan semata semata. Felda mendapat perhatian mereka meskipun banyak perkara yang dibangkitkan itu telah pun diselesaikan.Berikut merupakan 5 jawapan mengenai beberapa isu yang dibangkitkan melibatkan Felda yang perlu difahami oleh para peneroka. 

1 -  Pembangkang reka cerita kononnya kerajaan rampas ladang sawit.Tuduhan ini tidak benar.FGV adalah  salah sebuah konglomerat minyak sawit utama di Malaysia. FGV mengadakan program pembangunan tanah dan penempatan Felda. FGV juga adalah syarikat ketiga kelapa sawit terbesar di dunia, mengikut keluasan tanaman.Di Malaysia sahaja,FGV mengawal lebih 850,000 hektar tanah merangkumi 500,000 hektar dan secara kasar ia menyewa dan menguruskan 112,635 pekebun kecil Felda. Istilah merampas adalah ayat politik jahat pembangkang sahaja. Ladang-ladang berkenaan harus ditambahbaik menerusi FGV sekali gus menambahkan hasil peneroka.

2 -  Felda dituduh pembangkang telah menghentikan peruntukan pembangunan sosial kepada peneroka. Ia adalah satu dakwaan yang salah kerana program pembangunan sosial seperti sekolah,jalan raya dan kemudahan awam tetap diteruskan dengan matlamat untuk menjaga kebajikan peneroka.Tumpuan khas juga diberikan untuk membangunkan kebun-kebun peneroka kerana ia adalah sumber utama pendapatan bagi memperbaiki taraf hidup keluarga. Sejak 2005,kerajaan BN memberi Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka antara RM10,000 hingga RM40,000 dengan tempoh bayar balik 15 tahun dan kadar caj rendah. Pinjaman ini masih diteruskan dan tidak pernah dihentikan. Pembangkang hanya jaja cerita fitnah semata mata mendakwa kerajaan sekat peruntukan kepada orang orang Felda. 

3 - Rafizi selalu tuduh FGV rugi.Tuduhan itu tidak betul.FGV mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM220 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2016, meningkat 13 peratus berbanding RM195 juta pada suku sama 2015.Bagi keseluruhan tahun kewangan 2016,FGV mencatatkan keuntungan sebanyak RM266 juta. Pendapatannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 sebanyak RM17.28 bilion, meningkat 11 peratus berbanding tahun 2015. Di mana yang ruginya ??? 

4 - Pengumuman duit raya peneroka Felda baru-baru ini juga telah dimanupulasikan pembangkang. Hampir setiap tahun peneroka Felda mendapat duit raya dan pada tahun ini, pemberian insentif hari raya sebanyak RM500 membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM47.28 juta, diberikan kepada 94,555 peneroka Felda seluruh negara.   Ini menunjukkan bahawa Felda bukan bankrap seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. Bagi yang menyaman Felda, memanglah anda tidak dapat duit raya,kerana Felda terpaksa menanggung kos guaman untuk melawan balik tuntutan saman berkenaan.   
5 - Pembelian ladang Pt Eagle High Plantation di Indonesia juga dimanipulasi pembangkang.Pengerusi Felda,Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam satu temubual berkata,beliau melihat pembelian itu sebagai satu pelaburan."Pelaburan utamanya kita beli sebahagian yang besar,37 peratus dari segi saham dan bila saya tengok balik kepada ladang ini, pada pukul ratanya usia pokoknya telah mencecah usia tujuh tahun.Bila pokok sawit ini tujuh tahun,dia dah mula masuk kepada apa yang kita panggil sebagai matang tua.Jadi ada pulangannya dalam enam bulan yang pertama tahun ini. Enam bulan yang kedua tentunya kalau harga sawitnya baik,saya rasa pulangannya akan kita rasai juga dalam bentuk dividen,'' katanya. 

Jadi tiada istilah bahawa Felda telah bankrap,kerana istilah bankrap itu hanyalah serangan jahat pembangkang semata mata.Generasi ketiga Felda jangan cepat melatah dengan tuduhan yang dibuat pembangkang.Selidik betul betul setiap dakwaan, insyallah akhirnya akan menemui cerita yang sebenarnya. Malah Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberi jaminan selagi beliau memegang jawatan perdana menteri,maka beliau akan memastikan kemajuan Felda ditingkatkan dan kebajikan warganya tetap terjamin. Felda adalah produk ayah Datuk Seri Najib sendiri,Tun Abdul Razak antara tahun 1959 hingga 1970.Sejak dulu lagi kerajaan BN menjaga Felda.Dari rumah papan ke rumah batu.Dari tanah merah ke tanah yang subur.Pembangkang hanya datang pada musim pilihanraya sahaja. Lepas itu, hilanglah mereka bersama cerita dan dakwaan yang mereka jaja. Oleh itu, orang Felda jangan mudah terpedaya.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates