Social Icons

Pages

Saturday, December 18, 2010

NOTIS ADUN TENANG AKAN DI BAWA KE SPR !!! ADAKAH BERLAKU NYA PRK DI LABIS ???

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ekoran kematian wakil rakyatnya,Datuk Sulaiman Taha akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secepat mungkin.

pada sidang media,Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan berkata,beliau akan menghantar notis kekosongan itu kepada SPR selepas prosedur kematian Allahyarham didaftar dan dirujuk kepada pihak yang berkenaan.

"Kita akan tengok Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Fasal 25 (3) selepas selesai semua surat berkaitan kematian Allahyarham dan selepas itu baru kita akan maklumkan mengenai kekosongan kepada SPR secepat mungkin," katanya

Sulaiman meninggal dunia awal pagi jumaat di Hospital Ampang Puteri,Kuala Lumpur selepas berada dalam kritikal selama 24 hari akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.Allahyarham yang berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhir pukul 1.10 pagi dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Merah, Labis pukul 12 tengah hari ini.Ditanya mengenai Allahyarham, Mohd. Ali memberitahu,beliau seorang yang banyak bertanya dan sekiranya masalah rakyat itu tidak dapat diselesaikan dalam persidangan dewan, dia akan mengemukakannya terus kepada Menteri Besar,Datuk Abdul Ghani Othman.

"Beliau disayangi rakyat dan pengundi kerana banyak jasa yang telah dibuat sepanjang menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan gemar bertukar-tukar pendapat serta menjalankan tugas dengan baik," katanya.

Sulaiman dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum 2004 dan memenanginya dengan majoriti 5,517 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran.Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), Allahyarham sekali lagi menewaskan Mohd. Saim dengan majoriti 2,492 undi.

Berdasarkan statistik SPR untuk PRU-12, DUN Tenang mempunyai 14,511 pengundi iaitu Melayu seramai 49.66 peratus, Cina (38.13 peratus), India (12.11 peratus) dan kaum-kaum lain (0.1 peratus).Sementara itu,ADUN Buloh Kasap yang juga Timbalan Speaker DUN Johor, Datuk Othman Jais berharap ahli keluarga Allahyarham bersabar menghadapi dugaan itu dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat.

"Allahyarham ialah seorang pemimpin yang berdedikasi malah beliau pernah menjadi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO negeri dari 1994 hingga 1997.Beliau juga pernah menjawat jawatan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO dari 1987 hingga 1993," katanya.

Bagi ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat, Allahyarham dikenali seorang pemimpin kanan yang banyak memberi bimbingan kepada pemimpin pelapis UMNO.Beliau seorang pemimpin sebenar dan telah banyak berjasa kepada masyarakat. Saya berasa sedih kerana telah kehilangan seorang sahabat," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong menyifatkan Allahyarham seorang yang mudah untuk bekerjasama dan sentiasa menitikberatkan usaha membangunkan kawasan Tenang.

"Beliau antara yang banyak bertanggungjawab memajukan lagi tarikan pelancongan seperti Tapak Rekreasi Kolam Air Panas Labis selain merancang membina perpustakaan di Tenang Station serta banyak dewan serbaguna yang telah dibina di kawasan Tenang kerana jasanya," katanya.

KEPADA PEMBACA ARTIKEL BADUT RAKYAT,MARILAH KITA MEMBACA SURAH AL-FATIHAH AGAR ROH NYA DI CUCURI RAHMAT

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates