Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh itu berkata,iltizam politik Umno memfitnahnya mungkin disebabkan tapak sokongan parti teras Barisan Nasional itu sejak kebelakangan ini kian rapuh apabila ahli dan penyokong mereka menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat.
“Banyak sebab mungkin mendesak mereka mahu menjatuhkan saya, (antaranya) sebelum saya ke Mekah, dua tiga orang PPM (Penyelia Pembangunan Mukim) yang dilantik Umno terbuka hati untuk meninggalkan Umno dan menyokong PAS.Lebih 100 ahli Umno di Selising bersama bekas ketua pemuda Umno (Selising) menyertai PAS sebelum saya ke Mekah, dua tiga hari ini saya diberitahu (bahawa) beberapa PPM dan pemimpin Umno tempatan menyerahkan borang sertai PAS,” ujarnya lagi.
Bahkan katanya, fitnah yang dihadapinya itu mungkin disebabkan krisis dalaman dalam Umno Bahagian Pasir Puteh sendiri.
“Umno (cawangan) Selising sendiri mungkin resah dan melenting apabila pemimpin masyarakat tempatan menolak perjuangan Umno sehingga mereka terpaksa import pemimpin luar (bahagian Umno) Pasir Puteh untuk menjadi ketua bahagian dengan beberapa pindaan perlembagaan (Umno peringkat bahagian),” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan turut senada dengan Saipul Bahrin mencabar Umno negeri dan pusat supaya mengemukakan bukti tanpa menyebarkan fitnah.
“Umno tak habis-habis fitnah PAS, kemukanlah bukti jangan sekadar buat dakwaan ‘kosong’,” ujar Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Kata Adun Temangan ini lagi, tindakan Umno itu adalah strategi mahu membunuh imej pemimpin-pemimpin PAS setelah mereka percaya bahawa ideologi perkauman parti mereka tidak mampu mengalahkan ideologi Islam yang dipopularkan PAS.
“Itulah strategi Umno, termasuk membunuh karakter individu dalam PAS kerana mereka tak boleh nak lawan ideologi kita, maka mereka pilih jalan fitnah untuk memburukkan wakil rakyat kita (PAS) dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sendiri,” katanya.
Melihat pada tindak tanduk tersebut, kata beliau, PAS negeri sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengendali Umno Online dan beberapa pihak yang akan dinamakan kemudian jika wajar.
“Kita sedang meneliti beberapa pendedahan itu, kalau ada asas untuk dibuat pendakwaan kepada (pengendali) blog Umno itu, kita akan umumkan kemudian... nama-nama yang lain pun akan diumumkan kemudian selepas kita mengenal pasti mereka yang terlibat,” ujarnya.
SUMBER The Malaysian Insider
ANDA NAK TAHU APA JAWAPAN RAKAN BLOGGER SAYA ???
KLIK DI SINI
POST BY WAYNE...

4 comments:
agaknya ketika nak "masuk" otak ADUN ini asyik fikir.. "Ini UMNO punya kerja!! aaahh!!aaahhh!!aaahhh!!! "
agaknye la!!! hahahaha..
asyik2 umno.. asyik2 umno... bebal betul.. wat dosa je umno.. !!
ish2 dh terang2 puak2 lahabai PASPIG ni tepesong akidah, dh la xdak nas2 yg kukuh, bukti2 kaitan pun xdak trus tuduh org len, PAS lahabai will go straight to the hell!!!
http://propartiislammalaysia.blogspot.com/2010/12/terbaru-papa-gomo-si-penipu-sudah.html
kahkahkah...kantoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Mudah nya bila dah dapat sedap diam bila orang dah tahu orang lain pulak kena tuduh...macam anwar dah sedap berjubo diam2 bila rahsia terbongkar salah kan orang lain....Ohh tuhan adil kah doonia nin???
Post a Comment