Social Icons

Pages

Saturday, December 04, 2010

GEMPAR !!! UNISEL BENAR KAN PELAJAR SERTAI DEMONSTRASI

esok akan berlaku 2 Demonstrasi yang melibat kan Khalid dan satu lagi Demonstrasi GAPS.Demonstrasi untuk Khalid di istana negara manakala GAPS pula di rumah melaka jalan bellamy terus ke Istana Negara.Persoalannya,kenapa pelajar UNISEL boleh ikut serta sekali dalam demostrasi ini ???


UNISEL akan membenarkan para pelajarnya menyertai demonstrasi anjuran kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara,esok.Keputusan itu dinyatakan oleh Naib Canselor Unisel,Datuk Dr. Rosti Saruwono yang menyifatkan penglibatan golongan itu di dalam perarakan tersebut adalah satu usaha yang amat penting bagi memantapkan idealisme di kalangan pelajar universiti.itu lah alasan yang di beri oleh Naib Canselor.dah tahu kan pelajar tak boleh ikut serta kerana ini mengakibat kan pelajaran terganggu.malah GPMS pun tak bagi ahli-ahli nya menyertai mana-mana program demonstrasi walaupun BN,GAPS ataupun PKR,PAS,DAP dan sebagainya.


laporan UTUSAN menyebut Dr Rosti berkata,para pelajar UNISEL adalah terdiri daripada golongan dewasa yang boleh melahirkan fikiran serta pendapat sendiri dalam sesuatu isu dan penyertaan mereka dalam demonstrasi tersebut adalah untuk kebaikan pelajar itu sendiri pada masa depan.


"Para pelajar kita (Unisel) adalah orang dewasa dan kita galakkan mereka berfikiran secara dewasa. Kita mahu pelajar kita mengambil berat isu sejagat.Saya rasa penglibatan mereka dalam perarakan ini (serah memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong) dan isu-isu yang lain adalah digalakkan sebagai tanda mereka prihatin untuk melakukan sesuatu demi kebaikan am," katanya lagi...

kita tengok esok,adakah demonstrasi itu berjalan dengan lancar ataupun sebalik nya.jangan jadi macam yang lepas-lepas sudah lah.semua nak di bakar,nasib baik saya jauh dari tempat tu.kalau tidak dengan saya sekali kena tangkap.

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates