Social Icons

Pages

Tuesday, December 21, 2010

GEMPAR !!! PEMUDA BN MENGEGARKAN JOHOR !!!


semalam adalah hari ke empat siri Jelajah One Malaysia(JOM) telah berlangsung johor.

Konvoi Jelajah One Malaysia (JOM) meneruskan misi khidmat masyarakat Johor di Simpang Renggam.Pertemuan bersama masyakarat di kawasan tersebut mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya.

Ketua Pergerakan Pemuda BN Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin di dalam ucapannya berkata, Pemuda BN akan sentiasa mendekati golongan belia dengan melaksanakan program-program seperti sukan bola sepak dan sukan bermotor yang menjadi minat golongan muda ini.

Beliau juga menangkis dakwaan yang mengatakan Pemuda BN terlalu mengamalkan protokol sehingga sukar didekati. Beliau mendakwa. program JOM ini telahpun membuktikan bahawa Pemuda BN tidak mengamalkan protokol seperti yang didakwa sesetemgah pihak terutamanya Pembangkang.

YB. Khairy juga mengambil contoh pendekatan yang diamalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 2 hari yang lalu bersama rakyat tanpa sebarang protokol menonton Piala Malaysia di Bukit Bintang bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB. Datuk Razali Ibrahim di Bukit Bintang. Dan inilah konsep 1Malaysia yang diamalkan pemimpin BN.

Program Jelajah JOM telah turun padang dan bergaul dengan kesemua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan. Ini antara misi utama program ini dilaksanakan. Ucapan YB. Khairy itu mendapat tepukan gemuruh dari masyarakat yang hadir.

Di kesempatan tersebut, Pemuda BN telah menyerahkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Beberapa individu di kawasan tersebut dikatakan telah uzur dan ada juga memerlukan peruntukan besar untuk memperbaiki rumah yang sudah usang.

Selepas selepas Majlis JOM, beliau bersama dengan belia-belia di Simpang Renggam telah menyertai perlawanan Bola Sepak bersama belia-belia di kawasan tersebut di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Dato' Abdullah Majid.

SUMBER GELOMBANG RAKYAT

POST BY WAYNE...

1 comment:

Anonymous said...

Sudah menjadi lumrah siber apabila semua yang dibuat atas nama politik akan dianggap sebagai tidak ikhlas dsbnya, malah kalau tujuannya untuk mengangkat agama menerusi saluran politik akan juga dianggap sebagai menjual, menggadai, melacurkan agama dsbnya.

Batu Api

 
 
Blogger Templates